Monday, May 31, 2010

MEREKA DISERANG

Sejak dari pagi tadi, para sukarelawan telah dibunuh oleh rejim BaNgsat ZIONIS. Sehingga kini telah dilaporkan seramai 20 orang mangsa yang telah syahid(insyaALlah) dan seramai 30 orang telah cedera. Semoga Allah merahmati pemergian para sukarelawan yang terkorban dan semoga Allah memberi perlindungan kepada mereka dalam melaksanakan misi ini.

More update after this.

PARA PENDUDUK DUBLIN, DEMO AKAN BERLANGSUNG DI THE SPIRE PADA JAM 6 PETANG, MANAKALA DEMO DI MALAYSIA ANJURAN DPP WP & SELANGOR AKAN BERLANGSUNG SELEPAS SOLAT JUMAAT MINGGU INI DI HADAPAN DUTA AMERIKA LAKNATULLAH.

Friday, May 28, 2010

Sabar..


Tarik!

Lepas!

Tarik!

Lepas!




















Ikut hati mati,

Nasib engkau tak ku bunuh!







Nasib baik Nabi Muhammad SAW tak ajar!

Kalau tak....

Tuesday, May 25, 2010

Nasihat Berguna

Kamu tidak akan dapat memanjat tangga kejayaan dengan tangan didalam saku.

Sesiapa memegang lilin semasa ia menyala tangannya kan terbakar.

Ribut yang kuat dapat menumbangkan pokok yang besar.

Kadang-kadang kamu lupa untuk sama-sama bergembira tetapi jangan kamu lupa untuk sama-sama menangis.

Manusia tidak merancang untuk kegagalan tetapi mereka gagal dalam merancang.

Jangan ketika manis kamu bertawakkal dan jangan ketika susah kamu baru berbicara.

Jika kamu dapat melihat diri kamu sebagaimana orang lain melihat diri kamu, pasti orang lain tidak akan membicarakan kamu walau sedetik.

Senyuman adalah sebaik-baik perkataan tanpa huruf.

Pengakuan tidak tahu menmyebabkan kamu akan lebih tahu apabila kamu diajar untuk lebih tahu.

Jika kamu mengaku kamu tahu segala-galanya, manusia akan bertanya kepada kamu sehingga kamu tidak tahu jawapannya.

Pagar yang tidak kukuh memberi peluang kepada pencuri.

Sesiapa hilang kekayaan,banyak perkara yang akan hilang..
Sesiapa hilang kawan, banyak perkara akan hilang…
Sesiapa hilang keberanian akan hilang segala-galanya.

Jarakkan diri anda sedikit daripada mereka marah, tetapi jauhkan diri kamu sejauh-jauhnya daripada mereka yang diam.

Apa yang kamu miliki akankamu lupai tetapi apa yang belum menjadi milikmu, kamu akan sentiasa berfikir untuk mendapatkannya.

Jangan terlalu berfikir pada apa yang telah hilang sehingga apa yang telah kamu miliki turut hilang.

Sesiapa dapat membahagikan masa dengan baik, maka kehidupannya seperti khazanah yang sentiasa bertambah.

Perkataan yang baik bukanlah anak panah tetapi dapat membinasakan hati.

KAWAN AKHIR ZAMAN!


Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang benar benar sibuk
Dengan urusan memperbaiki diri nya
Yang benar benar sibuk
Untuk mengubah sikapnya

Untuk kembali kepada Zat yang sempurna
Yang ada kini hanyalah
Sibuk dengan urusan mengumpul harta dunia
Walau di ketahui dunia ini hanya sementara
Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bergelumang dengan majlis ilmu menafaat
Yang sanggup bersusah payah dan berpenatlelah
Yang sanggup menghabiskan masa, tenaga, umur dan harta
Dalam mengejar dan memahami ilmu menafaat
Yang ada kini hanya lah
Berbangga dengan harta yang menimbun
Tapi jiwanya masih kosong belaka
Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Ahli professional yang bertaqwa
Yang benar-benar melekat iman di jiwanya
Mengunakan profession nya menuju cita cita di akhirat sana
Yang ada kini hanyalah
Ahli professional yang lalai dan leka
Yang hidup nya lebih barat dari barat
Iman dan amal soleh terasa amat berat baginya
Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Bersifat silaturrahim semata mata kerana Allah
Saling berhubungan dan bertanya khabar semata mata kerana Allah
Yang ada kini hanyalah
Sikap pura pura untuk menyenangkan hati sendiri
Bersahabat untuk mendapat habuan dan kepentingan diri
Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang suka berbincang tentang usaha untuk mengurus diri sendiri
Yang menghidupkan dan mengamalkan ilmu yang dipelajari
Untuk kepentingan masyarakat Islam sendiri
Yang mensyiarkan Islam pada diri mereka
Yang ada kini hanyalah
Yang suka berbincang tentang usaha untuk menambahkan harta dunia
Yang menghidupkan budaya barat
Sehingga melupakan kehidupan akhirat yang lebih kekal
Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita ketemui
Yang menjadikan majlis majlis Al Quran tempat pertemuan
Yang menjadikan majlis majlis Agama tempat berkenalan
Yang ada kini hanyalah
Yang menjadikan kompleks membeli belah tempat membuang masa dan umur
Yang menjadikan disko dan pesta hiburan sebagai tempat berhibur
Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita ketemui
Yang menjadikan Al Quran sebagai hiburan
Menjadikan zikir dan selawat sebagai ucapan kelaziman
Yang ada kini hanyalah
Artis di jadikan bahan pujaan
Nyanyian melalaikan di jadikan hiburan
Dianggap moden dan berketerampilan
Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita ketemui
Yang sentiasa merasai mati itu sangat hampir
Yang sentiasa merasai jelingan Izrail
Yang bersungguh sungguh memperbaiki iman dan amal sebelum kematian
Yang bersungguh sungguh memperbaiki sikap sendiri untuk masa depan diakhirat
Yang ada kini hanyalah
Yang panjang angan-angannya
Yang sibuk mengumpul dunia kerja seharian
Seolah olah kematian itu masih jauh
Seolah olah alam barzakh itu tidak akan ditempuh….

Rintihan Roh



Diriwayatkan: “Jika roh telah keluar dari tubuh manusia dan telah lewat tiga hari, maka roh itu berkata: “Wahai Tuhanku, perkenankanlah aku sehingga aku berjalan dan melihat tubuhku yang dahulu aku berada di dalamnya.” Maka Allah memperkenankan kepadanya. Lalu ia datang ke kuburnya dan melihat kepadanya dari jauh.

Kedua lubang hidungnya dan mulutnya mengalir darah. Maka ia menangis dengan suatu tangisan yang cukup lama. Lalu ia merintih, aduuuh hai tubuhku yang miskin, wahai kekasihku. Ingatlah akan hari kehidupanmu. Rumah ini adalah rumah serigala, bala bencana, rumah yang sempit, rumah kesusahan dan penyesalan.

Setelah lewat lima hari roh berkata: “Wahai Tuhanku, perkenankanlah aku untuk melihat tubuhku.” Maka Allah memperkenankannya. Lalu ia datang ke kuburnya dan melihat dari jauh. Dan mengalirlah kedua lubang hidung dan mulutnya berupa air nanah.

Firman Allah SWT bermaksud:
“Mereka tidak dapat berbicara pada hari roh (Jibril atau ruhul qudus) dan para malaikat berdiri dengan berbaris.”
( An-Naba’: 38)

Disebutkan dalam satu keterangan, bahawa yang dimaksud roh itu adalah rohnya anak Adam (manusia), dan keterangan yang lain mengatakan bahawa roh itu adalah rohnya malaikat Jibril as. Juga ada keterangan yang menyebutkan bahawa roh itu adalah rohnya Nabi Muhammad SAW yang berada di bawah Arasy, ia minta izin dari Allah di malam Lailatul Qadar untuk turun memberikan salam penghormatan kepada seluruh mukminin dan mukminat dan roh itu berjalan melalui mereka.

Ada pula yang menyebutkan bahawa roh itu adalah rohnya para kerabat yang sudah mati, mereka berkata: “Wahai Tuhan kami, semoga Engkau memperkenankan kami untuk turun ke rumah-rumah kami, sehingga kami melihat anak-anak kami dan ahli-ahli kami. Maka roh-roh itu turun pada malam Lailatul Qadar.

Sebagaimana Ibnu Abbas ra mengatakan: “Jika datang Hari Raya, hari Asyura’, hari Jumaat yang pertama dari bulan Rajab, malam Nisfu Sya’ban, Lailatul Qadar, dan malam Jumaat, roh-rohnya para mayat semua keluar dari kubur mereka dan mereka semua berdiri di pintu-pintu rumahnya seraya berkata: “Belas kasihanlah kamu semua kepada kami di malam yang berkah ini dengan sedekah satu suap, sebab kami memberikan sedekah. Jika kalian bakhil dengan sedekah, dan kamu sekalian tidak mahu memberikannya, maka hendaklah kalian mengingat kami dengan bacaan surah Al-Fatihah di malam yang penuh keberkahan ini.

Adakah seorang telah belas kasihan kepada kami, apakah dari salah seorang ada yang mengenangkan ratapan kami wahai orang yang menempati rumah-rumah kami, wahai orang yang menikmati wanita (isteri kami), wahai orang yang berdiri memperluas mahligai kami yang sekarang kami dalam kesempitan kubur kami, wahai orang yang membagi harta benda kami, wahai orang.yang menyiakan anak yatim kami. Adakah salah seorang dari kamu sekalian ada yang mengenang perantauan kami? Buku amal kami dilipat dan kitab amal kalian dibuka. Dan bukanlah bagi mayat yang berada dalam liang kubur melainkan pahalanya. Maka janganlah kalian melupakan kami dengan sebuku rotimu dan doamu, sebab kami orang-orang yang berhajat kepada kamu sekalian, selama-lamanya.
Jika mayat memperoleh sedekah dan doa dari mereka maka ia kembali dengan riang gembira, dan jika ia tidak memperoleh maka ia pulang dengan sedih dan duka serta terhalang, dan putus asa dari mereka.
Telah diterangkan, bahawasanya roh dalam perkumpulan haiwan tidak dalam seluruh tubuh, tapi ia dalam satu bahagian dari beberapa bahagian yang tidak dapat ditentukan dengan dalil. Bahawasanya seorang dilukai dengan luka-luka yang banyak maka ia tidak mati. Dan ia dilukai dengan luka-luka satu maka ia menjadi mati. Sebab luka itu jika menimpa pada tempat di mana roh bertempat di mana roh di dalamnya, dan bahawasanya roh bertempat pada seluruh tubuh dan bahawasanya mati itu dalam seluruh tubuh, maka Firman Allah SWT menunjukkan:
Katakanlah: “la akan dihidupkan oleh Tuhan yang menciptakannya kali yang pertama.”
(Yaa Siin: 79)
Jika dikatakan, apakah bedanya antara roh dengan rawan? Maka kita katakan hahwa keduanya adalah satu. Keduanya tidak ada perbedaan, sebagaimana tubuh serta tangan adalah menjadi satu. Cuma kalau tangan dapat bergerak kesana kemari tapi kalau tubuh sama sekali tidak bergerak. Demikian pula rawan kesana kemari tapi sama sekali tidak bergerak.

Kemudian mengenai tempatnya roh di dalam tubuh tidak dapat ditentukan. Adapun tempatnya rawan di antara kedua alis. Maka jika roh itu hilang seorang hamba menjadi mati, dan jika rawan hilang ia menjadi tidur. Sebagaimana air yang dituangkan qas’ah dan ditaruh di rumah ada matahari yang sinarnya melalui lubang atap dan qas’ah itu tidak bergerak dari tempatnya.

Maka demikian halnya roh bertempat di dalam tubuh dan pusatnya berada di Arasy. Adapun rawan melihat dikala bermimpi dan ia berada di alam malakut.

Adapun tempatnya roh setelah dicabut, ada diterangkan bahawa tempatnya disengkala yang didalamnya terdapat lubang sejumlah bilangan haiwan-haiwan yang dijadikan sampai hari kiamat. Jika ia mendapat kenikmatan berada di situ dan jika mendapat azab maka di situ pula.

Ada disebutkan bahawa roh-roh para mukminin berada dalam telur burung yang hijau di syurga iliyyin, adapun rohnya orang-orang kafir berada dalam telur burung yang hitam di neraka. Dan ada dikatakan bahawa rohnya para mukminin ketika dicabut, maka para malaikat rahmat sama mengangkat membawa naik roh ke langit yang tujuh dengan memuliakan dan mengagungkan. Kemudian dipanggil Zat pemanggil dari sisi Allah yang Rahman: “Hendaklah kamu semua menulis roh itu dalam Illiyyin lalu kembalikanlah ke bumi.”

Maka mereka mengembalikan roh seorang mukmin ke dalam tubuhnya dan ia dibukakan pintu syurga, ia melihat tempatnya di syurga sampai datangnya hari kiamat.

Dan bahawasanya rohnya orang-orang kafir sewaktu dicabut maka para malaikat azab sama membawa naik roh itu ke langit dunia. Maka ditutuplah pintu-pintu langit yang lain dan ia diperintah mengembalikan ke tempat berbaring tubuhnya, kuburnya disempitkan dan ia dibukakan pintu neraka. Oleh kerananya ia melihat tempat kediamannya kelak sampai datangnya hari kiamat. Dalam hal ini sebagaimana pernah disabdakan Nabi SAW, sehingga bahawasanya mereka mendengar suara sandal-sandal kalian, hanya saja mereka terhalang dari berkata.

Sebahagian Hukama’ ditanya tentang tempat roh-roh setelah mati, maka ia menerangkan sebagai berikut:

1. Bahawasanya roh-roh para Nabi berada dalam Syurga Adn, ia berada dalam liang yang menyenangkan tubuhnya. Adapun tubuh bersujud kepada Tuhannya.
2. Roh-roh para Syuhada berada di syurga Firdaus, pada tengahnya syurga itu berada dalam telih burung yang hijau yang terbang di syurga sekehendak hatinya. Kemudian datang keqanadil yang digantungkan di Arasy.
3. Adapun roh-rohnya anak-anak kecil yang Islam berada dalam telih burung pipitnya Syurga.
4. Roh-rohnya para anak-anak musyrik berputar-putar di syurga dan ia tidak punya tempat, sampai hari kiamat. Lalu mereka melayani para mukminin.
5. Roh-rohnya orang-orang mukmin yang mempunyai hutang dan aniaya digantung diangkasa. Ia tidak sampai ke syurga dan tidak pula ke langit sampai ia membayar hutangnya dan penganiayaannya.
6. Roh-rohnya orang-orang Islam yang berdosa diazab dalam kubur beserta tubuhnya.
7. Roh-rohnya orang-orang kafir dan munafik dalam penjara neraka Jahannam dipintakan diwaktu pagi dan petang.

Dan disebutkan, bahawasanya roh adalah merupakan jisim yang halus. Oleh kerana itu tidak dapat dikatakan jika Allah itu mempunyai roh. Sebab mustahil kalau Allah mempunyai tempat seperti jisim-jisim. Dan dikatakan bahawa roh adalah merupakan sifat dan dikatakan pula kalau ia pecah jadi angin, maka kedua perkataan ini adalah perkataannya orang yang mengingkari adanya seksa kubur.

Ada diceritakan, bahawasanya seorang Yahudi datang kepada Nabi SAW, maka mereka bertanya kepada baginda tentang roh dari Ashabi Raqim dan dari Raja Dzil Qarnain. Dengan perdebatan Yahudi itu maka turunlah surah Al-Kahfi.
Dan diturunkan tentang haknya roh adalah Firman Allah SWT.

“Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh, katakanlah: “Roh itu termasuk urusan Tuhanku.”
(Yaa Siin: 79)

Thursday, May 20, 2010

Hari-Hari!

Hari Pertama....

" Mamak, nasik goreng telur mata satu, bagi pedas sikit! Air Milo ais!"

"Siap!!"

Hari Kedua...

" Mamak, nasik goreng telur mata satu, bagi pedas sikit! Air Milo ais!"

"Siap!!"

Hari Ketiga....

" Mamak, nasik goreng telur mata satu, bagi pedas sikit! Air Milo ais!"

"Siap!!"

Hari Keempat....

" Mamak, nasik goreng telur mata satu, bagi pedas sikit! Air Milo ais!"

"Siap!!"

Hari Kelima....

" Mamak, nasik goreng telur mata satu, bagi pedas sikit! Air Milo ais!"

"Siap!!"

Hari Keenam....

" Mamak, nasik goreng telur mata satu, bagi pedas sikit! Air Milo ais!"

"Siap!!"

Hari Ketujuh...

"Mamak....."

"Siap!!"

(Uish, macam tau-tau ajer!)


==========================

P/S :

1. Jangan bosan ajak cerita pasal islam, nanti diorang faham sendiri!

2. Kan senang kalau ajak kepada islam semudah mengorder nasik goreng.

3. Kalau macam tu, ramai la masuk syurga..

hukhuk....

Sekian..

Today is GIFT (^_^)

Sunday, May 16, 2010

Anak Dara Sekarang.....

“Saya nak pergi kangkang. Kamu nak ikut?”

Ini mungkin ayat yang sangat pelik dan luar biasa yang keluar dari mulut seorang gadis ayu, sopan dan bertudung litup apabila mengeluarkan perkataan yang mungkin agak kurang enak didengar dek telinga. Dan mungkin ayat ini yang akan terkeluar dari mulut ku;

“Hah? kamu nak pergi apa????”

Dengan slumber pula dia menjawab,

“Itu… Nak pergi kangkang kat tepi jalan sana tu haaaa~” sambil menuding jari ke arah bangunan ditepi jalan yang berhampiran.

Ya Allah! Apa sudah jadi? Betul lah sekarang ini dunia memang sudah hampir kiamat! Apa sudah hilang akal kah gadis ayu dihadapanku ini hingga boleh berkata seperti itu? Sudah sakit mental kah gadis ini? Dengan serta-mertanya aku menepuk kepala yang tidak dihinggapi nyamuk, lalu berkata…

“Astarghfirullah’ alazim! Apa yang kamu nak buat nih? Sejak bila kamu terpesong? Aper dah tak tahu malukah kamu? Ya Allah… kesianlah dekat mak ayah kamu tu… dari kecil mereka ajar kamu jadi anak yang sopan. Dah besar panjang macam nih, nak buat benda tak senonoh pula?”

Jerkah ku. Puas hati! Orang yang sudah tidak sedarkan diri perlu diingatkan. Agar tidak menjadi fitnah dikemudian hari. Tapi, lain pula jadinya. Dengan muka hairan dan tidak puas hati, si gadis ayu menjawab;

“Eh! Apa yang kamu merepek nih? Bila pula saya kata, saya nak buat benda tak senonoh?”

Aduh, bertambah ‘panas’ hatiku! Beria-ria aku marah dan cuba hendak mengingatkan dia, dikatanya aku merepek pula!

“Apa pula saya yang merepek? Kamu tu yang merepek! Yang kamu nak pergi mengangkang kat tepi jalan tu buat apa?”

“Kah~kah~kah~” Kata-kata ku dijawab dengan deraian tawa dari gadis ayu tersebut. Ketawanya kelihatan hampir pecah perut.

“Sah lah… memang dah tak waras agaknya gadis didepan aku nih. Kesian~ muda-muda lagi, sudah sakit mental…” kata hati kecil ku.

Selepas ketawanya reda, si gadis terus menarik diriku ketepi jalan, lalu menuding jari ke arah sebuah kedai. Terkesima aku melihat kedai tersebut…








kangkang

“Hah, inilah Kang Kang nya… Kamu fikir saya nak buat apa???” Jerkah gadis tersebut kepada ku pula. Dengan perasaan yang sangat bengang bercampur geli hati, aku pun menjawab…

“Alah! Cakaplah nak pergi KEDAI KASUT !! Ini, nak pergi KANGKANG … nak pergi KANGKANG … Haishhh!!!~”

p/s: Kedai Kasut Kang Kang ini adalah kedai kasut yang popular di Bukit Gambir, Muar. Ianya bukan saja popular kerana potongan harga kasut yang sering ditawarkan. Malah ianya lebih popular kerana nama kedainya yang agak lawak bila disebut… huhu~

Saturday, May 15, 2010

Berjaga-jaga Suatu Nikmat.


Hidup ini tidak ubah umpama...

Seorang penoreh getah,

Yang mengetahui ada seekor harimau di dalam kebunnya...

Setiap hari, dia menoreh,

Dan sentiasa berjaga-jaga,

Kerna mengetahui ada harimau di dalam kebunnya..

Dan kita??


Anda Penentu Hari Anda!






Tinggal lagi beberapa jam untuk berlangsungnya undian di seluruh kawasan Parlimen Sibu.

Bila sebut berkenaan dengan kempen, pilihanraya dan undi, terkenang suatu tika, ketika bersama-sama dengan 'pejuang-pejuang' di medan pilihanraya di Permatang Pasir ketika di bulan Ramadhan yang lepas. Sangat manis.

Penuh getir..

Penuh kesusahan..

Penuh dengan keringat..

Yang paling utama,
PENUH DENGAN NALURI PERJUANGAN


Hasilnya, kemenangan menyebelahi!!

Terus melangkah wahai penduduk bumi Malaysia. penduduk bumi Sibu!

Anda penentu hari anda!





Today is a GIFT ! (^_^)

Bicara Yang Haram, Senyap Yang Halal

Kecoh!

Bising!

Menggelabah!

Bila keluarnya 'fatwa' dari pihak 'disana' dalam memberi lesen JUDI yang sedia maklum keHARAMannya!

Tapi,

Perlu ingat...

'Kita' ini yang dah faham kebenarannya memang tiada masalah!
Cuba kita bawa diri ke ceruk-ceruk kampung, kawasan-kawasan pendalaman dan tempat sekitarnya mengenai isu ini.

ADAKAH MEREKA MENGERTI??!

Silap hari bulan, perkara ini menjadi rahmat buat mereka. Siapa tahu??

hmm~

Oh Malaysia! Tanah Airku!


Wednesday, May 12, 2010

Jiwa Mesti KENTAL!!

Entri ini aku tujukak khas untuk sahabat-sahabat di luar sana yang sedang menghadapi exam, yang akan memulakan sesi kuliah dan yang sedang berjuang. (Yang dah habis exam pun boleh lah!)




(mainkan lagu untuk feel yang lebih)


***************************

Sahabat,
Ingatkah kau dulu,
Kecil nya kita,
Bermula dari merangkak, bertatih, mengesot
Sehingga kini kau mampu berlari!

Sahabat,
Ingatkah kau dulu,
Bermula dari satu ujian ke satu ujian,
Tabah atau tidak kita tempuh jua,
Kini sudah berada di puncak jaya

Sahabat,
Ingatkah kau dulu,
Airmata mengalir laju,
Mengenang bala duka dari Tuhanmu,
Kau kesat airmata itu,
Dengan harapan duka itu akan berlalu,

Sahabat,
Bila tiba masanya,
Untuk kau terus melangkah,
Perlu kau untuk berdoa,
Mendapat rahmat dari yang ESA

Sahabat,
Kau perlu ingat,
Tugas KAU di dunia,
Tuhanmu, Yang Maha KUASA,
Perintahkan mu menjadi KHALIFAH DUNIA!

Sahabat,
Apa lagi yang kau tunggu,
Usah kau lengahkan masamu,
Usah kau terus termanggu,
SERUAN TUHANMU PERLUKAN KAU UNTUK MENYERU

Sahabat,
Pohon kepada-Nya
Sujud pada-Nya
Berserahlah kau kepada-Nya
Hanya Dia penentu segala-galanya

Tapi Sahabatku,
Kau perlu bergerak maju,
Ramai manusia mengharap kudratmu,
Ingatlah mereka selalu...

Sahabat,
Bayangkan wajah mereka satu-persatu,
Insan yang mengharapkan kejayaanmu,
Ibu ayahmu, adik beradikmu,

Dan yang utama,

UMAT ISLAM SEDANG MENANTI SERUANMU!

SERUANMU UNTUK BERJIHAD
SERUANMU UNTUK BERJUANG

Maka sahabatku,
Terus berusaha,
Tanpa kenal apa itu penat,
Apa itu lelah!

Ayuh Sahabat,
Mari kita berdiri di SAF yang SATU

BERJUANG MENUJU ALLAH YANG SATU!

TAKBIR!!!




Today is a GIFT (^_^)


Monday, May 10, 2010

What Should WE Do?!

THREE primary school pupils in Malacca were caught “imitating” sexual acts in their classroom, reported Metro Ahad.
More shockingly, the Year Three boys are now under suspicion of performing sexual acts with one of their female classmates.

Their exploits came to light on Thursday after a teacher, who happened to pass by their classroom after school, became suspicious on noticing the ceiling fan switched on despite the closed doors and windows.

The newspaper quoted a source as saying that the pupils suddenly dashed out before the teacher could inspect the classroom.

“The female teacher reported the matter to the headmaster, who advised the parents of the girl to take her for a medical check-up.

“The check-up revealed old tears in the girl’s private parts,” said the source.

Malacca police chief Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof said investigations were being carried out under Section 376 of the Penal Code.

The boys are now on police bail.

LINK

Ada Orang Cakap

Ada orang cakap,

Persekitaran amat memainkan peranan,

Kalau kawan-kawan dia hantu, maka dia akan jadi hantu,

Kalau kawan-kawan dia baik, maka dia akan jadi baik,

Jadi,

Boleh aku simpulkan,

'Jangan kawan dengan dia, perangai macam hantu!'

'Kau boleh kawan dengan dia, dia baik'

Maka,
Yang baik akan terus baik, yang jahat akan terus jahat!



Dimanakah anda? Anda seorang da'ie?


Tepuk dada, tanya iman.

ibarat kata DR. AMAD,
"ana ingatkan saja, in case kalau terlupa"