Friday, December 18, 2009

Gusar

Ada sesuatu yang ingin aku luahkan

Tapi, entahlah... Perlu atau Tidak!!

Ya, aku perlu nyatakan.... Selepas ini,...

Hadir ke kelas dahulu, kemudian merancang...

Aku akan luahkan.....!

Thursday, December 17, 2009

Tahun Silih Berganti, Kehadapan Tak Akan Kebelakang

Muharram, Dan Hijrah

17 September 2009 a few minutes before turn into 18 September 2009, which means, its a new Year of Islamic Calender, 1st Muharram 1431 Hijrah..

Alhamdulillah,
Masih lagi bernafs, masih lagi bernyawa dan masih lagi hidup.
Kerja Allah, penuh teka - teki, boleh dijangka jika Al-Quran dan Sunnah pasaknya.

Harap menjadi inspirasi pada diriku kemudian hari..

Today is a Gift

Selamat Menyambut Maal Hijrah yang ke 1431..Selawat ke atas Nabi Muhammad SWT..

Tuesday, December 15, 2009

Hahaha..(tak tau nk tafsir, gelak klaka ke gelak pelik)

Baru sahaja melihat gelagat mereka yang berdemostrasi, memaksa Tn Guru Nik Aziz meletak jawatan....

Kini aku berada di luar Malaysia,..
Lokasi : Ireland (Non Muslim Government)

Minggu lepas , dapat juga melihat bagaimana rakyat Ireland (NON MUSLIM CITIZEN, tapi tak tau la kalau2 ada orang muslim join) berdemostrasi, menuntut pihak government concern dengan haiwan yang terancam.

Bukan isu demostrasi yang cuba aku luahkan, tapi isu bagaimana mereka melaksanakan demostrasi jalanan bagi meluahkan perasaan.

Teratur, Kawalan Rapi, dan Kerjasama Pihak Berkuasa.

Tiga situasi yang tak dapat dilihat di Malaysia. (setakat ini, terutama demostrasi jalanan pihak tak nak dengar cakap kerajaan)

Kita fikir secara mudah la ye..

Kalau anak kita menangis, memang la lumrah. Nak apa yang di mahu, tak dapat nangis.
Kita sebagai bapa, tugasnya memujuk, tanya apa yang anak kita mahukan.
Tapi, sebaliknya yang berlaku. Seorang ayah, anaknya menangis, tanpa ditanya apa2, terus dirotan. Rotan yang bukan kepalang. Guna gas pemedih mata, sembur sana sini. (nasib tak de yang mati).....Jadik anda tentukan...

Boleh ke kita iktiraf 'dia' ni sebagai bapa!!




Hai, orang Malaysia,...

tengok2 balik diri anda!!

"Kejap, Aku Nak Bertaubat Jap!"

Tiba-tiba Malaikat Izrael, bertugas sebagai penarik nyawa datang kat kita,...

"Eh, jap2....aku nak solat taubat jap,...2 minit jer,...jap eh..."

Kalau lah situasi di situ bisa memungkin kan ianya terjadi, best tak rasanya??

Menghadiri usrah di surau RCSI dan membincangkan tajuk mati, pasti ada yang tertanya2, tak bosan ker??!

Hmmm~ itulah dunia kini, nampak dunia, sampai mati pun lupa!

Masing-masing lah ye~~huhu~

Tapi bagi aku, mati sahaja yang menyebabkan manusia beringat ketika hidup. Mati sahaja yang menyebabkan manusia berjaga-jaga dalam setiap tingkah lakunya.

Tapi, yang menjadi persoalan, bagaimana kita, manusia biasa mentafsir mati??
TAKUT mati, atau INGAT mati......

Pernah aku membaca suatu kisah, tapi terlupa pula siapa yang meriwayatkan kisah ini.
Ketika sahabat nabi berada di ambang MAUT, dirinya kelihatan begitu takut, gelisah, tak tentu arah. Dibisikkan ke telinganya kalimah Agung syahadah, tapi masih juga gelisah. Lalu ditenangkan sahabatnya dengan berkata, "anggaplah mati itu seperti kita mandi, membersihkan diri, sebelum melangkah ke alam yang hakiki, menghadap Allah yang Abadi, lalu masuk ke syurga yang indah tiada terperi'. Dengan tenang sahabat itu terus hilang gelisahnya.

Hai manusia, mampukah kita mentafsir mati seperti itu.

Dah bersediakah aku nak MATI.
Dengan amalan2 yang tak sudah2 nak berangan jer!

Mak, Abah, ampunkan anak mu ini,
Sahabat-sahabat, maafkn diri ku ini,
Kawan-kawan, mudahkan lah segala urusan-urusan antara kita,
dan mereka yang berkaitan, sama-sama kita bersihkan hati...

Dan Ya Allah, senangkan lah urusan MATI ku nanti...

Wednesday, December 9, 2009

Coret -mencoret, Penuhi Memori

Nak buat assignment, tapi macam malas.

Ah, jangan nak mengada! huhu (memarahi diri sendiri, cam tak betul jer)

Sebelum tangan bergerak menyelak-nyelak nota-nota auditing nak mengambil mood sekejap....

Peristiwa-peristiwa Mutakhir di 'Sana'

'Abah sedang sibuk dengan progrm Mini Tahfiz...Alhamdulillah, penyertaan yang memberangsangkan....lagi meningkat tahun sebelum-sebelum nya...'

Antara perkara-perkara yang menjadi tajuk perbualan aku dan abah di Malaysia. Alhamdulillah mendengar suara abah yang kedengaran seperti tidak boleh berborak panjang menghiburkan sedikit hati aku dan mengubat rindu hati di Malaysia. Memang menjadi kebiasaan hujung tahun, penganjuran Program Mini Tahfiz menjadi aktiviti tahunan pihak Sekolah Kafa Integrasi As-Syakirin (KIAS) yang masuk tahun ke 8 pengajuran. Sambutan yang memberangsangkan menjadikan program ini diteruskan dari tahun ke tahun dan pengubahsuaian dan peningkat modul sering berlaku sepanjang tempoh tersebut.


Bangga, Bertuah, Syukur.

Cukuplah tiga perkataan ini untuk memberitahu isi hati ku tentang abah dan mak.

Allah Maha Besar!

Dalam perbualan dengan abah terselit kata-kata nasihat yang berguna yang akan aku pegang sampai bila-bila.

Sokongan abah dan mak kepada kami, adik beradik, 5 org yang kini bersepah merata merantau mencari ilmu menjadikan inspirasi kepada aku untuk terus menggagahkan diri menempuh satu persatu dugaan yang menimpa. Dugaan yang pasti memberi pengajaran pada diriku. Yang kadangkala cemburu oleh mereka-mereka yang tidak pernah merasainya.

Ingatan pada mereka meredakan dan melapangkan segala-galanya....Walaupun disini tiada siapa...

Terima Kasih Abah, Mak...

Tuesday, December 8, 2009

Penat Fikir Hilang Zikir

Tatkala hilang arus yang mengalir,
Nadi seorang perantau musafir,
Menyerahkan segala-galanya,
Pada sesuatu yang entah apa yang difikir...
Hilang dalam kepenatan..

Sudah penat berfikir??

Sudah masanya untuk menyerah??

Angkat bendera putih sebagai lambang kini??

Hai mereka yang dijadikan memang untuk lupa....

Bila datang Dia kepada mu,
Berkata,..
Kau hanya hamba,
Hidup mu perlu memberi,
Memberi pada segala-galanya,
Aku menerima...

Aku termanggu, menghempaskan nafas yang lesu..

YA, aku perlu memberi taubatku..

Pasti dia menerima kembali taubatku..

Allah, aku sangat sakit kini,

melihat sekeliling,...

tiada siapa rupanya kini,...

adakah dengan penat berfikir, aku perlu menghentikan zikir...

aku perlu hilangkan penat itu...

supaya aku terus berjalan untuk itu...

Allah, Bantu Aku....

Friday, December 4, 2009

Untuk Diri Sendiri

Lagi 20 minit sebelum melangkah ke kelas TAx..

"Semua org harap Kerajaan BN menang kt Kelantan, sekurang-kurangnya ada entertainment skit...."

Kata-kata kawan biasa yang menetap sebumbung dengan aku di Dublin.

Dalam hati aku terdetik "hmmm, patutla ko camtu...."
tapi dalam masa yg sama, kata-katanya seperti terngiang-ngiang sehingga menyebabkna aku tak lena memejamkan mata pada hari itu. Seperti sesuatu menganggu emosi, minda dan bayangan. Entah kenapa.

Ada benar kah kata-katanya? Atau aku sendiri berasa terlalu emosi apabila idol aku di pertikaikan kemampuan nya.

Mungkin lena ku pada malam itu perlu diselitkan sedikit dengan munajat kepada-Nya agar aku lebih rasional mengawal emosi walaupun keadaan suhu yang agak menggigit tulang putih ku pada malam tersebut.

Aku menilai kembali diriku, hidup bersama-sama dengan mereka yang tidak faham secara keseluruhan tentang iman, perhambaan diri kepada tuhan, kepimpinan yang berlandaskan islam...Ya, mungkin...hanya utk mengubat emosi setelah mendengar kata-kata 'dia'...

Aku bersyukur, ibu bapa aku memberi pendidikan yang mendalam tentang beragama.
Aku bersyukur, diberi hidayah tatkala berada di bumi yang asing.
Aku bersyukur, hidup bersama-sama mereka yang jahil, agar dapat menilai tentang buruknya kejahilan.

Dan aku bersyukur, kerana 'dia', kawan biasa, telah menunjukkan aku tentang jahilnya dunia kini......

Dunia, jauhkan aku dari dirimu......


Monday, November 16, 2009

Big Picture

Sebelum melangkah masuk ke ruangan Auditorium di kolej aku bagi mngikuti kelas Auditing, ingin dicoretkan sedikit mengenai kejadian-kejadian yang berlaku sekitar minggu lepas. hanya sekadar renungan buat aku supaya sentiasa beringat tentang apa yang terjadi kebelakangan ini dan serba sedikit dijadikan panduan pada hari-hari yang mendatang..Setiap hari yang mendatang adalah hadiah dari Tuhan yang Maha Halus dalam memperjalankan kehidupan hamba-Nya yang mahu berfikir....=)

Bertemu Sahabat Jauh

Sepanjang minggu lepas, Dublin Business School(DBS) menjalani cuti selama seminggu bagi memberi laluan kepada Reading Week. Jadi, kesempatan ini, ramai pelajar mengambil kesempatan untuk memenuhi kerja-kerja yang tergendala seperti menyiapkan assignment2, mengulangkaji pelajaran dan sebagainya. Ada juga yang tidak melepaskan peluang 'cuti' ini untuk pergi melawat sekitar2 Ireland. Aku tidak terlepas dari melakukan beberapa perkara terutamnya dalam mencari maklumat untuk menyiapkan assignment.

Namun kesempatan ini juga, secara kebetulan sahabat dari Athlone, lokasi indah bagi mereka yang berjiwa 'kampung' datang ke Trinity Collge,Dublin bagi tujuan menghadirri sidang conference. Kesempatan ini digunakan sepenuhnya kami berdua untuk bertemu setelah hampir sebulan tidak mendengar khabar.

Khairul Anwar, namanya lebih kurang aku, sahabat yang dikenali ketika aku masih lagi setahun jagung di bumi Ireland dan ketika itu juga kami bertugas bersama-sama bagi persiapan Hari Raya di Malaysia Hall. Seorang pelajar post-graduate mengambil jurusan chemical engineering dan seorang yang bujang. Banyak perkara yang menjadi isu perbualan kami. Biasalah bila org muda bertamu org muda, macam2 benda kluar. sebagai seorang yang lebih tua dari aku, banyak nasihat yang diberi dan secara tak langsung pertukaran2 pendapat sesama kami menjadikan kami saling beringat sesama sendiri. Seronok bila perbualan kami bukan hanya menjadi perbualan kosong tanpa sebarang pengisian berguna. Antara2 perkara yng dikongsi ialah mengenai proses-proses mencapai pengaruh yang berkesan bila kita berhadapan dengan masyarakat.

Menarik Golongan Muda dalam Penambahan Rohani

Ketandusan ilmu rohani menjadi isu yang besar di sini terutama di kalangan pelajar Malaysia. Tetapi bagaimana usaha golongan2 yang sudah sedar dalam situasi ini dalam mengembalikan kesedaran rohani di dalam suasana yang bergelumang dengan 'cabaran2' dunia.

'Kita ni memang boleh amik pengalaman org, tp jgn diikut 100%, sebab kita hidup lain2 cara, background, macam-macam lah...sebab Allah turunkn kita kt bumi, creating your own style, tp dalam masa yg sama syariat tu jgn di langgar pulak...'

Kata-kata yang membuat aku terfikir sejenak mengenai kebenaran nya...betul tanpa ragu-ragu lagi=)

Kita sebagai glongan muda perlu membina landasan yang kukuh dalam diri, dan jangan dibiarkan bahan-bahan yang membina landasan itu adalah dari bahan-bahan yang tak berkualiti, senang sangat nk runtuh, rosak. Memetik nurkilan Ustz Hasrizal dalam blognya saifulislam.com, org muda mmg begitu sifatnya, terburu2, gopoh, sebab darahnya masih segar, panas. Dengan menempuhi macam2 perkara yang membuatkan org muda lebih mengenal dunia.

Berbalik kepada menarik golongn org muda dalam mencintai makanan rohani, golongn2 yang dah 'tersedar' ini perlu menajalankan tugas secara hikmah, berhati, dan lebih sincerity dalam kerjanya. Menunjukkan contoh yang terbaik, cakap serupa bikin, dan mendalami hati 'orang persekitaran' boleh dijadikn intipati2 yang berkesan dalam kerja2 ini. Jadi untuk memperolehi perkara2 tersebut, ilmu, iman dan ihsan perlu selaras. Ketiga2 method ini perlu selari dan berjalan serentak. Aku bukanlah yang terbaik dalam menerangkan perkara ini, tapi serba sedikit ilmu yang dipelajari sewaktu di Malaysia boleh 'diguna pakai'.

Perbualan kami terhenti apabila jam menunjukkan pukul 2.05 pm, tibanya waktu solat Asar..

Perjalanan diteruskan ke Medina & Anwar Mosque yang terletak di Dublin 1....

Monday, November 9, 2009

Secebis Hadiah Dari Tuhan

Allah menghantar ayam rendang di Malam Malaysia, sebagai hidayah untuk beliau bertemu dengan dirinya semula. Malam yang penuh maksiat dan kemungkaran itu, manusia lain mendapat dosa, tetapi Uncle Salim disentuh hidayah Tuhan yang Maha Esa.

Sebuah cerita yang baru digarap dari ruangan blog kegemaran aku, saifulislam.com. Kisah yang menceritakan bagaimana Uncle Salim, seorg rakyat Malaysia yang bermustautin di negara org, mendapat hidayah dalam meneliti nilai-nilai Islam yang lama sudah di tinggalkan.

Secara sinopsis mudahnyanya, ditengah2 sebuah pesta rakyat Malaysia, Allah menghantar sepinggan rendang, utk 'mengetuk' minda Uncle Salim, mencari Allah yang satu.Allahuakbar! sepinggan rendang?? Hendak diukur melalui pandangan mata dan akal yang kasar, apa sahaja yang boleh dibuat oleh sepinggan rendang itu, jika hendak dikaitkan dengan Hidayah Allah yang luas.

Menyesuluri kisah yang dikarang oleh Ustaz Hazrizal, atau lebih mesra di kenali sebagai Abu Saif mengenai perjalanan nya berceramah di Oxford membuat aku lebih menghargai hari yang mendatang, sebelum persediaan utk bertemu dengan Tuhan Penilai Yang Agung itu. Harapannya, utk menilai hidayah itu bukan lah sesuatu yang susah, tetapi utk mendpatkan hidayah Allah itu yang menjadi persoalan utk setiap hati yang ingin rapat pada-Nya. Ya,dapatkanlah hidayah-Nya. Kejarlah yang itu dulu.

TODAY IS A GIFT.....

Sunday, November 8, 2009

sEgaLaNya BahaRu...(^_^)

Dunia baru, tapak baru, rumah baru, segalanya baru...(baju pon baru, beli kt Penny's)


Dengan suasana yang baru, bekalan yg baru, terdetik pula utk mengubah serba sedikit "penampilan" di blog aku. Harapnnya cuma satu, berkongsi, meluahkan, mengubah mentaliti diri sendiri seraya mencari siapa diri ini sebagai hamba Allah yg serba kekurangan.

Cuma perubahan sedikit pada "penampilan" blog ini, lebih kepada menghargai hari-hari yg mendatang memandangkan aku kini berada di dunia baru, iaitu di Dulin, Ireland bagi meneruskan perjuangn menuntut ilmu sambil menyelongkar kehebatan Tuhan yg telah mengurniakan jasad dan hati aku sebagai muslimin. Hadiah kehidupan, itulah rungkaian yg ditampilkan dalam penyengkolaran rahsia alam ini.

Setiap hari yg mndatang sering dikaitkan dengn segala perbuatan-perbuatan hari2 yg lepas. Baikkah? Burukkah? Apa yang terjadi esok? macam2 persoalan yg boleh dikaitkan dengna hari kita. Hanya diri sendiri yang boleh menjwab segala persoalan itu. Nak mengharapkan ibu bapa kita? Kawan2? Jiran sebelah? apa sahaja yang akan dikatakan mereka, mungkin boleh membantu, tp, yg mengubah dan mendekatkan diri kita kepada penyelesaian persoalan hanyalah terletak di tangan kita. Jadi, yang paling penting, bagaimana kita menghargai masa yang akan mendatang. Bermula dari celiknya mata kita, sehingga terpejam kembali utk menyelusuri dunia mimpi. dan begitulah rutin harian nya. Anggaplah hari yang mendatang itu sebagai hadiah dari tuhan, yang Maha Mencipta segala kejadian dengan hikmah tang menggunung.

Bak kata pepatah Inggeris,

Yesterday is History, Tomorrow is Mystery, but TODAY IS A GIFT, THAT IS WHY ITS CALL PRESENT....."

Tuesday, September 8, 2009

BEBERAPA KENYATAAN MENGHINA ISLAM OLEH PEMIMPIN UMNO DAN AKIBATNYA

BEBERAPA KENYATAAN MENGHINA ISLAM OLEH PEMIMPIN UMNO DAN AKIBATNYA
Kategori: Isu Semasa

Dalam akhbar HARAKAH bertarikh 30 Syaaban – 2 Ramadhan 1430/21 – 23 Ogos 2009, saya tertarik dengan dua fakta yang ditulis oleh Mohamed Hanipa Maidin dalam artikel beliau bertajuk “Sejak bila Umno tidak hina Islam.” Ia berbunyi seperti berikut:


i) Ucapan Dato’ Rais Yatim di Hotel Equatorial, Bangi semasa merasmikan seminar Inter Faith Commission (IFC) antara lain menyatakan (dalam bahasa Inggeris) yang terjemahannya:


“(Dalam masyarakat majmuk) tiada orang yang boleh mendakwa bahawa agamanya adalah agama terbaik dengan mengenepikan agama-agama lain kerana dengan mengatakan demikian akan memusnahkan prinsip persamaan (agama) dan prinsip kemanusiaan.”


Ucapan Rais Yatim ini telah diterbitkan di dalam Infoline Majlis Peguam.


ii) Dato’ Nazri Aziz pernah secara terang-terang di satu forum anjuran Majlis Peguam berkata Umno terpaksa menggunakan Islam kerana jika parti itu tidak berbuat demikian ia akan hilang undi kepada PAS.


Buat Rais Yatim dan orang-orang yang berfikiran seperti beliau, saya ingin bertanyakan begini. Dimana nak diletakkan pengesahan Allah S.W.T tentang taraf ugama islam melalui Ayat yang bermaksud:


“Sesungguhnya Deen (agama) yang diredhai Allah hanyalah Islam? Inna deen na in dallah hil Islam? (Sebahagian Ayat 19: Surah Ali’Imran).”



Inikah caranya seorang pemimpin Islam membuat kenyataan? Dengan kata-kata seperti ini, syahadah kita yang bermaksud “tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah” akan menjadi satu lafaz kosong. Ia bo;eh menukarkan “Asyhadu” ; langsung tidak berfungsi. Sepatutnya secara pengertiannya yang bergerak, dia(Asyhadu itu) memberi erti bahawa kita yakin sampai sanggup menjadi saksi. Perihal seriusnya kalimat syahadah ini sampai ia tidak boleh diwakili kepada orang lain untuk dilafaz.


Ucapan dan pegangan pemimpin Umno yang sebeginilah sebenarnya yang perlu direnung oleh seluruh umat Islam. Inilah salah satu puncanya sehingga saya berani membuat penegasan bahawa Umno ini membawa Islam dari benih kacukan. Islam dari jenis palsu dan plastik. Memang tepat sungguh sikap PAS yang telah menolak sebulat suara teori Kerajaan Perpaduan.


Jika samalah kedudukan rakyat yang ada agama seperti Islam, Kristian, Hindu dan Buddha maka apa pula halnya dengan mereka yang berfaham Atheis yang langsung tak beragama? Apa pula kedudukan golongan komunis yang menolak agama dalam kerangka pemikiran Rais? Sama? Tak serupa? Atau serupa tapi tak sama? Yang peliknya, dalam hal semangat Melayu, pemimpin Umno bermati-matian pula mempertahankan ketuanan Melayu. Apakah Rais bermaksud, faham kebangsaan Melayu itu berada di atas dari segala-galanya termasuk Islam itu sendiri? Malu sangatkah untuk iktiraf ketuanan Islam? Tidakkah Islam itu tempatnya di atas dan tiada yang mengatasi ?


Sedarkah kita bahawa jika dilayan logik pemikiran pemimpin bertaraf Menteri di Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ini, maka bila semua agama ini serupa tidakkah Hukum Murtad sudah tidak lagi diperlukan? Kubur muslim dan Non- muslim pun sudah menjadi tidak perlu kerana semua orang boleh ditanam bersekali? Mayat muslim pun apakah halal dibakar?


Sedarkah kita bahawa pemikiran jenis ini boleh membawa kita kepada fenomena perkahwinan campur antara muslim/non-muslim yang berleluasa tanpa perlu menukar agama. Ini juga bermakna Mahkamah Syariah tidak diperlukan lagi. Tak timbullah isu sebat Kartika sama ada perlu dibedal atau tidak mengikut peraturan dan syariat Islam. Pendek kata, kenyataan ini sudah tidak syak lagi telah menimbulkan keresahan yang bukan sedikit kepada umat Islam.



Menyentuh tentang kenyataan Dato’ Nazri Aziz pula, yang secara terang-terangan berkata di dalam satu forum anjuran Majlis Peguam bahawa Umno terpaksa menggunakan Islam untuk meraih undi kerana bimbangkan kehilangan sokongan kepada PAS jika tidak berbuat demikian; maka jelas di sini bahawa Umno tidak menjadikan Islam ugama untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Kenyataan ini mengesahkan bahawa Islam bukan menjadi landasan perjuangan Umno. Islam itu bukan “a complete way of life”. Sahlah dengan ini, Umno hanya menggunakan Islam untuk tujuan-tujuan upacara dan “ritual” semata-mata. Ugama Islam hanya sekadar untuk cari makan dengan mengekalkan kekuasaan? Jika timbul keperluan, Islam itu boleh diperalatkan. Yang penting ialah hegemoni dan kekuasaan politik.


Jika begitu apa pula fungsi tilawah, perarakan maulidurrasul atau sambutan maal hijrah di sisi Umno yang dianjurkan selama ini? Dalam hubungan ini, jangan salahkan rakyat jika mereka menuduh Umno sebagai parti yang hanya pentingkan kuasa. Segala komitmen terhadap projek-projek agama hanya bertujuan kosmetik, pameran atau bahan perhiasan semata-mata untuk tujuan-tujuan materialistik.


Sebenarnya, inilah yang mendorong saya untuk mengatakan bahawa Umno ini sebuah parti politik sekular yang oportunis. Ia gemar dan selalu menggunakan faham kebangsaan dan Islam bagi mengelirukan orang Melayu. Umno menggunakan kesempatan sistem sekular yang memisah agama dengan kehidupan dan kadang kala mencampur adukkan segala benda itu untuk hidup sepenuhnya dalam tubuh pergerakan Umno. Ini yang menjadikan perjuangan mereka berkecamuk, tidak berhaluan dan tidak berdasar. Dasar Umno ialah “tiada dasar”.



Inilah juga alasannya ; saya mengistilahkan Umno ini sebagai parti yang mengamalkan Islam dari baka kacukan. Inilah juga Islam palsu yang saya telah namakan kepada parti Melayu ini kira-kira dua minggu yang lalu. Saya kata Umno ini beramal atas Islam plastik, dia memfitnah saya pula yang kononnya saya mengatakan mereka mengamalkan Islam Palestin. Inilah susahnya bermain dengan parti yang tidak menjaga agama dan menjadikan dosa pahala sebagai dasar, agenda dan program perjuangan.


Pendek kata sebelum Umno menuduh saya sebagai orang yang kononnya sedangkan mengelirukan umat mengenai Islam maka melalui bukti-bukti ini rakyat sekalian boleh melihat siapa dan parti manakah sebenarnya yang sedang keliru dan tekun mengelirukan rakyat dalam segenap segi. Sambil-sambil beriktikaf di masjid dalam bulan yang semulia ini, eloklah juga kita semua membuat renungan bagaimanakah cara yang sebenar untuk menyelamatkan Islam dan umat Islam dari tipu daya rakan-rakan kita dari Umno ini ?


Sebagai penutup, izinkan saya berundur dengan menumpang doa Nabi Allah Ibrahim a.s. yang berbunyi, “ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).” (Surah Ibrahim : Ayat 41).




NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Bertarikh : 5 Ramadhan 1430 / 26 Ogos 2009

Jambori Amal Johor 2009

Hampir 3 minggu yg lepas, penyertaan aku dalam siri Jambori Amal Johor 2009 (JAJ 09) telah memberi seribu kemanisan dalam hidup berjemaah yang tidak mungkin akan ku lupakan sampai bila-bila. Susur galur program yang bersifat 'jemaah' diterapkan dalam program memberi rangsangan kepada peserta 'janggal' seperti aku membuat ia begitu berharga. Mengimbas kembali suasana program sewaktu aku berada di pentas universiti yang 'terkenal' di Selangor menampakkan perbezaan yang ketara jika dibandingkan suasana program yang dilakasanakan oleh pihak penganjur JAJ 09 yang dikelola sepenuhnya oleh AJK Dewan Pemuda Johor dan Unit Amal...



Ungkapan mudah kepada penilaian aku untuk JAJ 09..."two thumbs up"..susunan program yang melibatkan peserta dari lebih 10 kawasan di Johor dan lingkungan peserta berumur antara 12 sehingga 45 tahun menyebabkan pengalaman yang ditimba dalam program ini menjadi lebih menarik kerana aku sendiri dapat melihat 'pe'el' atau ragam pemuda-pemuda yang bernalurikan darah perjuangan ini bergerak dalam satu jemaah yang kuat.

Di universiti dulu, aku yang menyertai barisan Sekretariat Rakan Muda (SRM) dibawah naungan Kem. Belia dan Sukan sebagai salah seorang anggota jawatankuasa, merasai suasana bekerja dalam keadaan yang mewah dan serba lengkap. Pabila aku menjejakkan kaki ke dalam program JAJ 09 ini, kelainan begitu dirasai kerana walaupun suasananya yang serba kekurangan, program ini memberi imput yang berkesan kepada sebilangan peserta.



Aku akan postkan cerita2 menarik sepanjang program ini berlangsung dalam post yang akan datang. Kesibukan persiapan untuk bergerak ke Dublin terpaksa di dahulukan...Salam....






Tuesday, August 11, 2009

Friday, August 7, 2009

seperti dulu..

KINI,
ku kembali seperti dulu,
sepi, sunyi, tanpa siapa di sisi..

sunyi, hatiku sunyi..
sepi, jiwaku ku sepi...

jika Dia mendengar jeritan cintaku,
jika Dia melihat kabus rinduku,
alangkah bahagianya...

KINI,
ku mengambil langkah,
memberani kan diri,
meninggalkan sendiri,
tanpa meninggalkan secalit harga diri,
di bumi ku ini...

ceritera hikayat jiwa,
terpendam seribu rasa,
kecewa dan duka...

tapi apa kan daya.......

biarlah hati ini terus menjerit,
melaung,memekik...
kerinduan dan kecintaan semua,
supaya,
tiada siapa yg terluka,
tiada siapa yg terseksa,
dan yang pasti,
tidak mengharapkan apa-apa,
dari sesiapa...

KINI,
tiba masa ku pergi,
melangkah mencari erti,
wirawara diri yang kian pasti,
pasti menghilang...

kian terakhir kali..
ingin ungkapkan kepada engkau,
wahai kekasih hati...
selamat tinggal dan kenangi diri,
diri ini yang sentiasa diingati....

Monday, July 13, 2009

si dia....sahabat ku..

"kadang kala hati ini sering menganggu,
kadang kala hati ini terganggu,
kadang kala hati ini menunggu,
mencari kebenaran, mencari haluan...

sedang mencari, hati ini rebah, gelisah, termanggu, memikirkan semua itu..

tika hati ini cuba bangkit seraya berjalan, ku temu satu saat...
saat dimana aku mengenali mu..
wirawara diriku masih belum selesai..
kau hadir dalam pencarian,
pencarian keredhaan..

sejuta langkah ku susun,
beribu cara ku atur,
dalam persiapan diriku mencari Dia yang Satu..

aku hadir dalam hidup mu,
bukan mengharapkan segunung balasan,
aku hadir dalam hidupmu,
bukan ingin sentiasa dikenang,
aku hadir dalam hidupmu,
hanya mencari keredhaan...dari siapa??
dari Allah yang maha Esa...

kau tahu aku mencintai mu..
kau tahu aku sayangi mu...
kau tahu aku mengenangimu..
kau juga begitu...

tapi,
cintai aku kerna mencintai Allah,
sayangi aku kerna kasihkan Allah,
kenangi aku kerana rindukan Allah,
begitu juga aku...

terusKAN berjuang, tanpa kenal erti lelah..
terusKAN melangkah tanpa kenal erti duka dan lara....

moga kita bertemu dan berpisAH, ditempat asal kita, tempat pengabdian,
para kekasih Allah...SYURGA YANG ABADI....

Sunday, July 12, 2009

RETAK..

Bila engkau memandang segalanya dari tuhanmu

Yang menciptakan segalanya

Yang memberikan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuat keinginanmu terhalang

Serta membebankan hidupmu

Pasti akan damai hatimu

Kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia

Bukan Allah tidak tahu akan deritanya hidupmu…..retaknya hatimu

Tetapi itulah kehendak-Nya kerna Dia tahu hati yang sebegini Yang selalunya lebih lunak dan mudah utk dekat dan akrab dgn-Nya

FAKIR

Di suatu sudut yang kecil,
ku Melihat & memerhati,
Karenah anak-anak kecil, sebangsaku,
Penuh dengan keriangan,
Mereka yang masih tidak mengerti,
Erti perjuangan yang hakiki…


Tapi siapa yang tahu, Di hatiku mereka, Penuh onak & duri,
Apabila bergelar insan tuli, dengan kasih saying dan cinta,
Tiada beribu dan juga berbapa,
Tidak dihidanghkan dengan kemewahan dunia,
Yang hanya terpapar, kemiskinan semata-mata….

Siapa yang tahu, apa yang dipikul oleh mereka,
Selama ini, dengan serba-serbi, kesusahan yang menghimpit diri,…

Ku renung kembali, diriku yang masih punya,
Kudrat kemewahan, serba-serbi indah, tidak seperti mereka,
Ya Allah, tunjukanlah aku jalan yang lurus,
Jalan yang Engkau redhai, supaya,
Ku bertemu dengan erti perjuangan,
Dalam menegakkan agama-Mu yang suci…


Ya Allah hu Ya Rabbi,
Ku tahu diriku sering dinodai, oleh nafsu duniawi,
Tidak kenal onak dan duri, dalam menuju syurga-Mu yang abadi…..
Ampuni aku Ya Allah…………….

7 PerKarA gAnjiL....anDa di ManA????

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur danmencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpadengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginanuntuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggalikubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yangmenimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf ataperbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

1 " Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinyamenghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktumalam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadibegitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu." Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka denganmemalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan merekadaripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

2 Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah merekasangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malamhari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpunbertukar menjadi b*bi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulahgolongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktuhidupnya.Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab.Jika sempurna solat,maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

3 Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yangaku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabilaaku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalugelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu. "Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram,wahai anakmuda," balas ahli ibadah itu lagi.

4 " Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batubulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"Jawabahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhakakepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya.Sesungguhnya Allah s. w. t. samasekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibubapanya."

5 " Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hinggamembelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi daritubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golonganyang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakanpertengkaran dan tidak bertegursapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernahbersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahliibadah tersebut.

6 " Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnyalahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kuburitu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yangamat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta ribasewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

7 " Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnyasentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnyawahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.Jawab ahli ibadah tersebut. " Wahai pemuda, mereka itulahgolongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunyasewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaandi sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudahmatinya."Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dankepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkanatas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah.Wallahua'lam

Tuesday, June 23, 2009

mEnAriK...
















Isnin….22 Jun 2009

Im back!!!!huhu~ skng ak tgh dok countdown before im leaving msia!!!how xcited…..ke??!!lagi braper bulan ek…ntah la…tp aku agk risau serba sdikit sbb de byk benda yg ak blom ready…diri sendiri..mak abh..td ptg ak dok ngn mak..tnye mak btol ker nk bg azir p ireland..dan sperti yg ak jamgka, mak ckp ak ank laki2..tnggunjwb besar..mula dari diri sendiri..jgn tnyer soalan yg sepatutnya diri sendiri kena jwb..pastu mak citer pasal cita2 nya hampir ke mesir…mak x dpt p tp ank dpt pegi..alhmdulillah..Maha Agung Allah yang Maha Merancang dan meletakkan perancangan-Nya sehalus-halusnya…TAKBIR!!

pastu mak citer pasal haji plak..tetiber ak tbyg kaabah kt dpn ak..ya Allah!!tetibe hati jadik sayu..tkenang dosa2 ak sepnjng hidup…bygkan kalo kte sendiri de kt dpn kaabah,tadah tgn, bdoa, mohon keampunan Allah…ALLAHUAKBAR!!!ak nk blaja rerjin2..nk p mekah, mengadap kaabah..nk rasa cmner mohon taubat depan masjid yang haram dipijak oleh org kafir…Maha Agung Allah..ampuni dosa ku…

...............

Menanti hari, mengira detik, menghitung waktu…

Termanggu,menanti sesuatu..seperti menungu tibanya senja pada waktu pagi…seperti menanti hujan di kala guruh…

Dalam penantian, tanpa jangkaan..

Tidak seperti yang diharapkan…

Seraya berlari ku mengejar sebuah impi, tidak terlihat apa yang dinanti…

Adakah aku akan mendapat keredhaan Ilahi…atau hanya angan2 sebuah mimpi???siapa tahu dan siapa mengerti??

Ya Allah,keredhaan Mu aku nanti, keampuanan dari-Mu, kuharap realiti…

Ku tahu kau dengar dan ku tahu kau akan hadir..

Dalam insan yang mengharapkan keredhaan pada-Mu..dalam hati yang mendambakan cinta-Mu…

Aku hanya insan hina, yang mengharapkan sebuah cita..

Aku hanya insan biasa, yang mengharapkan segulung ma’rifah..

Aku hanya insan alpa, yang sering berjanji, tapi leka…

Aku mahu engkau dengar, dan aku mahu engkau hadir..

Tapi apakan daya padaku…melainkan diri ini benar2 cinta pada-Mu..

Tambahkanlah iman ku, tinggi kanlah amalan ku, permudahkanlah segala urusan ku...

Saturday, April 18, 2009






“Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang kelaparan mengerumuni hidangan mereka.” Maka salah seorang sahabat bertanya,” Apakah karena jumlah kami yang sedikit pada hari itu?” Nabi saw, menjawab,”Bahkan, pada hari itu jumlah kamu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di lautan, dan Allah akan mencabut ‘rasa gentar’ terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit al-wahnu.”Seorang sahabat bertanya, ‘Apakah itu al-wahnu itu, ya Rasulullah?’ Rasulullah saw, menjawab, “Cinta dunia dan takut mati.”




(Hr Abu Dawud dan Ahmad)

Selagi kita tidak berjihad untuk membentuk diri menjadi Mu’min sejati, selagi itulah kita tidak akan diizinkan oleh Allah untuk melihat pembebasan Palestin dan Masjidil Aqsa. Tragedi di Gaza adalah seruan Allah untuk kita kembali kepada Islam yang tulen.

Ya Allah!
Kami malu menadah tangan memohon bantuan dan kemenangan yang Kau janjikan
dengan dosa dan maksiat yang kami lakukan pada-Mu dalam terang dan sunyi.
Tetapi Ya Allah, hati kami dirajut sebak tak terlafaz,
bagai terdengar-dengar rintihan keluarga kami di sana ya Allah.
Hati kami menangis bersama mereka,
masjid, sekolah, dan rumah mereka diserang jet pejuang dan kereta kebal,
bom digugurkan laksana hujan asid,
namun tangan kami tak terdaya memeluk menenangkan mereka,
menggantikan mereka menggalas senjata walau sebesar seketul anak batu atau sepasang sepatu haus.
Ya Allah, Perkuatkanlah keluarga kami yang sedang dipatah-patahkan tulang belulang mereka,
Kasihanilah keluarga kami yang lemah ditindas, dan bantulah hamba-hambamu yang beriman!
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami.
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka.
Ya Allah, Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa
Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka.
Ya Allah Ya Allah Ya Allah Ya Allah
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,
Kalahkan mereka,Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.”
Perkenanlah doa kami ya Allah..!




“Dan janganlah kamu merasa hina, dan jangan (pula) merasa sedih sedang kamulah yang paling tinggi sekiranya kamu orang-orang beriman. Jika kamu ditimpa kesakitan, maka (ketahuilah bahawa) mereka juga ditimpa sakit seperti kamu. Demikianlah Kami mempergilirkan hari-hari (turun naik dan suka duka) dikalangan manusia. Dan supaya Allah mengetahui (siapa benar-benar) orang-orang beriman dan supaya Dia mengambil para Syuhadak dari kalangan mereka. Dan Allah tidak suka orang-orang zalim”

(Ali Imran : 139-140).

Tuesday, April 14, 2009

SIAPA KITA...

dosa yang dilakukan, manusia, insan,
tak mengerti, tak terkawal,
kadang kala kita lupa siapa kita,
sedih, ketawa, genbira, menangis......sampai bila..

sampai bila, kita ingin melihat dunia,
dunia yang penuh dengan fana,
sampai bila, kita mahu mengorak langkah,
sampai hujung dunia????sampai hujung usia?????
utk apa.......

apa yang hendak kita cari,
apa yang hendak kita miliki,...

lihatlah dunia, lihatlah semua, siapa sebenarnya kita,
insan yang sering lupa, tanpa kenal siapa sebenarnya Dia....

mengharap nafsu, langsung tidak membantu,
mendorong ke jalan buntu,
mengharap akal, hati, jiwa....tapi seperti BATU!!!
melangkah dengan melulu,
tidak kenal tuhan yang satu,
adakah itu AKU????

YA Allah, Ya Nabi Allah, Ya Rasulullah,
dengarlah rintihanku, dengarlah rayuan ku,
ku mohon syafaatmu, ku mohon doa restumu,
mencari jala, jalan yang satu...

terungkap lah sebuah kisah,
perjalanan hidup yang tiada kalah,
terus melangkah, diiringi nafsu yang serakah,
mengenepikan semua barakah,
senyum tawa yang sering punah,
merosakkan kesemua mauidzah...

tersergam indah, hari yang penuh kedukaan,
melihat suasana, suasana yang mungkin akan dilupakan,
SUATU HARI NANTI..........

Sunday, April 12, 2009

Teks Ucapan Tuan Guru Nik Aziz berkempen di Bukit Gantang.....Allahu Akbar,besar maknanya.....


Malaysia Negara yang disayangi ini mempunyai pelbagai bangsa, kaum dan bahasa.


Sebenarnya pada saya begitu bertuahnya Malaysia ini sekiranya kempen pilihan raya disertai sama oleh masyarakat Cina yang lebih mendahului mengenali agama Islam mengikut dalam sejarah dunia...Orang Melayu mengikut sejarahnya menerima Islam sekitar 500 tahun kebelakangan ini, berbanding masyarakat Cina.Sejak Parameswara Raja Melaka yang memeluk Islam, secara automatiknya turut memeluk agama Islam.Tetapi orang Cina mengenali Islam lebih 1,500 tahun yang lalu menerusi sahabat baginda Rasulullah saw yang pergi ke Negara itu untuk berdakwah.Saya sendiri sewaktu ke Negara terbabit sempat mengunjungi makam sahabat Nabi sebanyak dua kali.


Keduanya generasi muda Cina sekarang ini menerima Islam kerana mereka belajar di sekolah, di Pusat Pengajian Tinggi, mereka berguru dengan orang-orang yang boleh berguru serta bersoal jawab dengan mereka sehingga menyebabkan mereka yakin dengan Islam dan keselamatan agama suci itu untuk menjaga manusia.Kalau boleh masyarakat Cina seharusnya bersama-sama melaksanakan tanggugjawab sebagai seorang Islam.Orang Melayu keseluruhannya khususnya generasi kedua sekarang ini menerima Islam hanya secara tradisi.
Umur saya sendiri banyak habis untuk bertengkar (berhujah) dengan orang Islam Melayu – Melayu Islam yang banyak mengakibatkan imej Islam menjadi rosak kerana bangsa kita menerima Islam secara tradisi.Umur saya banyak dihabiskan untuk memperbetulkan fahaman atau imej Melayu Islam.

Jadi kalau boleh orang Cina Islam yang memahami Islam turut berkempen serta dalam mengembangkan ajaran Islam kerana agama suci itu memberi rahmat untuk semua bangsa di dunia ini dan bukannya melaknati mereka.Saya dengar banyak ucapan dari Saudara Kita (Cina muaalaf) seperti Saudara An Wan Seng dan banyak lagi masyarakat Cina dan India muslim lain yang perlu diketengahkan memandangkan mereka pandai berhujah.Sedangkan pada masa yang sama para imam di kampong-kampung tidak mampu menyampaikan dakwah sehebat Saudara Kita memandangkan mereka hanya belajar Islam secara tradisi berbanding Saudara Kita yang belajar secara systemetik dan morden.


Lama saya memikirkan bagaimana untuk membawa masyarakat Cina untuk belajar di Kota Bharu untuk belajar di Mahaad Muhammadi di Kota Bharu bagi membolehkan mereka mempelajari Bahasa Arab serta mengenali Islam melalui kaedah belajar dan bukannya tradisi.
Bila mereka memperolehi ilmu dengan baik serta banyak, mereka dapat berhujah dengan baik.
Bila mereka tamat belajar di situ mereka akan dapat melanjutkan pengajian mereka di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi sama ada dalam atau luar Negara dengan membawa hujah-hujah yang lebih baik.Sekarang ini Bahasa Cina dimasukkan dalam kurikulum yang ada di sekolahnya di Pulau Melaka.



Berhubung dengan calon khususnya calon PAS di Bukit Gantang, Dato’ Seri Muhammad Nizar Jamaluddin, yang telah saya kenali sebagai seorang Menteri Besar Perak dan sekarangpun beliau masih lagi Menteri Besar di negeri itu secara sahnya.Sewaktu beliau menjadi Menteri Besar, saya sendiri beberapa kali hadir untuk berceramah dengannya telah mendapat sambutan yang begitu menggalakan dari masyarakat India, Cina, kebetulan beliau ni pula dapat bercakap dalam beberapa bahasa seperti India, Cina selain Melayu dan Inggeris.Rupanya Allah Taala menyimpan orang seperti Nizar untuk menjadi seorang Menteri Besar di Perak, sekarang ini sebagai calon di Parlimen Bukit Gatang pulak.Di Parlimen ni kita memerlukan seorang orang mampu berhujah sebagaimana Nizar.Untuk pilihanraya kecil kali ini sama ada di Bukit Gantang atau Bukit Selambau di Perak, pengundi harus menolak calon Umno dan Barisan Nasional (BN).
Umno ni sejak dari dahulu sehingga sekarang macam itu tiada perubahan ke arah yang lebih baik biarpun bertukar pucuk pimpinan silih berganti.



Pemilihan pucuk pimpinan baru dalam Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini, macam biasa sahaja, hanya bertukar pemandunya sahaja, sedangkan kenderaannya masih buruk yang tidak boleh membawa penumpang ke mana-manapun apa lagi ke dalam kubur.Di alam kubur antara soalan awal yang bakal ditanyakan oleh malaikat mungkar dan nakir, iaitu ‘siapa orang ini?’ iaitu Nabi Muhammad saw terhadap semua umat manusia yang meninggal dunia.Manusia tidak akan kenal Nabi Muhammad sekiranya hidup mereka di dunia menentang baginda sama ada dari segi aqidah, dasar perjuangan, ekonomi, social dan sebagainya.Bila ianya tidak sama dengan ajaran yang dibawa baginda, bagaimana mereka ingin mengenali baginda.Saya sendiri berulangkali bertanya kenapa menolak Islam serta tidak mahu menerima ajaran agama suci itu.Saya seringkali bertanya dari bermula dari atas pucuk pimpinan Umno hingga ke bawah kenapa tolak Islam, nyatakan di mana cacat celanya Islam.Kalau boleh beri keyakinan pada saya Islam ini tidak benar, saya boleh tolak Islam, tetapi kalau tuan-tuan tidak dapat berbuat demikian sudah tentu saya tidak akan menolaknya dan begitu juga tidak betul sama sekali.


Cuma saya ragu bila mereka menyebut tidak boleh menerima perjuangan Islam disebabkan adanya MCA dan MIC atau disebabkan mereka sendiri.
Kerana pemimpin Umno sejak awal lagi di mana belajar agama secara jelas atau teratur, sebaliknya hanya sebagai pak turut semata-mata.
Umno hanya bernabi kepada orang putih semata-mata, saya cakap terang-terang di sini.
Sebenarnya Umno yang tidak inginkan Islam dan bukannya MCA atau MIC. Dakwaan yang mengatakan akan timbul huru hara sebenarnya akibat kurangnya fahaman Islam parti itu terhadap agama suci Islam.



Saya nasihat pada semua pengundi supaya menolak calon Umno dan BN dalam pilihan raya itu nanti.Kelantan sudah mengajar semua masyarakatnya secara Islam setelah diberi kuasa dalam pilihan raya baru-baru ini dalam ekonomi, social, politik dan sebagainya.
Petugas Pakatan Rakyat seharusnya berusaha sedaya mungkin untuk menjaga Dun Bukit Selambau dan Bukit Gantang sebaiknya agar ianya tidak dapat ditangani oleh Umno dan BN.

Kalau kiranya petugas Pakatan ‘tidur’ tidak mustahil mereka akan membuat sesuatu di luar batasan untuk memenangi pilihan raya itu.Umno seharusnya menghentikan program perarakan di jalan raya untuk menyambut Maulud Nabi kiranya menolak ajaran Islam yang dibawa junjungan besar itu.Sedangkan kerajaan Kelantan yang didokongi PAS menerima ajaran Baginda tidak mengadakan perarakan di jalan raya sebagai menyambut maulud nabi.Untuk itu saya menyeru kepada semua para pengundi yang bakal membuang undi pada 7 April ini sama ada di Bukit Selambau dan Bukit Gantang supaya menolak calon Umno dan BN sebaliknya memilih calon PAS dan PKR yang mewakili Pakatan Rakyat.

Saturday, April 11, 2009

RENUNGAN......

"......ciptalah dan reka sebuah harapan, binalah impian, supaya ia menjadi batu loncatan, batu loncatan untuk mereka yang bergelar insan......"

-nadzir
Actually this is my first post. seblom nie nk post tapi mcm mls nk taip kan...maklumlah skng im quiet bz wit my practical work...so, post kali ni ana amik kt my frenz's blog, memel...mel!!!thnxs!!!so,enjoy it!!!



Pada suatu pagi, seorang cikgu menunjukkan beberapa permainan kepada murid-muridnya. Sambil memegang sebatang kapur dan pemadam beliau memulakan permainan dengan berkata, "Saya ada satu permainan ... caranya begini, di tangan kanan saya ada kapur, di tangan kiri ada pemadam. Jika saya angkat kapur, maka katalah "kapur" dan jika saya angkat pemadam katalah "pemadam". Murid-muridnya mengikut seperti yang diarahkan oleh cikgu tersebut. Cikgu tersebut mengangkat tangan kanan dan kiri beberapa kali, semakin lama semakin cepat.



Kemudian cikgu tersebut berkata pula, "Baik, sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka katalah pula "pemadam", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "kapur". Pada awalnya murid-murid agak kekok dan sukar menyebutnya. Namun setelah beberapa lama, mereka menjadi biasa dan tidak lagi kekok. Cikgu tersebut tersenyum kepada murid-muridnya. "Anak-anak, beginilah yang akan terjadi kepada umat Islam. Mulanya yang hak itu hak dan yang bathil itu bathil. Kita semua dapat membezakan. Namun, setelah musuh-musuh kita menyogokkan kepada kita dengan berbagai cara dan keadaan supaya kita menukarkan yang hak menjadi bathil, dan sebaliknya, mula-mula mungkin agak sukar bagi kita menerimanya, tetapi apabila terus disosialisasikan dengan cara-cara yang halus oleh mereka, kita akan dapat mengikutinya dengan mudah. Musuh-musuh kita tidak pernah berhenti menukar nilai dan etika yang digariskan oleh Islam, keluar berdua-duaan dan pegaulan bebas tidak lagi menjadi sesuatu yang ganjil, pakaian seksi menjadi suatu yang lumrah, arak, dadah, seks tanpa nikah menjadi kebiasaan, materialistik kini menjadi satu gaya hidup dan berbagai-bagai lagi cara yang telah dipesongkan dari cara hidup Islam. Semuanya sudah diterbalikkan. Tanpa disedari, kita akan menerimanya walaupun perkara tersebut bertentangan dengan Islam".



"Baik, ini pula permainan yang seterusnya. Ini adalah Al-Quran , cikgu akan letakkannya di atas meja yang kamu lihat berada di tengah-tengah karpet. Sekarang bagaimana caranya kamu mengambil Al-Quran tersebut tanpa memijak karpet?". Murid-muridnya pun berfikir. Ada yang mencuba dengan tongkat dan sebagainya. Akhirnya cikgu menunjukkan cara yang paling berkesan, karpet digulung perlahan-lahan dan mengambil Al-Quran apabila meja tersebut telah hampir kepadanya. "Murid-murid sekelian. Ingatlah! Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak (menjatuhkan) agama kita secara terang-terangan kerana tentu kita tidak akan menerimanya kerana tiada siapa pun yang akan rela kalau Islam dihina dan dicerca. Tetapi mereka akan 'menggulung' kita secara perlahan-lahan tanpa kita sedari." "Murid-murid sekelian, jika kita ingin merobohkan sesebuah rumah, tentu sukar kalau dimulakan dengan tapaknya dahulu. Cara yang mudah dengan membawa keluar perabot dan barang perhiasan rumah tersebut satu persatu seperti keluarkan kerusi kemudian almari dan seterusnya perabotnya yang lain, barulah rumah tersebut mudah dirobohkan. Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menyerang secara terang-terangan, tetapi ia akan berusaha dengan perlahan-lahan melekakan kita. Mereka akan mula mengubah kita dari cara berpakaian, pergaulan, hiburan, cara berfikir dan sebagainya. Lama kelamaan akhirnya kita akan menjadi seorang yang rosak akidah (tapak) dan mengikut cara hidup mereka. Semua ini adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran) yang dijalankan oleh musuh kita .... Yahudi dan Nasrani." yg hak tetap hakyg batil tetap batilAllahuakbar!!!





C.I.K.GU -Celik Insan Kerana GUru Rasulullah merupakan guru yg terbaik utk dijadikan icon kita sume =)