Cerita nie berkisahkan seorang pemuda yang bernama Abdullah Khairul Azzam (cam nama aku la pulak..perasan jer!) yang study di Al-Azhar (teringat pulak kat adik-beradik).
Seorang anak sulung yang dibesarkan tanpa ayah, dan menjadi penjual tempe (favourite aku!!) bagi menyara kehidupannya di Mesir serta adik-adiknya di Indonesia.
Aku ada la tanya member housemate aku, layan tak cerita nie?
"Pelakon dia tak caya la, biasa-biasa jer!"
hmm~
Bagi muda-mudi yang belum pernah tengok cerita ni, mungkin akan terfikir (1st impression), tengok tajuk jer, dah tahu macam mana jalan cerita nya.
Tapi bagi aku, cerita ini memang memaparkan kisah cinta sebenar, bukan hanya terbatas pada cinta sesama lelaki dan perempuan, tapi lebih menekan bagaimana nak memupuk rasa cinta antara ibu (mak, rindu kat mak), adik-beradik, sesama sahabat, jiran tetangga dan sewaktu dengannya. Dalam masa yang sama, kita nie sebagai seorang remaja, cinta itu perlu di pupuk berdasarkan kasihnya kita dengan Allah SWT, Tuhan yang satu.(Bukan kalimah Allah yang dimainkan oleh org bodoh Malaysia)
Jadi, hadiah kita kepada sesebuah kehidupan yang Allah turunkan perlu di solid dengan sempurna.
Aku yang duduk kat Ireland ni, macam-macam sangat dah tengok gelagat dan cara remaja@pemuda nak meluahkan rasa cinta. Tak kiralah, orang melayu, Irish, dan seumpama dengannya, ramai yang tercari-cari formula sendiri dalam mencari cinta. Sayang seribu kali sayang. Formula dah terpampang depan mata, cuma kita jer, nak ikut ke tak nak!
'Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih...."
Islam Sebagai Pentas Cinta
Balik semula kepada kisah KCB2,
Khairul Azzam, bertekad untuk mencari jodoh yang terbaik buat dirinya, jodoh yang mampu mengabdikan dirinya kepada Allah disamping memenuhi ciri-ciri yang dikehendaki ibu nya. Dalam masa yang sama, beliau tidak lupa akan tanggungjawabnya sebagai wali kepada adik-adiknya dalam memenuhi kehidupan mereka.
Pendek cerita, dalam pencarian jodoh, macam-macam lah dugaannya, yelah, macam sabda nabi Muhammad:
'Barang siapa yang memegang sunnahku, umpama menggengam bara api"
Yang paling menyayat hati, bila ibunya meninggal akibat kemalangan yang melibatakan hero cerita nie. Nasib menyebelahi beliau yang terselamat dari kecelakaan tersebut.
(Series waktu nie memang aku teringat kat mak kat Malaysia, terus telepon, walaupun kredit tinggal nyawa-nyawa ikan terubuk masak asam pedas..huhu~)
Tapi yang mengagumkan, pendekatan yang dibawa dalam cerita betul-betul boleh di ambil iktibar oleh seluruh masyarakat, penggiat seni (terutamanya kat Malaysia, buat filem islamik, tapi pegang2 relax jer, cilakak betul!) kerana batas-batas antara lelaki dan perempuan amat dijaga dari mula filem sampai habis.
HEBAT!!
Jadi, kalau nak layan, bukak la link kat bawah, dan judge by yourself...=)
No comments:
Post a Comment