Tuesday, February 16, 2010

Jangan ye kawan-kawan...

Orang kata, jangan selalu cakap jangan, terutamnya kat budak kecik, yang ada anak, or yang ada adik kecik2, nak2 pulak yang jenis lasak sangat2, tak boleh nak dilarang. (ala, korang dulu kecik2 camtu jugak kot..uhu~). Tapi dalam Islam, ada jugak ‘jangan’ yang mesti jangan buat (apa benda yang aku nak cakap ni??!) Ha, pendek citer, ingatlah,... Jangan...

Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

J
angan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan
keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan
biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

J
angan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan
ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia memang kita bersalah..

Jangan
mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kitan hilang bahagia.

Jangan
lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan
bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan
banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan
biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

And last skali,..

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab Allah adalah Engineer yang menciptakan kita. Jadik, Allah Maha Mengetahui mana yang baik dan buruk kepada seluruh makhluk-Nya..

P/S : Pesanan untuk aku juga..InsyaAllah..

Selamat Tinggal Jahiliyah..

Selamat Beramal ! (^_^)

No comments:

Post a Comment