بسم الله الرحمن الرحيم
Kisahku ini, aku ceritakan, untuk menjadi tatapan anak cucuku. Moga mereka akan sedar, tarikh keramat 9 Julai 2011, aku bukan hanya menjadi pendengar, bukan hanya menjadi pasukan sorak, atau mungkin penonton semata-mata. Aku mahu mereka tahu, badan ini telah kuserahkan, menjadi benteng melawan kezaliman dan kemungkaran dunia di bumi Malaysia!
Kisahku bermula.....
Tanggal 9 Julai 2011,
Aku memula langkah yang agak berat di subuh hari. Mungkin dek kerana tidur di lantai masjid yang menusuk kulit tebal, beralaskan sehelai baju yang dibeli di Guangzhou, China oleh ibuku. Masih segar lagi izinku untuk keluar selepas solat Jumaat, restu pergi oleh abah dan emak. Pergi untuk menjadi benteng Himpunan 'HARAM'. Kami sudah mula berkumpul pada hari jumaat, sehari sebelum berlangsungnya Perhimpunan BERSIH 2.0 untuk sesi taklimat Unit Amal Pusat bagi gerak kerja Perhimpunan. Mengiringiku, Farizul, sahabat sejiran, cawangan dan kawasan. Jarang sungguh dia meninggalkan aku dalam aktiviti-aktiviti jemaah PAS tambahan pula, dia sangat suka bercerita tentang cita-citanya. Terutamnya bab kahwin. Haha! Kelakar!
Pagi itu, usai soalt subuh berjemaah, membaca al-mathurat, taklimat yang entah sudah kali ke berapa diberikan oleh sahabat kawasan, Akhi Uwais dan Akhi Sobri dalam menyampaikan mesej-mesej terakhir sebelum masing-masing menggerakkan diri untuk meneruskan agenda tarbiyah dan perjuangan. Aku ditugaskan untuk terus bergerak ke Masjid Negara sebagai 'tugas rasmi' bagi gerak kerja ini. Turut mengiringi, Akhi Rabbani dan Akhi Zaki yang berkenalan tidak sampai 24 jam. Maka bersiap kami untuk menyegarkan diri dan menyusun rancangan sepanjang perjalanan. Tapi sebelum itu, sarapan menjadi agenda pertama, dan gurauan sinis sahabt-sahabt supaya pergi sarapan, mana tahu, ini mungkin sarapan yang terakhir! Allahuakbar!
bersambung...
No comments:
Post a Comment