Tuesday, March 30, 2010

Couple....Couple....Trouble.....

Di kebun Pak Dolah, bawah pokok mangga......

Abu : Pak, nampak sedap buah mangga nie kan?

Pak : Memang sedap! Tapi muda-muda lagi nie... Tunggu betul-betul masak baru la sedap di makan... Nanti kalau petik rugi pulak.

Abu : Ala, kalau tambah kicap campur gula, sedap la mangga nie.

Pak : Tapi, kalau makan yang betul-betul dah masak, kan lagi nikmat. Tak payah tambah apa-apa.

Abu : Em, betul jugak ! Minggu depan kita datang balik ye pak. Ambil yang betul-betul masak...Nikmat ! (tersengeh)

Pak : Boleh!! (tersenyum)

=====================

Kalau nak makan mangga, mesti la tunggu betul-betul masak, jangan nak sibuk dipegang, dipetik...

Takut-takut nanti, nikmat kemanisan hilang. Terpaksa guna 'perencah' lain untuk sedapkan. Itu pon kalau sedap 'perencah' tambahannya. Kalau tak sedap, TERPAKSA BUANG!

p/s:

Lelaki : Tunggu diri tu betul-betul matang, baru boleh berdua (nikah terus). Takut-takut dah couple, bila kahwin, terpaksa tambah 'perencah'. Kalau sedap tak pe, kalau x sedap?? (seolah-olah memperjudikankan perkahwinan dan hidup diri sendiri pulak)

Perempuan : Nak ke hilang 'kemanisan' ????

Parents : Nak ke tengok anak-anak TERPAKSA DIBUANG ??!


(manis VS kelat)
ANDA PILIH



"PENANTIAN SUATU KEBAHAGIAN"

(^_^)

Sunday, March 28, 2010

Trip to Belfast

Aku sayang KAMU SEMUA!!!

Nizam Othman

Nabil Ali

Syazwan Amiruddin

Munir Mursidi

MOGA BERTEMU DI SPRING CAMP 2010 next week!

(Photo will be upload soon!)

Saturday, March 27, 2010

Borak Pasal Aurat

Suatu hari, di pasar malam,....

Anak : Mak, nak kueh tu!!!

Mak : ish, tak mau la...tgk tu, peniaga tu tak tutup elok-elok makanan dia..

Anak : Ala mak, bukan ada apa-apa pon! Nak jugak!

Mak : Anak mak kan jaga kebersihan, bersihkan sebahagian dari iman, takkan nak makan makanan yang tak pasti kebersihan nya....Tapi, kalau anak mak ni tak kisah sakit perut lepas ni, mak belikan sekarang ye (sambil tersenyum)

Anak : (muncung) Em, iye la.... Jom cari makanan yang bersih sikit la, yang tertutup elok-elok...

Mak : Pandai anak mak (^_^)


Teruskan pencarian...


===============

p/s :

Lelaki - Nak ke carik yang tak tutup elok-elok??

Perempuan - Nak ke dipandang tak bersih??

Parents - Nak ke anak 'sakit' satu hari nanti??


Friday, March 26, 2010

Sebiru Hari Ini



Tersangat admire dengan lagu ini!

Amazing Boy..

Budak kecil mampu untuk menghafaz keseluruh ayat di dalam Al-Quran...Aku bila lagi?!!
Hmm~~


NIKMAT YANG KIAN PUDAR

Dulu,
Segalanya tampak mudah,
Semangat menggunung,
Tinggi,

Kini,
Semuanya seakan punah,
Hilang,
Sepi,

Dulu,
Aku mahu buat ini,
Aku mahu buat itu,

Kini,
"Kau jalan dulu",

Dulu,
Bila mendapat kebenaran,
Akan ku sebarkan,

Kini,
Ujian menimpa,
Ah, sudahlah,
Kau adalah kau,
Aku adalah aku,

Dulu,
Aku nak jadi DA'IE,
Biar semua tahu,

Kini,
Payahlah,
Susahlah,
Banyak urusan lain...


YA ALLAH, JAUHKAN AKU DARI 'KINI'!!



Monday, March 22, 2010

Terang, Suluh, Faham, Buat!!

Kaizen...Jepun

Pada asalnya

Kai.......Zen.......
(dah lupa pulak makna sebenar...proced2..huhu~)

Dua perkataan yang dipisahkan, membawa maksud yang terpisah. Tapi,..

Jika disambung, Menjadi makna yang amat besar dari segi teoritikalnya, iaitu..



'CONTINUOUS IMPROVEMENT PROCESS'

(sudah mula pening dgn teori!!)

Proceed to the main purpose..

Aku sangat-sangat tertarik dengan makna yang sangat simple ni, sebab....banyak sebab...

Tapi sebab yang utama...AKU MUSLIM! =)

Dalam sedar tak sedar, konsep kaizen ni, dah lama dah ada dalam diri manusia, secara naturalnya.

Lihat balik, masa dalam alam rahim,.....

Embrio,...pastu...(pastu pe ek?? aku bukan budak medic la. Budak medic, terangkan!)

Perubahan secara kecil-kecilan berlaku, dan berterusan.....KAIZEN!



Okeh, abis..Pastu, dah lahir....

Lihat pula zaman baby,...

Golek-golek kan badan, mengesot, merangkak, bertatih, berjalan, berlari,..panjat pagar rumah, kena rotan (saja tambah2)

ha, lagi sekali.........KAIZEN!!


(comel!!)

Dah besar pulak....

Masuk darjah 1, 2, 4, (kalau budak PTS, sekarang dah tak ada), and so on...

la, lagi sekali......KAIZEN!!

Maknanya, memang secara fitrahnya, kita ialah KAIZEN! Sentiasa berubah....Tanpa sedar...

Tapi, yang jadi persoalan sekarang,..

Adakah kita sedar kita berubah? Setakat mana kita berubah? Samapai bila kita mahu berubah? Kita nie berubah dari baik ke jahat ke atau sebaliknya?




Macam-macam persoalan kan???.....

Owh, baru teringat...

Rupa-rupanya, kita nie...

DAH BERJAYA SEJAK DARI LAHIR, sebab,..
ALLAH dah beri kita KAIZEN sejak kecik lagi!

Masa kita 'bersaing' dengan 'sperma2', yang berjuta2 tu, kita yang terpilih,
hanya satu, dalam berjuta (kalau kembar tu lain la citer kan..huhu~)

MAKNA NYA, KITA DAH BERJAYA DAH,..

Kejayaan Dunia!


Sekali lagi, persoalannya.....
Apa yang kita cari lagi kat dunia nie eh????
kita kan dah berjaya kat dunia, Allah dah bagi free2 dah kejayaan hidup kat dunia..

apa lagi?? apa lagi??

fikir-fikirkan jap...

berjaya dalam periksa kot?
berjaya dalam mendapat pekerjaan kot?
berjaya dalam jadi orang kaya kot?
berjaya dalam cinta kot? (tetibe jer..huh~~)

tapi, kan kejayaan di dunia Allah dah bagi siap2 dah...tapi, kenapa ada banyak lagi persoalan kejayaan yang timbul sepeti diatas???!

kenapa eh????

eh, baru perasan.....rupa-rupanya..
persoalan yang kat atas tadi adalah keinginan diri sendiri je kot...Allah ada mintak ke semua2 perkara di atas??

Tengok Nabi Muhammad SAW pulak..
bagaimana KAIZEN nye...

23 tahun, sebar islam,..
dari baginda seorang, sampai berjuta2 orang islam sekarang...

KAIZEN!!! dari seorang kepada berjuta2 orang.....

Dari verse 'IQRA' (bacalah!)..sampai menjadi kitab suci Al-Quran.....KAIZEN!!!!

dan paling penting sekali...NABI MUHAMMAD SAW ialah..

AHLI SYURGA!!!!

eh2, jap....syurga???????!

aku nak masuk syurga!!!!! semua orang nak masuk syurga!!!!

tapi,...

kena jadi macam Nabi Muhammad, baru boleh masuk syurga??!

masuk syurga kan kejayaan jugak, tapi bukan kejyaan dunia,


TAPI IA ADALAH KEJAYAAN AKHIRAT!

NABI MUHAMMAD = BERJAYA DUNIA + BERJAYA AKHIRAT = SYURGA
AKU = BERJAYA DUNIA + (???????) = SYURGA / NERAKA

eh, aku belum berjaya akhirat lagi??? masuk syurga ke neraka?


ha, aku hampir faham maksud KAIZEN....
berterusan dalam mengejar SYURGA, atau...

CONTINUOUS IMPROVEMENT TO ACHIEVE PARADISE = KEJAYAAN DI AKHIRAT!

sebab,....
AKU ORANG MUSLIM!!!

Saturday, March 20, 2010

Kaizen,....

'Continuous Improvement Process...'

Setakat mana perkara ini dinilai oleh KITA??

Renungnan untuk AKU....

Friday, March 19, 2010

Dato' Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin di Dublin, Ireland

Salam 1 Ummah,...

Untuk perhatian semua rakyat Malaysia,

YB Dato' Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin akan hadir di Dublin untuk bertemu dan beramah mesra bersama-sama para pelajar dan penduduk Dublin yang berkerakyatan Malaysia pada :

Tarikh : 21 March 2010
Tempat : Hilton Hotel Kilmainham Dublin 8, Dublin, Ireland
Masa : 2 pm - 6 pm

Majlis ini turut diserikan denan kehadiran DRS. KHALIL IDHAM LIM, AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI TITI SERONG, PERAK.

Dengan ini saya sertakan link yang berkaitan bagi memudahkan perjalanan ke tempat kejadian.

MAP DIRECTION TO HILTON HOTEL KILMAINHAM DUBLIN

http://maps.google.com/maps?hl=en&source=hp&oq=kilmain&gs_rfai=&um=1&ie=UTF-8&q=kilmainham+hilton&fb=1&gl=ie&hq=hilton&hnear=kilmainham&ei=80mjS5qnMJP64AbT89yTCg&sa=X&oi=local_group&ct=image&resnum=1&ved=0CCEQtgMwAA

BUS ROUTE KILMAINHAM DUBLIN 8

http://www.dublinbus.ie/en/Your-Journey1/Timetables/?searchtype=place&searchquery=Royal+Kilmainham+Hospital

p/s: berhenti di Old Kilmainham, Dublin 8, Dublin


Mari turun beramai-ramai untuk mendengar amanat dan nasihat dari seorang tokoh yang terkemuka di Malaysia, supaya meningkatkan lagi motivasi diri kita sebagai rakyat Malaysia secara amnya dan sebagai seorang pelajar khususnya.


Yang Ikhlas,

Rakyat Malaysia....




khairulnadzir.blogspot.com

Thursday, March 18, 2010

Nama Anak-Anak Iblis....Mungkin Bersama Anda Sekarang !

1.Atamah. Ia akan kencing di telinga seorang hamba ketika ia tidur meninggalkan shalat Isya. Andaikan tidak karenanya tentu manusia tidak akan tidur terlebih dahulu sebelum menjalankan shalat.

2.Mutaqadhi. Apabila ada seorang hamba melakukan ketaatan (ibadah) dengan rahasia dan ingin menutupinya, maka anak aku itu senantiasa membatalkannya dan dipamerkan ditengah-tengah manusia, sehingga semua manusia tahu. Akhirnya Allah membatalkan sembilan puluh sembilan dari seratus pahala. Sehingga yang tersisa hanya satu pahala. Sebab setiap ketaatan yang dilakukan secara rahasia akan diberi seratus pahala.

3.Kuhyal, dimana ia bertugas mengusapi celak mata semua orang yang sedang berada di majlis pengajian dan ketika khatib sedang berkuthbah. Sehingga mereka mengantuk dan akhirnya tertidur, hingga tidak mendengarkan apa yang dibicarakan para ulama. Mereka yang tertidur tidak akan ditulis pahala sedikitpun untuk selamanya.


Iblis melanjutkan lagi: ”Setiap kali ada perempuan keluar mesti ada setan yang duduk di pinggulnya, ada pula yang duduk di daging yang mengelilingi kukunya. Dimana mereka akan menghiasi kepada orang-orang yang melihatnya. Kedua setan itu kemudian berkata kepadanya:”Keluarkan tanganmu”. Akhirnya ia mengeluarkan tangannya, kemudian kukunya tampak, lalu kelihatan nodanya.