Sunday, January 31, 2010

Lelaki Acuan Al-Quran

LELAKI ACUAN AL-QURAN
SEORANG LELAKI YANG BERIMAN
MEMILIH MUSLIM MUTTAQEEN SEBAGAI JATI DIRI
HATINYA DISALUTI RASA TAQWA KEPADA ALLAH SWT
APABILA DISEBUT ASMA' ALLLAH..
GEMENTAR HATINYA, GEMURUH JANTUNGNYA

LELAKI ACUAN AL-QURAN
SENTIASA HAUS DENGAN ILMU
SOLATNYA ADALAH MARUAH DIRINYA
TIDAK PERNAH GENTAR UNTUK BERKATA BENAR
TIDAK PERNAH LESU UNTUK MELAWAN NAFSU

LELAKI ACUAN AL-QURAN
DIA YANG MENGHORMATI IBU BAPANYA
BAKTI DIHULURKAN BUAT AYAHBONDA DAN KELUARGA
DIA BAKAL MENJAGA KEHARMONIAN RUMAHTANGGANYA
KELAK MEMBERIKAN BIMBINGAN DUNIA DAN AKHIRAT
BUAT ZAUJAH JUA PERMATA HATINYA
WASATIAH AMALAN HIDUPNYA
PENDORONG MENUJU BAITI JANNATI
KERANA DUNIA BAGINYA HANYALAH
LADANG MENUJU AKHIRAT
JUA RUMAH SEMENTARA SAHAJA
MENUNGGU YANG NYATA DI AKHIRAT SANA

LELAKI ACUAN AL-QURAN
SENTIASA BERSEDIA UNTUK AD-DEENNYA
HIDUPNYA DISINARI CAHAYA NAUNGAN AL-QURANUL KARIM
SIFAT RASULULLAH KETAATAN DIRINYA
BICARANYA ADALAH AMALANNYA
GERAK LAKUNYA ADALAH ILMUNYA

LELAKI ACUAN AL-QURAN
PABILA MENGHADAP WAJAHNYA KEPADA YANG MENCIPTA
BERDIRINYA PENUH TERTIB
RUKUKNYA PENUH TAWADHU'
SUJUDNYA PENUH KUSYUK
DUDUKNYA PENUH TASYAHHUD
DOANYA PENUH MALU
"YA ALLAH, ANDAINYA KEJAHATAN TAK KU LAKUKAN KERANA TAKUT AKAN BAKARAN API NERAKA-MU, MAKA KAU CAMPAKKANLAH AKU KEDALAMNYA... ANDAINYA AKU MENDAMBAKAN SYURGA-MU KERANA PAHALA YG KAU JANJIKAN, MAKA KAU HARAMKANLAH KAKIKU MENJEJAK SYURGA IMPIANKU ITU,TETAPI JIKA HIDUPKU MATIKU KERANA MENGHARAPKAN REDHA-MU YA RABB, MAKA JANGANLAH KAU MALAPKAN HATI INI KERANA HATI INI TELAH BERLABUH UNTUK
SENTIASA TAAT DAN DEKAT DENGANMU,WAHAI RABBUL 'IZZATI.."




LELAKI ACUAN AL-QURAN
BASAH MATANYA KERNA RINDU-NYA PADA YANG KHALIQ
BASAH LIDAHNYA KERANA SELALU MENYEBUT ASMA' TUHANNYA
GEMAR TELINGANYA MENDENGAR ALUNAN ZIKIR MUNAJAT
TANGKAS LANGKAH KAKINYA BERJEMAAH DI RUMAH ALLAH

LELAKI ACUAN AL-QURAN
MEDAN PERJUANGAN SYAHID IMPIANNYA
HAYYA 'ALAL JIHAAD!!
MENYERU PARA MUJAHIDDEEN
DIALAH KUBU PERTAHANAN ISLAM
TEGAS DENGAN KAFIR LAKNATULLAH
TAKKAN MUDAH ISLAM TUNDUK PADA KUASA KUFFAR
KELUAR DIJALAN ALLAH SETINGGI CITA-CITANYA
TEGAKNYA MEMASAKKAN KALIMAH ALLAH DI PELUSUK DUNIA
KEWAJIPAN SEORANG DA'E BAGAI DIRINYA
HATINYA BAGAIKAN TAHU
BAHAWA MASIH RAMAI YANG CUKUP DAHAGAKAN
SUATU GEMERLAPAN CAHAYA ISLAM YG MAHA INDAH

DIALAH LELAKI ACUAN AL-QURAN
DIA LAYAK BUAT
WANITA ACUAN AL-QURAN JUA..
KERANA, BUATMU WANITA...
ANDAI DIRI MENGHARAP TEMAN SEZUHUD ALI KARRAMALLAHU WAJHAH
HIASILAH DIRI UMPAMA PEMURAHNYA FATIMAH AZ-ZAHRA
USAH DIDAMBA TEMAN SETAKWA NABI ALLAH IBRAHIM AS
ANDAI HATI TIDAK DISALUTI KETABAHAN SITI HAJAR
MENGAPA IMPIKAN TEMAN SEHEBAT KEKASIH ALLAH,MUHAMMAD SAW
ANDAI KESETIAAN BAGAI KHADIJAH AL-KHUWAILID BUKAN WAJAH DIRIMU!



dikongsi dari:
putrihanan.blogdrive.com

Wednesday, January 27, 2010

Ketakutan...Sangat2 ketakutan.. =(

Allah...
Allah...
Allah...

Aku tak tau, mungkin Allah sahaja yang dapat membaca hati aku saat ni..

Aku ResaH

Aku sangat gelisah

Allah,..aku jahil rupanya..

selama ini aku jahil!!

aku macam nak lari dari semua nie!

Allahu Akbar!

Aku takut...

Ya Allah,...bantu aku ya Allah!

Aku tiada siapa....

Allah! Astaghfirullah! Subhanallah!

Aku sangat berduka saat ini...!

KEDAHSYATAN NERAKA

Aku baru jer lepas menonton dokumentari The Arrival. Aku dapat dokumentari nie dari sahabat aku. Terima kasih =)

Perh! TakuT!!

Lepas tengok satu, aku sambung satu episod, sampai episod 32++. Eventough dokumentari nie dah lama di published, mungkin baru sekarang hidayah-Nya trun kt hati aku untuk tengok dokumentari nie.

Sedang aku melayan, sebelum keluar untuk berjalan di sekitar Milan, terdetik untuk berkongsi tentang satu kisah yang diceritakan pada zaman Rasulullah, mengenai kedasyatan neraka. Artikel yang aku simpan sewaktu bertugas sebagai konsultan motivasi sebelum aku melangkah kaki menyambung pengajian aku di Dublin ini.

Jadi, renungkan lah.....

===========================

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s. a. w. "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orangyg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya."

Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya: "Ya.

Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap,tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur’an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"

Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir’aun sedang namanya Al Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim.

Pintu ketiga tempat orang shobi’in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa’eir."

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s. a. w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s. a. w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s. a. w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian nabi s. a. w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s. a. w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi
lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita
semua.

Wallahua’lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

" Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk."




style="font-size:medium;">

Tuesday, January 26, 2010

WANITA DAN KUASANYA

Mengidamkan sebuah kehidupan yang bahagia terletak pada kemahuan diri seseorang dalam mencari erti keredhaan Allah. Mencari keredhaan Allah bukanlah suatu perkara yang mudah untuk di ungkapkan kerana mencari keredhaan Allah adalah suatu kuasa kesedaran yang tinggi dalam menilai dan mengukur tahap keimanan dalam jiwa individu tersebut

Bagi seseorang lelaki, seperti aku, sudah pasti menjadi satu anganan dalam mencari erti kehidupan yang sempurna sama ada dalam kehidupan dunia dan akhirat. Namun, kelengkapan dalam mencari kesempurnaan, timbul kesedran dalam diri, adakah insan seperti aku lebih mudah menghampiri kesempurnaan itu atau tidak kerana aku sering ternoda dengan kelekaan dunia yang terbentang luas dengan kejahilan nya. Aku akan terus berharap untuk terus berjuang dalam mencari fitrah diri yang sebenar supaya aku bisa menemukan hakikat keredhaan Allah dalam kehidupan kini dan yang akan menjelang.

Tapi,

Apakah hakikat kehidupan bagi seorng wanita, terutamanya kehidupan seorang wanita yang solehah? Kerna, wanita solehah jugak menjadi satu pemangkin bagi sesebuah kehidupan yang sempurna bagi seorng lelaki mukmin. Dalam mencari pengertian tersebut, lelaki mukmin perlulah mengerti apakah kuasa yang ada dalam diri sesebuah kehidupan seorang wanita solehah. DAn bagi wanita solehah pula, anda perlu mencungkil kuasa diri anda bagi menyelongkar diri anda sendiri supaya boleh berbakti kepada teman hidupmu saraya mencari keredhaan Allah SWT.

Wanita solehah, renungi kuasa anda..


KUASA PUJUKAN WANITA

* Kehebatan perempuan dalam pujuk rayu tidak dapat disangkal lagi. Tidak ada perempuan yang tidak mahir dalam seni ini. Kaum lelaki boleh dipujuk dan dirayu untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya.


* Beberapa contoh keruntuhan empayar yang dibina oleh lelaki
disebabkan daya pujukan wanita :

1. Napoleon Bonarparte dan Josephine.
2. Anthony dan Cleopatra
3. Hitler dan Matahari
4. Samson dan Delila
5. Abu Lahab dan Hendon

* Beberapa contoh wanita yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan seorang lelaki sehingga berjaya mengatasi segala ujian dan cabaran tanpa melemahkan semangat juang mereka dalam menegakkan kebenaran dan kekuatan agama :

1. Nabi Muhammad saw dan Siti Khadijah serta isteri-isteri beginda yang lain.
2. Nabi Ayub dan Siti Rahmah.
3. Nabi Ibrahim dan Siti Sarah serta Siti Hajar.
4. dan banyak contoh lagi orang-orang muslim yang lain.


KUASA KEJELITAAN PEREMPUAN


* Hal ini diketahui oleh semua orang. Kejelitaan perempuan boleh menumbangkan ramai lelaki hingga banyak yang terarah melakukan perkara-perkara yang tidak wajar. Sebaliknya kuasa jelita yang ada pada kaum muslimah boleh menimbulkan kecintaan yang tinggi terhadap Allah di mana seorang isteri boleh mempengaruhi suami dalam hal-hal yang diredhai Allah.

KUASA LAYANAN PEREMPUAN

* Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.

KUASA DOA PEREMPUAN


* Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw:

"Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya:"Kenapa ya Rasulllah ?" Jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia."


KUASA TAQWA PEREMPUAN

* Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.

* Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.

* Kekuasaan taqwa ini pula oleh kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.

* Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw:

"Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya)."


Wahai wanita solehah, ku menanti mu...


Sunday, January 17, 2010

Amar Ma'aruf Nahi Mungkar, Kun Fayakun...

Sempoi,..Layan...Ubat kepada hati yang duka...Jangan Sedih2..huhu~

Saturday, January 16, 2010

Ketika Cinta Bertasbih 2 Part 2

Erm, sambung la skit citer....

Cerita nie berkisahkan seorang pemuda yang bernama Abdullah Khairul Azzam (cam nama aku la pulak..perasan jer!) yang study di Al-Azhar (teringat pulak kat adik-beradik).

Seorang anak sulung yang dibesarkan tanpa ayah, dan menjadi penjual tempe (favourite aku!!) bagi menyara kehidupannya di Mesir serta adik-adiknya di Indonesia.

Aku ada la tanya member housemate aku, layan tak cerita nie?

"Pelakon dia tak caya la, biasa-biasa jer!"
hmm~

Bagi muda-mudi yang belum pernah tengok cerita ni, mungkin akan terfikir (1st impression), tengok tajuk jer, dah tahu macam mana jalan cerita nya.

Tapi bagi aku, cerita ini memang memaparkan kisah cinta sebenar, bukan hanya terbatas pada cinta sesama lelaki dan perempuan, tapi lebih menekan bagaimana nak memupuk rasa cinta antara ibu (mak, rindu kat mak), adik-beradik, sesama sahabat, jiran tetangga dan sewaktu dengannya. Dalam masa yang sama, kita nie sebagai seorang remaja, cinta itu perlu di pupuk berdasarkan kasihnya kita dengan Allah SWT, Tuhan yang satu.(Bukan kalimah Allah yang dimainkan oleh org bodoh Malaysia)

Jadi, hadiah kita kepada sesebuah kehidupan yang Allah turunkan perlu di solid dengan sempurna.

Aku yang duduk kat Ireland ni, macam-macam sangat dah tengok gelagat dan cara remaja@pemuda nak meluahkan rasa cinta. Tak kiralah, orang melayu, Irish, dan seumpama dengannya, ramai yang tercari-cari formula sendiri dalam mencari cinta. Sayang seribu kali sayang. Formula dah terpampang depan mata, cuma kita jer, nak ikut ke tak nak!

'Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih...."

Islam Sebagai Pentas Cinta

Balik semula kepada kisah KCB2,

Khairul Azzam, bertekad untuk mencari jodoh yang terbaik buat dirinya, jodoh yang mampu mengabdikan dirinya kepada Allah disamping memenuhi ciri-ciri yang dikehendaki ibu nya. Dalam masa yang sama, beliau tidak lupa akan tanggungjawabnya sebagai wali kepada adik-adiknya dalam memenuhi kehidupan mereka.

Pendek cerita, dalam pencarian jodoh, macam-macam lah dugaannya, yelah, macam sabda nabi Muhammad:

'Barang siapa yang memegang sunnahku, umpama menggengam bara api"

Yang paling menyayat hati, bila ibunya meninggal akibat kemalangan yang melibatakan hero cerita nie. Nasib menyebelahi beliau yang terselamat dari kecelakaan tersebut.
(Series waktu nie memang aku teringat kat mak kat Malaysia, terus telepon, walaupun kredit tinggal nyawa-nyawa ikan terubuk masak asam pedas..huhu~)

Tapi yang mengagumkan, pendekatan yang dibawa dalam cerita betul-betul boleh di ambil iktibar oleh seluruh masyarakat, penggiat seni (terutamanya kat Malaysia, buat filem islamik, tapi pegang2 relax jer, cilakak betul!) kerana batas-batas antara lelaki dan perempuan amat dijaga dari mula filem sampai habis.

HEBAT!!

Jadi, kalau nak layan, bukak la link kat bawah, dan judge by yourself...=)

Ketika Cinta Bertasbih 2


Sejak dua menjak cam malas sangat nak berblog, tiada mood...
Assignment pon macam dah tak teratur, tak tau lah kenapa...
Tension la kot,...

Aku Mohon petunjuk Allah....ISTIKHARAH
Agar di lapangkan hati..

====================================================================

Berbalik pada tajuk di atas,

Aku baru jer menonton cerita Ketika Cinta Bertasbih 2 (KCB 2) pagi tadi. Cerita nie aku dapat tahu sewaktu menghadirikan diri ke program Islamic Society 101 di Royal College Surgery of Ireland (RCSI).

Aku ditegur oleh salah seorang peserta melayu, juga pelajar RCSI tahun kedua. Sebelum perbualan kami rancak, dia cakap muka aku macam pelakon KCB tu. Malu alah aku, merepek jer. (Padahal dah kembang hidung..huhu~)

Balik jer rumah keesokan harinya, terus lah meng'goggle' cerita tersebut.

Aku buka la YouTube.com, kot2 ada la ceghita yang di maksudkan. Nak dijadikan cerita, dapatlah aku tengok cerita tu. Tapi time tu, siri pertama baru keluar.

Dipendekkan, best jugak la ceritanya. Banyak la nilai-nilai murni yang ditonjolkan dalam cerita tu, regardless dalam bab cintan-cintun. Terkenang pula aku yang berada kat Ireland nie, sebagai seorang perantau yang menuntut ilmu. (sebenarnya teringat kat mak abah..hmm~)

Then, hampir 2 bulan berlalu, cerita KCB siri ke-2 muncul. Aku pun macam biasalah, pergi kat YouTube.com, downloads dan layan...huhu~

Dipendekkan cerita lagi sekali, masih lagi best, ditambahkan lagi nilai-nilai kematangan yang ditonjolkan dalam penulisan skrip cerita tersebut..jap lagi aku cerita apa yang menyebabkan cerita nie best eh..

(TAPI PERINGATAN! Kalau nak layan cerita ni, diharap bukan hanya menonton pada usaha menyampaikan mesej cinta antara lelaki dan perempuan, tengoklah keseluruhannya, cinta dalam berkeluarga, sahabat, sesama jiran, dan usaha-usaha yang diketengahkan dalam cerita ini dalam memupuk nilai-nilai islam pada keseluruhan hidup sebagai orang muda)

Wednesday, January 6, 2010

Is It Enough

Is it enough,
You call yourself muslim,
But, don't mind other muslim,

Is it enough,
You call yourself muslim,
When other muslim in trouble,
U said, " Its wasn't my problem! "

Is it enough,
You call yourself muslim,
When Allah remind to fear in Him,
To do what Allah said, and leave prohibited things,
U just ignore it,

Is it enough,
You call yourself muslim,
When Quran is infront of u,
U more prefer to facing on ur laptop to online,

Is it enough,
You call yourself muslim,
When Adzan is shouted,
To invite prays and successes,
U said, "Ah, u go first!"

Is it enough,
You call yourself muslim,

In the same time, YOU ARE NOT!

Tuesday, January 5, 2010

Tekanan

Sejuk yang amat...

Kaki yang sakit...

Demam yang melarat...

Tak boleh nak fokus...

Ya Allah, Tolong...!

Monday, January 4, 2010

Extreme....Kau Extreme!!

"Kau Extreme sangat nie, dah bab2 nie, kita perlu natural "

Sakit juga hati ini bila mendengar golongan-golongan yang masih tidak jelas dalam erti mempertahankan aqidah dan konsep perjuangan dakwah terutamanya hidup dalam suasana yang penuh dengan keselesaan dan kesenangan dunia.

Bila bercakap tentang erti memperjuangkan aqidah diri melalui program-program tarbiyah di peringkat bawahan, memang amat mudah kerana kita masih lagi tidak dibayangi dengan sebarang gangguan anasir-anasir perosak aqidah yang jelas nyata begitu benci terhadap Islam itu sendiri.

Pernah kita bayangkan, sedang mulut menanti makanan, ditegah untuk disuapkan.

Pernah kita fikirkan, sedang bermain dengan keseronokan, secara tiba permainan diranapkan.

Andai bisa kejadian ini berlaku, tidak mustahil anda sendiri akan bangun memberontak melawan mereka-mereka yang menjadi gangguan.

Tapi,

Ketika anda bangun untuk mempertahankan hak, orang sekeliling anda, yang juga teman sepermainan berkata, 'KAU EXTREME!'

Itu adalah secara analoginya...

Letakkan pula secara realitinya...!

Jangan tunggu neraka datang baru nak faham..

Aku mengecam mereka......walaupun engkau teman aku!

Sunday, January 3, 2010

Allah, kusayang namaMU, tapi hukum-Mu ku sepak terajang

Hari ini media-media arus perdana yang pro-kerajaan dipenuhi berita kebimbangan pemimpin-pemimpin parti politik Malaysia dan NGO Islam dengan implikasi keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan majalah Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya. Antara yang bersuara ialah ketua sayap pemuda dan wanita Umno, Timbalan Presiden Pas dan mantan PM, Dr Mahathir.

Apabila yang lantang mempertahankan nama Allah ialah Ketua Wanita Umno, Datuk Shahrizat Abdul Jalil dan Dr Mahathir, ia mengundang sedikit rasa kagum dalam diri saya. Saya kagum dengan gambaran ketaatan dan kasih sayang mereka kepada Allah hingga seolah-olah ingin melakukan apa saja bagi mempertahankan nama Allah dan darjat Islam.

Saya kagum kerana Shahrizat yang rambutnya separuh telanjang dan seperti Muslimah yang tidak lengkap berpakaian mengikut norma Islam itu, rupanya sangat sayang kepada Allah. Selama ini saya beranggapan bahawa mereka yang tinggi kecintaannnya kepada Allah akan cuba menampilkan dirinya supaya sentiasa kelihatan seperti orang yang taat kepada perintah Allah. Bukan saja dia perlu menjaga ibadahnya tapi juga etika berpakaian dan pergaulannya. Tapi rupanya ada pengecualiannya. Shahrizat walaupun tidak menggambarkan dirinya sebagai Muslimah yang patuh kepada ajaran Allah, rupanya masih sayangkan Allah.

Begitu juga dengan Dr Mahathir. Mahathir semasa berkuasa dahulu terkenal dengan kelancangannya yang mengkritik hukum Allah, terutama hudud. Beberapa ucapan pedas dan sindiran tajamnya terhadap hukum Allah tidak mungkin dilupakan oleh umat Islam negara ini. Malah, kritikan terhadap hukum Allah juga turut disuarakan pemimpin-pemimpin Umno lain, termasuk Pak Lah dan Najib Tun Razak. Antara beberapa ucapan yang menghina hukum Allah yang disuarakan oleh pemimpin-pemimpin Umno ialah:

i) "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama".(Dr. Mahathir b.Mohamed, 2.5.1992)

ii) 'Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja'. (Dr. Mahathir b.Mohamed, 14.7.1992)

iii) "Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan".
( Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak : 20.4.1993)

iv) "Saya akan memastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud". (Dr. Mahathir b.Mohamed, 1994)

v) "Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum (hudud) yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?" (Dr Mahathir Mohamad, 3.3.1994)

vi) 'Hukum rejam kepada penzina adalah primitif'. (Dr. Mahathir b.Mohamed, 3.3.1994)

vii) "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam". (Dr. Mahathir b. Mohamed : 4.8.1994)

viii) "Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar-kacir dan ditindas oleh orang lain tidak secocok dengan ajaran Islam"(Dato' Seri Mahathir Mohamad, 14.4.1994)

ix) "Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain, akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat" (Dato Seri Dr Mahathir Muhamad, 5.9.1997)

x) "Apa erti pembentukan negara Islam jika ia mundur". (Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi: 13.11.1999)

Ketika Dr Mahathir dan Pak Lah menjadi PM dahulu, sayap Pemuda dan Wanita Umno serta NGO Melayu pro-Umno tidak pernah melakukan bantahan apabila pemimpin-pemimpin kesayangan mereka pedas mengkritik hukum Allah. Jika hari ini Najib sendiri yang menyatakan beliau menyokong keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenai penggunaan nama Allah itu, saya sangat yakin Pemuda dan Wanita Umno tidak akan menyalahkannya. Gambar Pemuda Umno Pulau Pinang mengangkat tangan seolah-olah marah (tapi kebanyakannya nampak relax sambil tersenyum) seperti tersiar di muka depan akhbar Mingguan Malaysia hari ini tidak akan kelihatan jika Najib bercakap senada dengan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Jika UMNO hendak buat bising dalam isu ini, meraka sudah memulakan sejak Dr Mahathir menghina hukum Allah hampir 20 tahun dulu lagi. Mereka juga boleh buat bising apabila Najib meluluskan 10 lesen judi beberapa bulan lalu yang jelas bertentangan dengan hukum Allah. Tapi mereka diam apabila hukum Allah dipermainkan pemimpin mereka kerana mungkin hendak menjaga periuk nasi sendiri.

Begitulah apabila menyebut nama Allah tidak boleh tapi mengingkari perintah Allah dan mempermainkan hukumnya tidak apa. Nama Allah kononnya sayang, tapi hukum Allah depa terajang.

sumber dari :

http://pendikargunung.blogspot.com/

Bernafas Sebentar

Agak resah sejak kebelakangan

Mungkin penat balik dari berjaulah selama 12 hari di sekitar Eropah (Scotland, Manchester, London)

dan kelas akan bermula esok..hmm~

jadik berlawak la kejap...huhu~

KENTUT
org Amerika kentut ckp EXCUSE ME
org British kentut ckp PARDON ME
org Singapore kentut ckp FORGIVE ME
org kita kentut ckp NOT ME! NOT ME!

UUUU
surung pupun turuk pupun
buuh kurunju dulum puruhu
suruh mukun suyu mukun
suruh munguju suyu tuk tuhu

"control sikit muncung tuu…"

CONDOM vs KOTEX

Condom: Bullshit u! every month u stop my business for 1 week! Damn!
Kotex: Aaaaahhhhh!! if u make 1 single mistake, i’ll lose my business for 9 months!

SABAH

pergi sabah naik basikal,
naik basikal pergi ke sabah,
ade ke munasabah & masuk akal,
nak pergi sabah naik basikal?

memang tak masuk akal!

KATAK HIJAU
pada suatu ari kita pegi ke sebuah gua.
penjaga gua tu kate, dlm gua tu ada katak ijau.
jgn pijak katak tu sbb klu pijak, dpt suami tak hensem.
dlm gua tu saya je terpijak katak ijau, tapi awak tak.
pastu, tiba masa kita kawin. suami saya mmg tak hensem.
tapi suami awak hensem. saya tak puas ati la!
so saya tanya suami awak kenapa kawin ngan awak? saya lg cantik
malah berganda cantik dr awak.
pastu dia jwb "nak wat caner, dulu saya pun terpijak katak ijau tuu…"

WARNING!!
children playing outside the car
can cause accident.

adult playing inside the car
can cause children!

MONKEYS
3 monkeys escaped from the zoo

1 was caught watching tv

another 1 was playing football

and the other 1
*
*
*
*
*
No! No! it’s not you!

why you always think you
are a monkey?