Wednesday, April 28, 2010

Hanyalah Untukmu



Pesanan IMAM GHAZALI kepada anak perempuannya pada hari perkahwinannya:

ANAKKU!

Engkau sekarang akan berpindah dari rumah tempat engkau dibesarkan. Dan akan berada di tempat tidur yang engkau tidak engkau kenal. Dan rakan hidup yang engkau tidak biasa dengannya. Itulah suamimu..

Jadikanlah dirimu ibarat seorang khadam kepadanya. Nescaya dia pula akan menjadi khadam kepadamu. Jangan engkau memaksa-maksa apabila engkau meminta sesuatu daripadanya. Itu akan membuatkan dia berasa benci kepadamu. Jangan pula engkau menjauhkan diri, nescaya dia akan melupakan engkau. Dan kalau dia pula menjauhkan diri secara marah kerana sesuatu sebab yang tertentu. Maka yang eloknya jauhkanlah dirimu daripadanya semasa marah.

Peliharalah hidung, telinga dan matanya…Janganlah membiarkan dia menghidu sesuatu daripadamu melainkan yang harum. Janganlah membiarkan dia mendengar melainkan perkataan yang baik. Dan janganlah membiarkan dia melihat sesuatu daripadamu melainkan yang cantik belaka.


(masih terfikir, kenapa entri yang ini sungguh berlainan..huhu~)

COOL..COOL..

Today is a GIFT

(^_^)

Tuesday, April 27, 2010

Dah Berlalu Satu, Menanti Pula Yang Empat


Tadi,

Bangun-bangun, pagi-pagi..

Nak p jawab Exam...

5 jam kemudian.....................

Dah habis!

Maka, tamatlah riwayat Financial Reporting!
(jangan la jumpa lagi, hopefully..)

=P

Layan sebentar..
SHOW MISI KASIH PALESTIN, BRIMINGHAM, UK

video

Harapan Subur Kembali

video

Adakah Kau Lupa


video

Lagu Kedamaian




Hari Jumaat pulak!

GANBATE!

(^_^)

TODAY IS A GIFT

Sunday, April 25, 2010

Bila Detik Sudah Terhenti

Maka,

Sudah tiba masanya,

Hari yang dinanti sudah tiba,

Final Examination!

Moga segalanya dipermudahkan,

Kepada sahabat andai..

Maaf jika segala salah silap,

Moga sentiasa dala Rahmat-Nya

Dan...

DOA KAMI ! KEJAYAAN YANG KAMI INGINI!

MENJADI INSPIRASI UMAT ISLAM KINI! AMEEN!



Monday, April 19, 2010

Arguing With Idiot

Sa’eed bin Musayyeb berkata: Pada suatu ketika, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam duduk-duduk bersama dengan para Sahabat. Muncul seorang lelaki lalu dia mencela dan memaki hamun Abu Bakr radhiyallahu ‘anhu hingga menyebabkan Abu Bakr ’sakit’ mendengarnya. Tetapi Abu Bakr terus mendiamkan diri. Lelaki itu meneruskan lagi celaan dengan bahasa yang lebih kasar terhadap Abu Bakr, namun beliau masih terus mendiamkan diri. Masuk kali ketiga, apabila lelaki itu terus menyakiti Abu Bakr dengan lisannya, Abu Bakr bingkas mahu menjawab balik.

Lalu Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bangun. Abu Bakr radhiyallaahu ‘anhu bertanya: apakah engkau marah denganku wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Tidak. Cuma semasa kamu mendiamkan diri, Malaikat turun dari Langit bertindak terhadap kata-kata lelaki itu. Tetapi sebaik sahaja kamu mula membalas cacian lelaki itu, Malaikat melarikan diri lalu Syaitan datang dan duduk. Aku tidak boleh duduk di tempat yang Syaitan duduk di situ.”
[ Hadith riwayat Abu Dawud]


Arguing with idiot.

IT IS USELESS..

Smashed other people with idiot speech. If I join 'them' I will be one of them.
Don't want to be idiot!

Sedikit Ulasan

"Better b neutral than pro..instead of thinking bout horrible politic in malaysia better read qoran n i believe tuan guru would b more pleased to see pemuda doing that"

"Fighting in the way of Allah...be careful of that phrase..u cant find that in politic for sure..if u think u can, then think again..seek no power, but Allah..seek no seat but Allah..n seek no glory but Allah.. there r plenty ways to fight in d way of Allah then why choose d less one?? may Allah grants us wisdom"

Im tooooo scared when read the phrase above!

Two words from me..


TOO COMFORT!

Sunday, April 18, 2010

Kembali Semula, Petunjuk Yang Benar


Subhanallah

Alhamdulillah

Allahuakbar




Terima Kasih

Kini, ku kembali semula ke medan ini.

Aku mahu pulang kepada-Nya



=============================

Oh Tuhan,
Hamba mu ini kekeliruan
Sukar mencari jalan yang benar
Kerna di paut hasut dunia
Mencintai yang lain lebih darimu

Oh Tuhan
Hidayah-Mu pernah hadir
Hingga kering air mataku menitis
Namun terkadang aku berpaling
Kerna mengejar mehnah dunia sementara

Hari ini ku bimbangi
Jika terakhir hidup adakah lagi subuh esok
Untuk ku bernafas
Dan sujud mengabdi
Pada-Mu Tuhan

Berikan daku kesempatan
Menebus kesalahan
Lantaran dosa dan noda
Ynag sengaja melupakan MU
Hadirkan damai sebelum hujung NAFASKU...


Wednesday, April 14, 2010

India mengiktiraf Nabi Muhammad sebagai nabi mereka. (Fakta dan Bukti)

Seorang professor bahasa dari ALAHABAD UNIVERSITY INDIA dalam salah satu buku terakhirnya berjudul “KALKY AUTAR” (Petunjuk Yang Maha Agung) yang baru diterbitkan memuat sebuah pernyataan yang sangat mengagetkan kalangan intelektual Hindu.

Sang professor secara terbuka dan dengan alasan-alasan ilmiah, mengajak para penganut Hindu untuk segera memeluk agama Islam dan sekaligus mengimani risalah yang dibawa oleh Rasulullah saw, kerana menurutnya, sebenarnya Muhammad Rasulullah saw adalah sosok yang dinanti-nantikan sebagai sosok pembaharu spiritual.

Prof. WAID BARKASH (penulis buku) yang masih berstatus pendeta besar kaum Brahmana mengatakan bahawa ia telah menyerahkan hasil kajiannya kepada delapan pendeta besar kaum Hindu dan mereka semuanya menyetujui kesimpulan dan ajakan yang telah dinyatakan di dalam buku. Semua kriteria yang disebutkan dalam buku suci kaum Hindu (Wedha) tentang ciri-ciri “KALKY AUTAR” sama persis dengan ciri-ciri yang dimiliki oleh Rasulullah Saw.

Dalam ajaran Hindu disebutkan mengenai ciri KALKY AUTAR diantaranya, bahwa dia akan dilahirkan di jazirah, bapaknya bernama SYANUYIHKAT dan ibunya bernama SUMANEB. Dalam bahasa sansekerta kata SYANUYIHKAT adalah paduan dua kata yaitu SYANU artinya ALLAH sedangkan YAHKAT artinya anak laki atau hamba yang dalam bahasa Arab disebut ABDUN.

>Dengan demikian kata SYANUYIHKAT artinya “ABDULLAH”. Demikian juga kata SUMANEB yang dalam bahasa sansekerta artinya AMANA atau AMAAN yang terjemahan bahasa Arabnya “AMINAH”. Sementara semua orang tahu bahawa nama bapak Rasulullah Saw adalah ABDULLAH dan nama ibunya MINAH.

Dalam kitab Wedha juga disebutkan bahwa Tuhan akan mengirim utusan-Nya kedalam sebuah gua untuk mengajarkan KALKY AUTAR (Petunjuk Yang Maha Agung). Cerita yang disebut dalam kitab Wedha ini mengingatkan akan kejadian di Gua Hira saat Rasulullah didatangi malaikat Jibril untuk mengajarkan kepadanya wahyu tentang Islam.

Bukti lain yang dikemukakan oleh Prof Barkash bahwa kitab Wedha juga menceritakan bahwa Tuhan akan memberikan Kalky Autar seekor kuda yang larinya sangat cepat yang membawa kalky Autar mengelilingi tujuh lapis langit. Ini merupakan isyarat langsung kejadian Isra’ Mi’raj dimana Rasullah mengendarai Buroq.



sumber di sini



Selawat dan salam keatas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W =)

LIMA MAKSIAT YANG DISEGERAKAN BALASANNYA

1. Tiada terzahir ( nampak ) perrzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha’un yang cepat merebat dalam kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang terdahulu.


2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan dibalahkan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka.


sumber di sini



3. Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada ada binatang ( yang juga hidup diatas permukaan bumi ini ) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah s.w.t.

“Telah nyata pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut akibat apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia itu sendiri; (Berlakunya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” [al-Rum 30: 41]

sumber di sini


4. Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akan meluasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka.



sumber di sini


5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah s.w.t. yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka ( di saat Itu ) Allah akan menjadikan peperangan dalam kalangan mereka sendiri “



“Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang kelaparan mengerumuni hidangan mereka.” Maka salah seorang sahabat bertanya,” Apakah karena jumlah kami yang sedikit pada hari itu?” Nabi saw, menjawab,”Bahkan, pada hari itu jumlah kamu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di lautan, dan Allah akan mencabut ‘rasa gentar’ terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit al-wahnu.”Seorang sahabat bertanya, ‘Apakah itu al-wahnu itu, ya Rasulullah?’ Rasulullah saw, menjawab, “Cinta dunia dan takut mati.” (Hr Abu Dawud dan Ahmad)

( H.R. Ibnu Majah )

TOLAK, JANGAN TAK TOLAK!


SAY NO TO UMNO!!

HULU SELANGOR, SUDAH TIBA MASANYA!!




Tuesday, April 13, 2010

Ditampar bapa kerna memakai tudung

Ceritanya begini....

Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.

Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.

Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.

Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"

Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! Pangggggggggggggggg ggg... Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.

"Aduhhhhhhhhhhhhhhh hhhh....sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...."

Pangggggggggggggggg gggg....! Daddy labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.

"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!".

Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.

SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk!



KWANG3X.. TEKUN BACA HEH , DARI ATAS .... RELEX LAR BEB .. AKU PUN DA TERKENA
X KAN NAK KENA SORANG2 PLAKKKKKKKKKKKK ....

SUMBER


Yang Menarik itu Menarik, Yang Benar itu Benar

Dalam kehidupan kita di dunia ini banyak perkara-perkara yang menunjukkan tentang kebesaran Allah, berikut ini dipersembahkan sebagai renungan. Semoga dapat menambahkan keimanan kita selaku Hamba Allah.

*Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.

*Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 Jenis bahan kimia.

*Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.

*Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.

*Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.

*Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina, ia merupakan senjata merbahaya.

*Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica.

*Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis melebar sebanyak 300 milimeter.

*Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama iaitu huruf A.

*Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir; selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawal.

*Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.

*Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.

*Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.

*Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer.

*Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.

*Dianggarkan 80 peratus haiwan di muka bumi adalah serangga.


SUMBER

Bila Kaki Mengidam Untuk Menjejak

Panas..

Terik..

Tengok matahari, mencanak naik,..

Tengok laptop, 11 celcius..

But still panas...

"Ish, kat Malaysia Azir, lagi panas. Abah memang sesuai pergi sana lah, " seloroh abah!

Rindu kat Mak dengan Abah..

hmmm~

=================================

"Negaraku, Tanah Tumpahnya darahku..."

lalalala~~~

Tapi, apa cerita orang Malaysia. Macam-macam kes dah dengar!

Buang Bayi

Khurafat dan Ajaran Sesat

Pengkhianat

Berurusan dengan Musuh Allah


Hai, pe ceghiter??!



NAK BALIK KE TAK NAK EH???!

huhu~~

Monday, April 12, 2010

10 Pesanan Bumi Untuk Manusia

1.Wahai manusia, engkau berlari-lari di atas belakangku, tempat kembalimu adalah di dalam perutku..

2.Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, engkau akan disiksa di dalam perutku..

3.Engkau ketawa diatas belakangku, engkau akan menangis di dalam perutku..

4.Engkau bergembira di atas belakangku, engkau akan bersedih di dalam perutku..

5.Engkau mengumpulkan harta di atas belakangku, engkau akan menyesal di dalam perutku..

6.Engkau memakan yang haram diatas belakangku, engkau akan di makan ulat-ulat di dalam perutku..

7.Engkau sombong di atas belakangku, engkau akan menjadi hina di dalam perutku..

8.Engkau berjalan dalam keadaan sukacita di atas belakangku, engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita..

9.Engkau berjalan dalam cahaya yang terang diatas belakangku, engkau akan jatuh ke tempat yang gelap di dalam perutku..

10.Engkau berjalan di khalayak ramai diatas belakangku, engkau akan menjadi sendirian di dalam perutku..


(Anas bin Malik)


Hargai Hari Anda

"TODAY IS A GIFT"
(^_^)

Sunday, April 11, 2010

HAI MANUSIA!

Aku sangat sayang akan sahabat aku,

tapi...

Cerita banyak-banyak pun tidak berguna,

Sebab...

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia itu berkata yang baik-baik atau diam sahaja. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia itu memuliakan jirannya. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia itu memuliakan tetamunya” (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Mari Muhasabah Diri.....