Wednesday, April 14, 2010

LIMA MAKSIAT YANG DISEGERAKAN BALASANNYA

1. Tiada terzahir ( nampak ) perrzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha’un yang cepat merebat dalam kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang terdahulu.


2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan dibalahkan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka.


sumber di sini



3. Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada ada binatang ( yang juga hidup diatas permukaan bumi ini ) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah s.w.t.

“Telah nyata pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut akibat apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia itu sendiri; (Berlakunya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” [al-Rum 30: 41]

sumber di sini


4. Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akan meluasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka.



sumber di sini


5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah s.w.t. yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka ( di saat Itu ) Allah akan menjadikan peperangan dalam kalangan mereka sendiri “



“Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang kelaparan mengerumuni hidangan mereka.” Maka salah seorang sahabat bertanya,” Apakah karena jumlah kami yang sedikit pada hari itu?” Nabi saw, menjawab,”Bahkan, pada hari itu jumlah kamu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di lautan, dan Allah akan mencabut ‘rasa gentar’ terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit al-wahnu.”Seorang sahabat bertanya, ‘Apakah itu al-wahnu itu, ya Rasulullah?’ Rasulullah saw, menjawab, “Cinta dunia dan takut mati.” (Hr Abu Dawud dan Ahmad)

( H.R. Ibnu Majah )

No comments:

Post a Comment