Thursday, June 24, 2010

Tak Menyempat...

Banyak nak mai habaq kat dalam entri...

Tapi dok sibuk berjalan, tak sempat...

Tunggu dan nanti..

Kisah perjalanan di Bumi Shamrock Dan Bumi Egpyt serta di sekitar Europe..

huhu~~


TODAY IS A GIFT
(^_^)

Tuesday, June 15, 2010

Bila Manusia Berpasangan...

Wahai insan bernama lelaki, renungilah pedoman di bawah sebagai panduan menjalani kehidupan yang semakin mencabar zaman ini.

1. KETIKA MENCARI CALON

Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR

Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.


3. KETIKA AKAD NIKAH

Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah




4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN

Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana
menyia-nyiakan do'a mereka.


5. KETIKA MALAM PERTAMA

Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.


6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA

Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalanbertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak danduri.


7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG

Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan


8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.

Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.

Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.


10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM

Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.


11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG

Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita


12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI

Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.


13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI

Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK

Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....


15.KETIKA ANAK BERMASALAH

Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.

Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.


17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS

Gunakanlah formula 7 K

1 Ketaqwaan

2 Kasih sayang

3 Kesetiaan

4 Komunikasi dialogis

5 Keterbukaan

6 Kejujuran

7 Kesabaran

Monday, June 7, 2010

It Is All About Life (^_^) - 2

Sekarang....

Sebenarnya story mory yang di karang sebelum ini adalah bertujuan ingin mengenang kembali memori-memori lama yang kian malap di dalam 'internal otak disk' ku ini. Kalau nak di kenang memang tak akan berganjak la aku dari katil ni, jadik serba sedikit mengenai diriku waktu kecik smpai sekolah rendah ini aku singkapkan dalam entri yang lepas.

Hari ni, tanggal (bukan tanggal seluar eh!) 08 Jun 2010, genaplah umurku 22 tahun mengappear di muka bumi ini. Sepanjang perjalanan hidup aku dari kecik smpai besar membuatkan aku begitu menghargai hari-hari yang lepas dan begitu teruja untuk berdepan dengan dunia yang lebih mencabar apada masa akan datang. Banyak sangat benda yang dah aku lalui.

Kalau zaman kecik tu macam biasa la kan, zaman teruja dapat set kelengkapan baru pakaian sekolah sehingga mengigau-ngigau selama 2 minggu berturut-turut dek keterujaan itu, disamping memakai seluar biru muda hingga ke tahap pusat dan mengalungkan botol air di leher dan berjalan seperti dalam video klip James Bond sambil bangunan belakang meletup di hiasi api yang menyemarak (hangpa bayangkan la sendiri). Kemudian, kenangan bermain kejar-kejar dengan mak abah kerana memecahkan pasu bunga, mengotorkan baju sekolah, bergaduh dengan anak jiran dan pulang lewat kerna bermain bola juga menjadi intipati mekna kehidupan diriku ini (sumpah sangat geli ketika menulis ayat ini). Tidak dilupakan peristiwa penting iaitu melalui zaman sunat di mana ketika itu aku sangat cool sehingga doktor yang menyunat aku begitu teruja melihat kecoolan aku..hakhak~~ Dah, merepek!!

Ha, tibalah kenangan di zaman sekolah menengah di mana aku berpeluang masuk ke penjara asrama di sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur. Ingat lagi ketika itu kami sekeluarga bukanlah golongan yang mampu sangat untuk hidup selesa. Jadi dengan kemasukan aku ke SMAKL merupakan bukti kasih sayang mak abah dan berkat doa mereka yang dok pusing kepala nak jaga anak yang seorang ni, yang sangat terkenal dengan ke'hebat'an dalam memeningkan kepala mereka berdua. SAYANG MAK ABAH!

Kat SMAKL hidup sebenar ku bertapak. Kawan-kawan banyak membantu, memberi tunjuk ajar dalam menghadapi realiti kehidupan sehingga aku mampu untuk berdiri menggunakan kaki sendiri (abis, aku guna kaki sapa pulak selama nie?? konpius???). Tidak dilupakan juga kepada ustaz-ustaz, cikgu-cikgu dan kesemua tenaga pengajar di SMAKL yang membimbing aku selama keberadaan di bumi SMAKL. (Ustz Kamarul paling aku ingat sebab selalu jugak kena sebat sebab lewat bangun subuh..haha). Sedar tak sedar lima tahun aku kat SMAKL. Kalau baby dah boleh lari 100m berpagar kalau tempoh lima tahun tu!

Maka, diteruskan pula dengan kehadiran aku di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor atau pangilan manjanya KUIS. Ramai orang-orang hebat aku jumpa dalam kolej nie, ustaz-ustaznya, lecture-lecturenya, dan budak-budaknya. Dipendekkan ceghita, dari KUIS inilah membolehkan aku bertapak di bumi Ireland nie.

Nak dengar cerita pasai aku hidup akat bumi Ireland ni? Ha, sangat panjang ceghitanya. Itu nanti aku akan post dalam entry yang akan datang insyaAllah. Skang nak bersiap pergi kelas Hadith 40. (sebenaqnya dah lewat 30 minit dah nie) huhu~

Ok, last but not least,

Aku nak nayanyi untuk diri sendiri nie...

1

2

3

Selamat hari.......

"Woi NAZIR, cepat siap! kelas nak mula dah nie!!" jerit Fiq..huhu~~

=============================

Mode:

SEDIH>..
lagi beberapa jam mahu meninggalkan bumi Dublin dan tinggal sehari mahu meninggalkan bumi Ireland..

P/S:

I'M WISH A VERY BEST OF LUCK TO ALL ACCA CANDIDATES! HOPE ALL OF YOU CAN ANSWER THE QUESTION DENGAN RELAKSNYE!!! (kalau x paham tanya aku!) haha~~

Today is a GIFT (^_^)

Peristiwa-peristiwa Luar Biasa Di Atas Kapal Mavi Marmara

ALLAH itu Maha Berkuasa. Kunfayakun, jika dikata jadi, pasti akan berlaku. Kuasa Allah juga jelas ditunjukkan ketika kejadian serangan komando Israel ke atas kapal Mavi Marmara Ahad lalu yang disaksikan bukan seorang malah hampir kebanyakan sukarelawan Malaysia yang turut serta dalam misi bantuan kemanusiaan ke Gaza itu.

Timbalan Presiden Yayasan Amal, Jamuliddin Ilias cukup terpegun apabila melihat sekumpulan ikan lumba-lumba berenang laju mengiringi kapal itu sejam sebelum serangan dimulakan seakan memberi tanda sesuatu yang buruk sedang hampir di belakang mereka.

“Sepanjang perjalanan, ada juga kami memancing, tetapi jangankan dapat ikan, bayangnya juga tiada, tetapi entah dari mana datangnya, tiba-tiba sekumpulan ikan lumba-lumba ada di belakang kapal mengiringi kami. Ia bagai satu tanda.

“Banyak sebenarnya kejadian pelik yang dapat dilihat sepanjang insiden itu. Antaranya, angin kuat yang muncul tiba-tiba setiap kali komando Israel membaling bom asap pemedih mata. Banyak yang mereka lontar tetapi satu pun tak jejaskan kami. Tak ada seorangpun cedera atau pedih mata.


“Tiap kali bom itu meletup, ada angin kuat menolak asap ke arah lain. Beberapa orang di kalangan kami pula boleh dengan selamba mengutip bom kosong itu umpama mengutip bertih jagung dan membuangnya ke laut. Tak langsung terasa gentar,” katanya.

Menurut Pengerusi Aqsa Syarif, Hasanuddin Mohd Yunus, pula ia disifatkan sebagai bantuan Allah yang mengirimkan tenteranya untuk menghulurkan bantuan. Malah, kejadian ikan lumba-lumba itu juga membuktikan kekuasaan Allah.

Jamuliddin menyambung ceritanya dengan berkongsi satu senario pelik dan lucu di mana ramai tentera Israel yang lari dan tak berani menghampiri beberapa sukarelawan yang hanya mempertahankan diri menggunakan botol air mineral.

“Bukannya berbahaya pun. Sekadar baling botol mineral ke bot mereka. Kelam kabut mereka lari. Apabila mereka berpatah balik, kami mengacah dengan tangan kosong, itupun mereka cuba mengelak.

“Paling tidak boleh dilupakan, ketika kami semua sudah ditawan, ada beberapa rakan lain yang cedera parah diangkut dengan pengusung ke helikopter dan melalui kami. Terharu rasanya kerana meskipun kecederaan mereka sangat parah, tiada langsung tanda kesakitan di wajah mereka.

“Malah mereka masih tersenyum dan melambai gembira ke arah kami. Salah seorang daripadanya dikhabarkan sudah meninggal dunia,” katanya.

Doktor perubatan dari Haluan Malaysia, Dr Arba’ai Shawal, pula masih jelas terbayang bau wangi umpama kasturi yang dihidu dari tiga jenazah sukarelawan Turki sebelum beliau melangkah keluar dari Mavi Marmara.

“Saya pernah ke gua di mana menjadi tempat nabi disembunyikan ketika perang Uhud yang baunya masih kuat sehingga kini. Bau tiga jenazah itu memang sama dengan bau itu. Sebak di hati saya kerana wajah mereka juga tidak seperti baru menempuh kesakitan. Nampak seakan tersenyum,” katanya.

Burung layang-layang di tengah laut dan hinggap di atas kapal pastinya pelik. Ini kerana burung itu selalunya terbang berkawan dan tidak ada di tengah laut. Namun, ia disaksikan sukarelawan Malaysia dari Muslim Care Malaysia, Halim Muhamad Redzuan beberapa jam sebelum serangan udara dilancarkan tentera Israel.

“Ia mungkin nampak seperti tidak ada apa-apa petanda tetapi bagi saya ia cukup pelik dan luar biasa. Apatah lagi, ia muncul beberapa ketika sebelum serangan udara dilancarkan,” katanya.

Mustapa Mansor dari Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia pula menyifatkan tidak ada apa yang lebih menyentuh perasaannya dan di luar kebiasaan apabila melihat beberapa Ahli Parlimen dari pelbagai negara sanggup tidur di lantai bersama sukarelawan lain sebagai tanda bersatu berjihad untuk penduduk Palestin.

Sunday, June 6, 2010

It Is All About Life (^_^)

22 tahun dulu.....

Ada seorang budak@baby baru dilahirkan. (Cute budak tu..ahaks~) Mengikut hikayat maknya, budak ni dilahirkan dengan keadaan yang tidak cukup bulan. 2 bulan awai kot rasanya. Maknanya, kalau baby-baby yang biasa lahir 9 bulan, maka budak yang luar biasa ini lahir berapa bulan kot rasanya. Mari kita mengira:

9 bulan = Normal

Budak nie = 2 bulan awal

Maka,
9 bulan - 2 bulan = 7 BULAN

Series, gelabah! (sambil buat muka 20sen currency RM) =P

Ok, sambung........

Mak baby yang comel lagi luar biasa ini mengkhabarkan dalam hikayatnya ini, baby ini menghadapi kompilasi komplikasi yang menyebabkan bayi ini tidak boleh menangis dan melalak seperti biasa. (Maknanya, budak ini sangat cool bila keluar ke dunia..haha~). Namun tiada yang berlaku dan budak ini masih lagi selamat sehingga sekarang. Alhamdulillah (sambil tadah tangan).

Maka, dipendekkan ceghita, baby ini berjaya mengharungi dunia baby dengan jayanya.
(memuji diri sendiri dalam bahasa baby)

..................................................................

15 tahun dulu.....

'Comeynya budak nie, anak sapa la ye??'

'Masuk sekolah jangan nak nakal-nakal yer, belajar elok-elok'

'Cikgu, kalau anak saya nakal, rotankan je tanpa sebarang keraguan!' - yang ni aku reka!

Mungkin itulah ungkapan mak abah bila mula-mula hantar budak ini ke sekolah rendah di Sek Keb Taman Segar, Cheras. Maka bermulalah hidup budak ini sebagai seorang pelajar yang rasmi. Dengan berbekalkan muka yang sangat cute ketika itu, tidak hairanlah budak ini menjadi tontonan dan tumpuan cikgu-cikgu yang sangat bersemangat untuk mengajar ketika memandang wajahnya (sumpah perasan!).

Menjadi kegemaran budak ini untuk bermain 'polis entry want to jaga' yang merupakan permainan yang popular dimainkan sekitar tahun 90-an dan seperti biasa menjadi kelaziman untuk budak ini menerima libasan-libasan pendekar Sang Emak di rumah kerna mendapati baju budak ini teramatlah kotor setelah pulang ke rumah. Namun begitu, mak dan abahnya masih lagi menyanyangi budak ini walaupun perangai budak ini tersangatlah penat untuk dilayan dan dijaga. (TIME KASIH MAK ABAH! ngeh3)

...................................................................................................

(bersambung...)

Thursday, June 3, 2010

Sebab Utama Lelaki Ditarik Ke Neraka Oleh Wanita!

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?..pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

................................................

Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."