Monday, July 5, 2010

Perlu Ikhlas, Mulus, Tulus dan seumpama dengannya.


Kalau nak jadi pekerja, perlu ikhlas.
Kalau nak jadi bos pun, perlu ikhlas.

Kalau nak jadi murid, perlu ikhlas.
Kalau nak jadi guru pun, perlu ikhlas.

Kalau nak jadi peniaga, perlu ikhlas.
Kalau nak jadi pembeli pun, perlu ikhlas.

Last but not least,

Kalau nak jadi rakyat, perlu ikhlas.
Kalau nak jadi pemimpin pun, perlu ikhlas.




Sunday, July 4, 2010

Mesir Bumi Anbiya' (PART 1)

" Ustaz, kasi air Teh Ais satu, saya air Teh O Ais "

Order abang Amri setelah hampir 5 jam menjejakkan kaki di bumi Mesir. Bagi penggemar cerita-cerita cinta a.k.a jiwang, bumi inilah menjadi sangat sinonim dengan kisah movie 'Ayat-ayat Cinta' dan 'KCB'. hmm~

Namun, tak kisahlah, KCB ke, AAC ke, ABC ke, aku hanya boleh katakan...

Teruja! Terkesima! Apa jua ayat yang bersangkutan dengannya.

Mana tak nya, sudah hampir setahun tidak boleh 'order' seperti itu. Kalau di Dublin, segalanya 'omputih'. Tiada melayu-melayu. Apatah lagi teh ais (walaupun minat ku hanya pada NESLO).

Begitulah gelagat ku, tampak seperti makhluk asing yang baru mendarat di bumi setelah setahun duduk di planet yang berlainan.


(Kelihatan begitu khusyuk menjamu teh ais bersama abang yang sudah tidak ketemu hampir 2 tahun)
(Kredit untuk adikku, Khairul Fikri, menjadi cameraman)


"Lepas ni, kita ke sabi', tapi abang nasihatkan, ready la ye, kita naik trenco lepas ni"

Dalam hatiku kecilku, apakah itu trenco ?? Adakah sebuah kenderaan yang menakutkan? Adakah ia boleh melibatkan jantung atau paru-paru seseorang itu diramas-ramas dengan rakusnya setelah menaiki kenderaan ini?

Ternyata, sangkaan ku hampir tepat.

Trenco di Mesir merupakan nadi pengangkutan di Mesir. Dengan kelajuan dan kecekapan pemandu, maka tidaklah begitu hairan mengapa ia menjadi pilihan warga Mesir untuk dijadikan penangkutan harian.

"Abang dulu masa mula-mula sampai, malu jugak nak naik, tapi, nak buat macam mana, kena la survive. Nanti lama-lama biasalah"

Memang ternyata Horor!!

Nasib baik kecekapan pemandu memang tidak boleh dipertikaikan.


(beginilah serba sedikit rupa trenco)

Maka bergeraklah kami menuju ke satu destinasi mencari penghidang makan malam. Sebelum bergerak ke restoran, kami singgah di kedai kasut bagi membolehkan abang aku ber'shopping' dan bergaya pada keesokkan hari untuk bermain bola. Hehe (Kalau abang aku baca ni, abis aku)


(bergaya di kedai kasut. kasut dalam bahasa arab apa eh?)



Setelah usai membeli kasut, aku dikejutkan lagi dengan lagi satu budaya masyarakat Mesir yang kiranya bagi aku suatu perkara yang 'membahayakan' nyawa. Iaitu..

MELINTAS JALAN!

Dengan keadaan kereta yang tersangat banyak lagi sesak dan pemandunya seolah-olah sedang berlatih untuk menentang Michael Schumacher pada keesokan hari membuatkan aku terkesima seketika.

"Abang, macam mana nak lintas ni? Tak ada jejantas ke?" soal aku.

"Lari je, syaratnya jangan patah balik!" jawab abang aku dengan penuh gaya seorang profesional!

Apa lagi,

LARI!!!!

Fuh, memang dahsyat!

Sampai di restoran, aku masih lagi terkedu! terkesima dengan apa yang berlaku sebentar tadi! Sangat dahsyat!

"Macam mana lah korang boleh hidup kat sini eh??!" soal aku kepada sahabat abang aku yang turut serta bersama-sama kami.

"Selamat datang ke bumi MESIR" jawab mereka dengan nada seperti seorang tourist guide!

Maka, itulah pengalaman pertama aku menjejakkan kaki di bumi Mesir, bumi Anbiya', juga bumi jajahan Firaun satu ketika dahulu. Sangat mencabar, sangat survivor ! I LOLIKE!!

Sahabat aku, Ke'on dan Akmal akan datang tak lama lagi, siaplah diorg! aha~~

p/s :

1. Cerita diatas ada tokok tambah, tapi tak banyak tau! Hampir 90% real, segar dari ladang. LOL.

2. Ada sambungan tau!

Tengku...Tengku...(Actually THANK YOU) =P



Thanks to Nina

This entry is only for you (hakhak, cam jiwang la pulak)

Like she said, nothing free in this world, so, force myself to answer the question. (jgn marah ye nina, datang umah pak long aku mintak maap)


Write 5 interesting facts about the person who gave you this award.

  • She's anak mama ( anak 2nd, which is sama dengan aku.uhu~)
  • She's my cousin
  • She's living in Kedah! (best wo Kedah!)
  • She's always visit my blog (ker??)
  • She' pandai (pandai apa, kita tanya dia..hakhak)
p/s : Nina, jangan cair teruja pulak yer.hehe~~

Jot down 10 interesting facts about yourself of your hobbies.
(nak describe pasal diri ni yang malas ni!)
  • watch pe'el other people (yang baik kita tiru, yang tak baik kita jauh)
  • love my mother and father (famili la tu)
  • like to go fishing with my father
  • love to read (motivation type)
  • love accounts!! (konpius??)
  • love nasyid (maybe??)
  • dah! pening!!
p/s : itu sahaja yang mampu

Picks your 10 most deserving receipients and describe them.
  • mak abah
  • abang
  • anis
  • izzah
  • akir
(they all memang deserve to get love from me! ahaks~~)
  • amal - member kat dublin, dan dia sangat senget
  • afham - orangnya sangat kelakar, walaupun memegang title Presiden PPIMI
  • Dr. Amad - walaupun tak pernah bersua, tapi mungkin sebab fikrah sama kot
  • dah! abis! no idea!!
p/s: nak letak tok guru as one on this list, tapi macam tak sesuai je

Ok, that's all I think.
Once again to Nina, thank you for the award which is my first award since start berblogging.


TODAY IS A GIFT
(^_^)