Order abang Amri setelah hampir 5 jam menjejakkan kaki di bumi Mesir. Bagi penggemar cerita-cerita cinta a.k.a jiwang, bumi inilah menjadi sangat sinonim dengan kisah movie 'Ayat-ayat Cinta' dan 'KCB'. hmm~
Namun, tak kisahlah, KCB ke, AAC ke, ABC ke, aku hanya boleh katakan...
Teruja! Terkesima! Apa jua ayat yang bersangkutan dengannya.
Mana tak nya, sudah hampir setahun tidak boleh 'order' seperti itu. Kalau di Dublin, segalanya 'omputih'. Tiada melayu-melayu. Apatah lagi teh ais (walaupun minat ku hanya pada NESLO).
Begitulah gelagat ku, tampak seperti makhluk asing yang baru mendarat di bumi setelah setahun duduk di planet yang berlainan.
(Kelihatan begitu khusyuk menjamu teh ais bersama abang yang sudah tidak ketemu hampir 2 tahun)
(Kredit untuk adikku, Khairul Fikri, menjadi cameraman)
"Lepas ni, kita ke sabi', tapi abang nasihatkan, ready la ye, kita naik trenco lepas ni"
Dalam hatiku kecilku, apakah itu trenco ?? Adakah sebuah kenderaan yang menakutkan? Adakah ia boleh melibatkan jantung atau paru-paru seseorang itu diramas-ramas dengan rakusnya setelah menaiki kenderaan ini?
Ternyata, sangkaan ku hampir tepat.
Trenco di Mesir merupakan nadi pengangkutan di Mesir. Dengan kelajuan dan kecekapan pemandu, maka tidaklah begitu hairan mengapa ia menjadi pilihan warga Mesir untuk dijadikan penangkutan harian.
"Abang dulu masa mula-mula sampai, malu jugak nak naik, tapi, nak buat macam mana, kena la survive. Nanti lama-lama biasalah"
Memang ternyata Horor!!
Nasib baik kecekapan pemandu memang tidak boleh dipertikaikan.
(beginilah serba sedikit rupa trenco)
Maka bergeraklah kami menuju ke satu destinasi mencari penghidang makan malam. Sebelum bergerak ke restoran, kami singgah di kedai kasut bagi membolehkan abang aku ber'shopping' dan bergaya pada keesokkan hari untuk bermain bola. Hehe (Kalau abang aku baca ni, abis aku)
Setelah usai membeli kasut, aku dikejutkan lagi dengan lagi satu budaya masyarakat Mesir yang kiranya bagi aku suatu perkara yang 'membahayakan' nyawa. Iaitu..
MELINTAS JALAN!
Dengan keadaan kereta yang tersangat banyak lagi sesak dan pemandunya seolah-olah sedang berlatih untuk menentang Michael Schumacher pada keesokan hari membuatkan aku terkesima seketika.
"Abang, macam mana nak lintas ni? Tak ada jejantas ke?" soal aku.
"Lari je, syaratnya jangan patah balik!" jawab abang aku dengan penuh gaya seorang profesional!
Apa lagi,
LARI!!!!
Fuh, memang dahsyat!
Sampai di restoran, aku masih lagi terkedu! terkesima dengan apa yang berlaku sebentar tadi! Sangat dahsyat!
"Macam mana lah korang boleh hidup kat sini eh??!" soal aku kepada sahabat abang aku yang turut serta bersama-sama kami.
"Selamat datang ke bumi MESIR" jawab mereka dengan nada seperti seorang tourist guide!
Maka, itulah pengalaman pertama aku menjejakkan kaki di bumi Mesir, bumi Anbiya', juga bumi jajahan Firaun satu ketika dahulu. Sangat mencabar, sangat survivor ! I LOLIKE!!
Sahabat aku, Ke'on dan Akmal akan datang tak lama lagi, siaplah diorg! aha~~
p/s :
1. Cerita diatas ada tokok tambah, tapi tak banyak tau! Hampir 90% real, segar dari ladang. LOL.
2. Ada sambungan tau!
ahahaah~
ReplyDeletetbe2 ter'imagine' korg adik bradik tgh lari2 lintas jln.. haha.. mcm lawak je.. dh lah horror cara lintasan tu. :p
neway, welcome back! ^_*
Salam Mesir.
ReplyDeleteHahah, aku dah tak sabar menanti part 2
Cepat2 update
Hehe.
Neway, welcome back to the reality (malaysia)
Heheh, macam la aku dah lama duk tanah air