SGD $1 = RM2.46
- InflasiHarga barang naik ialah inflasi. Di sini, jika inflasi meningkat maka nilai matawang kita akan mengecil. Harga barang naik bukan perkara asing lagi di Malaysia. Apakah yang menyebabkan inflasi?
- Riba' Pinjaman (Bunga Pinjaman)Pinjaman dari bank yang bersalut riba' akan menyumbang kepada peningkatan nilai matawang. Jika inflasi meningkat, maka ramai yang jadi miskin dan takut untuk meminjam apatah lagi menanggung riba'.Contohnya, barang di sekeliling kita makin mahal (inflasi), kemudian mahu meminjam di bank, kadang-kadang bank pun tak luluskan. Atau pun mungkin kita sendiri kurang yakin samada ia boleh dilangsaikan dengan bunga-bunganya sekali. Jika ini berlaku, matawang kita akan mengecil.
- DefisitBelanjawan negara kita memiliki defisit. Wang rakyat yang telah disalahgunakan akan membuatkan belanjawan kita cacat dan sukar untuk dicapai akibat kekurangan dana. Di sini jika defisit melambung, maka matawang kita akan mengecil.
- Pelaburan AsingSaya yakin anda tahu apa itu import dan eksport. Jika kita bikin satu produk, kita jual pada negara luar itu disebut eksport. Jika kita beli barang dari negara luar itu namanya import. Jika kadar eksport tinggi melebihi kadar import, maka matawang negara kita akan meningkat. Tetapi hari ini, kita sering dengar bahawa pelaburan asing kontang. Negara asing juga menghadapi kemelesetan ekonomi. Bagaimana mereka nak beli barang negara kita?
- Hutang NegaraKita lihat Greece, negara tersebut memiliki hutang yang tinggi. Bila sebut negara, maka ia terdiri daripada rakyatnya juga. Rakyat mereka juga dibelit hutang. Bila hutang meningkat maka nilai matawang akan mengecil.
- Kestabilan PolitikMalaysia merupakan negara yang sangat unik dari segi politiknya. Serangan politik tak pernah lekang sejak 8 Mac 2008. Keadaan politik negara yang tidak stabil atau pun bergolak, akan mengecilkan nilai matawang.
Rasa saya kesemua 6 perkara di atas, sedang berlaku di negara kita. Tahniah pada Najib. Hahaha!
Sumber artikel di sini.
p/s: Penulis merupakan seorang perantau yang kini menetap di Singapura dan bekerja sebagai pengendali komputer. Selama beberapa bulan beliau berada di sana, beberapa perbandingan telah dilaksanakan bagi memberi gambaran jelas pada rakyat Malaysia tentang keruntuhan sistem di sini. Sebelum merantau di negara jiran, beliau telah ditahan oleh pihak berkuasa atas alasan cubaan untuk menyebarkan dakyah buruk pada masyarakat. Moga usaha beliau dalam menyebarkan ideologi bagi memperbaiki sistem di Malaysia, insyaAllah

No comments:
Post a Comment