Sunday, January 31, 2010
Lelaki Acuan Al-Quran
SEORANG LELAKI YANG BERIMAN
MEMILIH MUSLIM MUTTAQEEN SEBAGAI JATI DIRI
HATINYA DISALUTI RASA TAQWA KEPADA ALLAH SWT
APABILA DISEBUT ASMA' ALLLAH..
GEMENTAR HATINYA, GEMURUH JANTUNGNYA
LELAKI ACUAN AL-QURAN
SENTIASA HAUS DENGAN ILMU
SOLATNYA ADALAH MARUAH DIRINYA
TIDAK PERNAH GENTAR UNTUK BERKATA BENAR
TIDAK PERNAH LESU UNTUK MELAWAN NAFSU
LELAKI ACUAN AL-QURAN
DIA YANG MENGHORMATI IBU BAPANYA
BAKTI DIHULURKAN BUAT AYAHBONDA DAN KELUARGA
DIA BAKAL MENJAGA KEHARMONIAN RUMAHTANGGANYA
KELAK MEMBERIKAN BIMBINGAN DUNIA DAN AKHIRAT
BUAT ZAUJAH JUA PERMATA HATINYA
WASATIAH AMALAN HIDUPNYA
PENDORONG MENUJU BAITI JANNATI
KERANA DUNIA BAGINYA HANYALAH
LADANG MENUJU AKHIRAT
JUA RUMAH SEMENTARA SAHAJA
MENUNGGU YANG NYATA DI AKHIRAT SANA
LELAKI ACUAN AL-QURAN
SENTIASA BERSEDIA UNTUK AD-DEENNYA
HIDUPNYA DISINARI CAHAYA NAUNGAN AL-QURANUL KARIM
SIFAT RASULULLAH KETAATAN DIRINYA
BICARANYA ADALAH AMALANNYA
GERAK LAKUNYA ADALAH ILMUNYA
LELAKI ACUAN AL-QURAN
PABILA MENGHADAP WAJAHNYA KEPADA YANG MENCIPTA
BERDIRINYA PENUH TERTIB
RUKUKNYA PENUH TAWADHU'
SUJUDNYA PENUH KUSYUK
DUDUKNYA PENUH TASYAHHUD
DOANYA PENUH MALU
"YA ALLAH, ANDAINYA KEJAHATAN TAK KU LAKUKAN KERANA TAKUT AKAN BAKARAN API NERAKA-MU, MAKA KAU CAMPAKKANLAH AKU KEDALAMNYA... ANDAINYA AKU MENDAMBAKAN SYURGA-MU KERANA PAHALA YG KAU JANJIKAN, MAKA KAU HARAMKANLAH KAKIKU MENJEJAK SYURGA IMPIANKU ITU,TETAPI JIKA HIDUPKU MATIKU KERANA MENGHARAPKAN REDHA-MU YA RABB, MAKA JANGANLAH KAU MALAPKAN HATI INI KERANA HATI INI TELAH BERLABUH UNTUK
SENTIASA TAAT DAN DEKAT DENGANMU,WAHAI RABBUL 'IZZATI.."
LELAKI ACUAN AL-QURAN
BASAH MATANYA KERNA RINDU-NYA PADA YANG KHALIQ
BASAH LIDAHNYA KERANA SELALU MENYEBUT ASMA' TUHANNYA
GEMAR TELINGANYA MENDENGAR ALUNAN ZIKIR MUNAJAT
TANGKAS LANGKAH KAKINYA BERJEMAAH DI RUMAH ALLAH
LELAKI ACUAN AL-QURAN
MEDAN PERJUANGAN SYAHID IMPIANNYA
HAYYA 'ALAL JIHAAD!!
MENYERU PARA MUJAHIDDEEN
DIALAH KUBU PERTAHANAN ISLAM
TEGAS DENGAN KAFIR LAKNATULLAH
TAKKAN MUDAH ISLAM TUNDUK PADA KUASA KUFFAR
KELUAR DIJALAN ALLAH SETINGGI CITA-CITANYA
TEGAKNYA MEMASAKKAN KALIMAH ALLAH DI PELUSUK DUNIA
KEWAJIPAN SEORANG DA'E BAGAI DIRINYA
HATINYA BAGAIKAN TAHU
BAHAWA MASIH RAMAI YANG CUKUP DAHAGAKAN
SUATU GEMERLAPAN CAHAYA ISLAM YG MAHA INDAH
DIALAH LELAKI ACUAN AL-QURAN
DIA LAYAK BUAT
WANITA ACUAN AL-QURAN JUA..
KERANA, BUATMU WANITA...
ANDAI DIRI MENGHARAP TEMAN SEZUHUD ALI KARRAMALLAHU WAJHAH
HIASILAH DIRI UMPAMA PEMURAHNYA FATIMAH AZ-ZAHRA
USAH DIDAMBA TEMAN SETAKWA NABI ALLAH IBRAHIM AS
ANDAI HATI TIDAK DISALUTI KETABAHAN SITI HAJAR
MENGAPA IMPIKAN TEMAN SEHEBAT KEKASIH ALLAH,MUHAMMAD SAW
ANDAI KESETIAAN BAGAI KHADIJAH AL-KHUWAILID BUKAN WAJAH DIRIMU!
dikongsi dari:
putrihanan.blogdrive.com
Wednesday, January 27, 2010
Ketakutan...Sangat2 ketakutan.. =(
Allah...
Allah...
Aku tak tau, mungkin Allah sahaja yang dapat membaca hati aku saat ni..
Aku ResaH
Aku sangat gelisah
Allah,..aku jahil rupanya..
selama ini aku jahil!!
aku macam nak lari dari semua nie!
Allahu Akbar!
Aku takut...
Ya Allah,...bantu aku ya Allah!
Aku tiada siapa....
Allah! Astaghfirullah! Subhanallah!
Aku sangat berduka saat ini...!
KEDAHSYATAN NERAKA
Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Maka nabi s. a. w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s. a. w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian nabi s. a. w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s. a. w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")
Wallahua’lam.
Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
Tuesday, January 26, 2010
WANITA DAN KUASANYA
Bagi seseorang lelaki, seperti aku, sudah pasti menjadi satu anganan dalam mencari erti kehidupan yang sempurna sama ada dalam kehidupan dunia dan akhirat. Namun, kelengkapan dalam mencari kesempurnaan, timbul kesedran dalam diri, adakah insan seperti aku lebih mudah menghampiri kesempurnaan itu atau tidak kerana aku sering ternoda dengan kelekaan dunia yang terbentang luas dengan kejahilan nya. Aku akan terus berharap untuk terus berjuang dalam mencari fitrah diri yang sebenar supaya aku bisa menemukan hakikat keredhaan Allah dalam kehidupan kini dan yang akan menjelang.
Tapi,
Apakah hakikat kehidupan bagi seorng wanita, terutamanya kehidupan seorang wanita yang solehah? Kerna, wanita solehah jugak menjadi satu pemangkin bagi sesebuah kehidupan yang sempurna bagi seorng lelaki mukmin. Dalam mencari pengertian tersebut, lelaki mukmin perlulah mengerti apakah kuasa yang ada dalam diri sesebuah kehidupan seorang wanita solehah. DAn bagi wanita solehah pula, anda perlu mencungkil kuasa diri anda bagi menyelongkar diri anda sendiri supaya boleh berbakti kepada teman hidupmu saraya mencari keredhaan Allah SWT.
Wanita solehah, renungi kuasa anda..
KUASA PUJUKAN WANITA
* Kehebatan perempuan dalam pujuk rayu tidak dapat disangkal lagi. Tidak ada perempuan yang tidak mahir dalam seni ini. Kaum lelaki boleh dipujuk dan dirayu untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya.
* Beberapa contoh keruntuhan empayar yang dibina oleh lelaki
disebabkan daya pujukan wanita :
1. Napoleon Bonarparte dan Josephine.
2. Anthony dan Cleopatra
3. Hitler dan Matahari
4. Samson dan Delila
5. Abu Lahab dan Hendon
* Beberapa contoh wanita yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan seorang lelaki sehingga berjaya mengatasi segala ujian dan cabaran tanpa melemahkan semangat juang mereka dalam menegakkan kebenaran dan kekuatan agama :
1. Nabi Muhammad saw dan Siti Khadijah serta isteri-isteri beginda yang lain.
2. Nabi Ayub dan Siti Rahmah.
3. Nabi Ibrahim dan Siti Sarah serta Siti Hajar.
4. dan banyak contoh lagi orang-orang muslim yang lain.
KUASA KEJELITAAN PEREMPUAN
* Hal ini diketahui oleh semua orang. Kejelitaan perempuan boleh menumbangkan ramai lelaki hingga banyak yang terarah melakukan perkara-perkara yang tidak wajar. Sebaliknya kuasa jelita yang ada pada kaum muslimah boleh menimbulkan kecintaan yang tinggi terhadap Allah di mana seorang isteri boleh mempengaruhi suami dalam hal-hal yang diredhai Allah.
KUASA LAYANAN PEREMPUAN
* Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.
KUASA DOA PEREMPUAN
* Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw:
"Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya:"Kenapa ya Rasulllah ?" Jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
KUASA TAQWA PEREMPUAN
* Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.
* Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.
* Kekuasaan taqwa ini pula oleh kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.
* Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw:
"Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya)."
Wahai wanita solehah, ku menanti mu...
Sunday, January 17, 2010
Amar Ma'aruf Nahi Mungkar, Kun Fayakun...
Saturday, January 16, 2010
Ketika Cinta Bertasbih 2 Part 2
Ketika Cinta Bertasbih 2
Wednesday, January 6, 2010
Is It Enough
You call yourself muslim,
But, don't mind other muslim,
Is it enough,
You call yourself muslim,
When other muslim in trouble,
U said, " Its wasn't my problem! "
Is it enough,
You call yourself muslim,
When Allah remind to fear in Him,
To do what Allah said, and leave prohibited things,
U just ignore it,
Is it enough,
You call yourself muslim,
When Quran is infront of u,
U more prefer to facing on ur laptop to online,
Is it enough,
You call yourself muslim,
When Adzan is shouted,
To invite prays and successes,
U said, "Ah, u go first!"
Is it enough,
You call yourself muslim,
In the same time, YOU ARE NOT!
Tuesday, January 5, 2010
Tekanan
Kaki yang sakit...
Demam yang melarat...
Tak boleh nak fokus...
Ya Allah, Tolong...!
Monday, January 4, 2010
Extreme....Kau Extreme!!
Sakit juga hati ini bila mendengar golongan-golongan yang masih tidak jelas dalam erti mempertahankan aqidah dan konsep perjuangan dakwah terutamanya hidup dalam suasana yang penuh dengan keselesaan dan kesenangan dunia.
Bila bercakap tentang erti memperjuangkan aqidah diri melalui program-program tarbiyah di peringkat bawahan, memang amat mudah kerana kita masih lagi tidak dibayangi dengan sebarang gangguan anasir-anasir perosak aqidah yang jelas nyata begitu benci terhadap Islam itu sendiri.
Pernah kita bayangkan, sedang mulut menanti makanan, ditegah untuk disuapkan.
Pernah kita fikirkan, sedang bermain dengan keseronokan, secara tiba permainan diranapkan.
Andai bisa kejadian ini berlaku, tidak mustahil anda sendiri akan bangun memberontak melawan mereka-mereka yang menjadi gangguan.
Tapi,
Ketika anda bangun untuk mempertahankan hak, orang sekeliling anda, yang juga teman sepermainan berkata, 'KAU EXTREME!'
Itu adalah secara analoginya...
Letakkan pula secara realitinya...!
Jangan tunggu neraka datang baru nak faham..
Aku mengecam mereka......walaupun engkau teman aku!
Sunday, January 3, 2010
Allah, kusayang namaMU, tapi hukum-Mu ku sepak terajang
Hari ini media-media arus perdana yang pro-kerajaan dipenuhi berita kebimbangan pemimpin-pemimpin parti politik Malaysia dan NGO Islam dengan implikasi keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan majalah Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya. Antara yang bersuara ialah ketua sayap pemuda dan wanita Umno, Timbalan Presiden Pas dan mantan PM, Dr Mahathir.
Apabila yang lantang mempertahankan nama Allah ialah Ketua Wanita Umno, Datuk Shahrizat Abdul Jalil dan Dr Mahathir, ia mengundang sedikit rasa kagum dalam diri saya. Saya kagum dengan gambaran ketaatan dan kasih sayang mereka kepada Allah hingga seolah-olah ingin melakukan apa saja bagi mempertahankan nama Allah dan darjat Islam.
Saya kagum kerana Shahrizat yang rambutnya separuh telanjang dan seperti Muslimah yang tidak lengkap berpakaian mengikut norma Islam itu, rupanya sangat sayang kepada Allah. Selama ini saya beranggapan bahawa mereka yang tinggi kecintaannnya kepada Allah akan cuba menampilkan dirinya supaya sentiasa kelihatan seperti orang yang taat kepada perintah Allah. Bukan saja dia perlu menjaga ibadahnya tapi juga etika berpakaian dan pergaulannya. Tapi rupanya ada pengecualiannya. Shahrizat walaupun tidak menggambarkan dirinya sebagai Muslimah yang patuh kepada ajaran Allah, rupanya masih sayangkan Allah.
Begitu juga dengan Dr Mahathir. Mahathir semasa berkuasa dahulu terkenal dengan kelancangannya yang mengkritik hukum Allah, terutama hudud. Beberapa ucapan pedas dan sindiran tajamnya terhadap hukum Allah tidak mungkin dilupakan oleh umat Islam negara ini. Malah, kritikan terhadap hukum Allah juga turut disuarakan pemimpin-pemimpin Umno lain, termasuk Pak Lah dan Najib Tun Razak. Antara beberapa ucapan yang menghina hukum Allah yang disuarakan oleh pemimpin-pemimpin Umno ialah:
i) "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama".(Dr. Mahathir b.Mohamed, 2.5.1992)
ii) 'Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja'. (Dr. Mahathir b.Mohamed, 14.7.1992)
iii) "Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan".
( Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak : 20.4.1993)
iv) "Saya akan memastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud". (Dr. Mahathir b.Mohamed, 1994)
v) "Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum (hudud) yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?" (Dr Mahathir Mohamad, 3.3.1994)
vi) 'Hukum rejam kepada penzina adalah primitif'. (Dr. Mahathir b.Mohamed, 3.3.1994)
vii) "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam". (Dr. Mahathir b. Mohamed : 4.8.1994)
viii) "Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar-kacir dan ditindas oleh orang lain tidak secocok dengan ajaran Islam"(Dato' Seri Mahathir Mohamad, 14.4.1994)
ix) "Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain, akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat" (Dato Seri Dr Mahathir Muhamad, 5.9.1997)
x) "Apa erti pembentukan negara Islam jika ia mundur". (Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi: 13.11.1999)
Ketika Dr Mahathir dan Pak Lah menjadi PM dahulu, sayap Pemuda dan Wanita Umno serta NGO Melayu pro-Umno tidak pernah melakukan bantahan apabila pemimpin-pemimpin kesayangan mereka pedas mengkritik hukum Allah. Jika hari ini Najib sendiri yang menyatakan beliau menyokong keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenai penggunaan nama Allah itu, saya sangat yakin Pemuda dan Wanita Umno tidak akan menyalahkannya. Gambar Pemuda Umno Pulau Pinang mengangkat tangan seolah-olah marah (tapi kebanyakannya nampak relax sambil tersenyum) seperti tersiar di muka depan akhbar Mingguan Malaysia hari ini tidak akan kelihatan jika Najib bercakap senada dengan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Jika UMNO hendak buat bising dalam isu ini, meraka sudah memulakan sejak Dr Mahathir menghina hukum Allah hampir 20 tahun dulu lagi. Mereka juga boleh buat bising apabila Najib meluluskan 10 lesen judi beberapa bulan lalu yang jelas bertentangan dengan hukum Allah. Tapi mereka diam apabila hukum Allah dipermainkan pemimpin mereka kerana mungkin hendak menjaga periuk nasi sendiri.
Begitulah apabila menyebut nama Allah tidak boleh tapi mengingkari perintah Allah dan mempermainkan hukumnya tidak apa. Nama Allah kononnya sayang, tapi hukum Allah depa terajang.
sumber dari :
http://pendikargunung.blogspot.com/
Bernafas Sebentar
Mungkin penat balik dari berjaulah selama 12 hari di sekitar Eropah (Scotland, Manchester, London)
dan kelas akan bermula esok..hmm~
jadik berlawak la kejap...huhu~
KENTUT
org Amerika kentut ckp EXCUSE ME
org British kentut ckp PARDON ME
org Singapore kentut ckp FORGIVE ME
org kita kentut ckp NOT ME! NOT ME!
UUUU
surung pupun turuk pupun
buuh kurunju dulum puruhu
suruh mukun suyu mukun
suruh munguju suyu tuk tuhu
"control sikit muncung tuu…"
CONDOM vs KOTEX
Condom: Bullshit u! every month u stop my business for 1 week! Damn!
Kotex: Aaaaahhhhh!! if u make 1 single mistake, i’ll lose my business for 9 months!
SABAH
pergi sabah naik basikal,
naik basikal pergi ke sabah,
ade ke munasabah & masuk akal,
nak pergi sabah naik basikal?
memang tak masuk akal!
KATAK HIJAU
pada suatu ari kita pegi ke sebuah gua.
penjaga gua tu kate, dlm gua tu ada katak ijau.
jgn pijak katak tu sbb klu pijak, dpt suami tak hensem.
dlm gua tu saya je terpijak katak ijau, tapi awak tak.
pastu, tiba masa kita kawin. suami saya mmg tak hensem.
tapi suami awak hensem. saya tak puas ati la!
so saya tanya suami awak kenapa kawin ngan awak? saya lg cantik
malah berganda cantik dr awak.
pastu dia jwb "nak wat caner, dulu saya pun terpijak katak ijau tuu…"
WARNING!!
children playing outside the car
can cause accident.
adult playing inside the car
can cause children!
MONKEYS
3 monkeys escaped from the zoo
1 was caught watching tv
another 1 was playing football
and the other 1
*
*
*
*
*
No! No! it’s not you!
why you always think you
are a monkey?