Sunday, June 26, 2011

Perhimpunan BERSIH 2.0 (siri 1)


بسم الله الرحمن الرحيم

Salam perjuangan semua.

Lama sungguh tidak update blog ini. Ia mungkin disebabkan sifat kemalasan yang terlampau dalam kerja-kerja mengupdate blog ini dan kekangan yang melanda dalam melakukan kerja-kerja harian.

Pohon kemaafan kepada semua.

Maka hari ini, saya bertekad untuk melaksanakan tugas kecil sebagai seorang yang cintakan kedamaian dan keamanan, tambahan pula, suasana ini sangat dituntut dalam Islam. Moga ia dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Hari ini, saya ingin memfokuskan tulisan saya berkenaan dengan isu semasa yang kian hangat diperkatakan oleh semua lapisan masyarakat (walaupun masih ada lagi sahabt-sahabat lama tidak mengetahui sangat tenatnag cerita ini) iaitu PERHIMPUNAN AMAN BERSIH 2.0 yang akan berlangsung pada 9 Julai 2011.

Ini merupakan 'promosi' saya bagi menyatakan sokongan penuh saya terhadap perhimpunan aman ini. Di kesempatan ini, saya mengajak dan menyeru kepada semua sahabat-sahabat untuk turut serta dalam perhimpunan ini.

Tatkala menulis post ini, saya masih memikirkan method yang sesuai dalam menyampaikan seruan terhadap sokongan perhimpunan BERSIH 2.0 ini. Jadi saya telah memilih untuk menggunakan method ' Question & Answer' dalam menjelaskan kepentingan PerhimpunanBersih 2.0 ini dilaksanakan. Moga ia dipermudahkan insyaAllah.

Mungkin ramai yang bertanya mengenai isu-isu yang berkaitan yang timbul sejak dari pengumuman tarikh BERSIH2.0. Maka saya akan cuba sehabis baik dalam menjawab pertanyaan-pertanyaan yang mungkin timbul di dalam diri setiap rakyat Malaysia mengenai hal ini.

Soalan 1

Perhimpunan BERSIH 2.0 ini apa?

JAWAPAN : Perhimpunan ini adalah rentetan dari kejayaan penganjuran Perhimpunan BERSIH 1.0 yang terlaksana pada tahun 2007. Ketika itu, kehadiran yang sangat menakjubkan menyebabkan ramai pihak sedar yang rakyat Malaysia sangat ketandusan dan dahagakan keamanan dan kestabilan hidup. Maka ia dianjurkan sekali lagi kerana tuntutan BERSIH 1.0 masih lagi tidak dilaksana oleh pihak yang bertanggungjawab.

Soalan 2

Apakah tuntutan BERSIH 2.0?

JAWAPAN : Tuntutan BERSIH 2.0 masih lagi mengekalkan tuntutan BERSIH 1.0 dan ditambah lagi dengan 4 tuntutan yang baru iaitu :

1. Bersihkan Senarai Undi (mengurangan pengundi yang tak berkaitan dengan daftar pemilih)
2. Mereformasikan Undi POS ( lebih telus dan adil )
3. Gunakan Dakwat Kekal (guna cap jari semasa proses buang undi)
4. Akses Media Bebas dan Adil

Tuntutan Tambahan

5. Masa Kempen Minima 21 hari
6. Kukuhkan institusi awam
7. Hentikan Rasuah
8. Hentikan Politik kotor

Soalan 3

Kenapa tuntutan-tuntutan tersebut dinyatakan dalam Perhimpunan ini?

JAWAPAN : Ada banayak faktor. Saya akan jelaskan satu persatu :

1. BERSIHKAN SENARAI UNDI

Lewat ini kita sering dikejutkan dengan pendedahan-pendedahan mengenai pendaftar pengundi yang tidak masuk dek akal. Antaranya, dalam satu rumah, ada sepuluh pengundi yang mereka tidak saling mengenali antara satu sama lain. Ada juga mereka yang sudah meninggal, malah sudah berumur lebih dari 100 tahun pun masih lagi layak untuk membuang undi pada hari pilihnaraya berlangsung. Jika ia merupakan suatu masalah, pihak Perhimpunan Bersih 2.0 meminta pada pihak Suruhanjaya Pilihanray (SPR) melakukan tugas-tugas pembersihan dalm senarai pengundi.

2. MEREFORMASIKAN UNDI POS

Kebanyakkan undian menggunakan POS (biasanya dilaksanakan oleh penjawat awam kerajaan yang bekerja luar dari kawsan tempat mengundi masing-masing) menjadi penyelamat kepada mereka yang bertanding terutama sekali kepada pihak Barisan Nasional (BN). Setakat ini, tiada lagi kes yang melibatkan Undi POS yang memihak kepada Pakatan Rakyat dan ia seolah-olah memberi tanggapan yang tidak jelas terhadap pengudian cara POS. Maka 'kami' minta supaya SPR melakukan reformasi bagi mengurangkan tanggapan negatif mengenai perihal ini.

3. GUNAKAN DAKWAT KEKAL

Seingat saya, tuntutan ini hampir terlaksana pada Pilihanraya Umum (PRU) yang lepas (2008). Namun, seperti yang dijangka, ia dibatalkan pada saat-saat terkahir oleh SPR. Ia perlu dilaksanakan kerana 'kami' khuatir jika terdapat penyelewengan sepanjang proses buang undi seperti pengundi hantu, seorang mengundi sampai berkali-kali dan sebagainya. Jika ia dilaksanaka, kepercayaan rakyat terhadap proses buang undi lebih diyakini dan meningkatkan kredibilti gerak kerja yang dilaksanakan SPR.

4. AKSES KEPADA MEDIA YANG LEBIH BEBAS DAN ADIL

Tuntutan ini tak usah saya cerita banyak sebab, ia sangat jelas dengan apa yang dilakuakn oleh pihak KERAjaan BN. Pada pemerhatian mudah saya, ramai mereka yang tidak ambil tahu mengenai hal politik pun sudah mula menjauhkan diri dari menonton berita anjuran TV tempatan, kerana ia sangat jelas hanya memihak kepada satu pihak sahaja. Apatah lagi mereka yang sangat mengambil berat dalam isu-isu erkini politik tanah air. Maka 'kami' mahu akses media menjadi lebih adil dan bebas seperti yang dilaksanakan dalam PRU di negara-negara luar seperti Indonesia, Turkey, Singapura dan negara-negara maju yang lain.

5. MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI

Tempoh kempen yang pendek (14 hari untuk PRN/PRU, 7hari untuk PRK) menjadi suatu ancaman kepada pihak PR kerana tidak dapat menyatakan manifesto (perancangan pentadbiran kepada rakyat jika memerintah) dengan sepenuhnya disamping sekatan-sekatan lain yang membelenggu tugas-tugas pilihanraya. Di negara-negara maju (UK/USA), tempoh kempen pilihanraya yang dilaksanakan adalah sepanjang 3 bulan. Saya sempat mengikuti proses-proses kempen pilihanraya di UK ketika menuntut di Dublin, Ireland. Hasilnya sangat memberangsangkan apabila rakyat dapat memahami tujuan sebenar sesebuah kerajaan itu terbentuk dan memilih dengan rasional demi keharmonian hidup rakyat. Ia tidak berlaku langsung di Malaysia. Maka 'kami' berharap ia dapat dilaksanakan pada PRU kali ini supaya kita tidak malu untuk membuat declaration yang Malaysia merupakan negara maju. Tambahan pula pengumuman tarikh PRU menjadi rahsia dan diumukan dalam keadaan yang sangat mengejutkan!

6. KUKUHKAN INSTITUSI AWAM

Saya pernah terlibat dalam gerak kerja kempen Pilihanraya Kecil (PRK) di beberapa buah negeri. Amatan saya, tidak ada satu pun kempen yang dilaksanakan oleh BN yang tidak menggunakan institusi-institusi awam seperti jabatan-jabatan kerajaan yang tiada kaitan langsung dengan tugas-tugas pilihanraya. Ia secara langsung telah menjejaskan kredibiliti pengurusan kerajaan sedia ada. Maka 'kami' pohon supaya pihak berwajib untuk 'mengajar' mereka dalam membezakan antara jentera kempen pilihnaraya BN dan jentera kerajaan yang bertugas unutk rakyat secara keseluruhan. Ingat, gaji yang diterima petugas penjawat awam dibayar oleh rakyat!

7. HENTIKAN RASUAH

Skop penafsiran rasuah sangat besar jika kita hendak kaitkan dengan kerajaan sekarang. Terlalu banyak pendedahan rasuah!! Bermula dari pembelian barangan elektronik di Kementerian Belai dan Sukan, sehingga penyelewangan pembelian kapal selam di Perancis. Maka, 'kami' pohon suapaya rasuah ini tidak menjadi amalan pihak BN di PRU yang akan berlangsung tidak lama lagi. SPR, sial buat kerja anda dalam pemantauan kes rasuah ini.

8. HENTIKAN POLITIK KOTOR

Okeh, ini tidak perlu saya ulas, kerana itulah tujuan BERSIH!

HENTIKAN POLITIK KOTOR!!!

InsyaAllah, banyak lagi soalan yang akan menyusul selepas ini!


1 comment:

  1. yes, i just knew what is this yesterday! huaa, betape tak mengikuti perkembangan bile sibuk kt temoat len =s..
    nway, jzkk, moga semuanya berjalan lancar!

    ReplyDelete