بسم الله الرحمن الرحيم
Salam perjuangan semua.
Hari ini kita berjumpa lagi untuk menjawab segala bentuk pertanyaan yang terbentuk daripada Perhimpunan BERSIH 2.0. InsyaAllah saya akan cuba mengorek seberapa dalam untuk membuka minda kita tentang perihal Perhimpunan BERSIH ini.
Mari terus kepada soalan yang berikut.
Soalan 4
Sejak daripada Perhimpunan BERSIH 2.0 ini diumumkan, mengapa ramai pihak yang membantah dan tidak menyokong Perhimpunan ini diteruskan sedangkan ia sangat baik dari segi tujuannya?
JAWAPAN : Kalaulah itu soalannya, saya mahu bertanya kembali. Siapa pihak yang membantah Perhimpunan ini? Kerajaan? Orang Melayu? Peniaga? Siapa??
Jawapan saya mudah. Rata-rata masyarakat yang tidak bersetuju untuk menghadiri Perhimpunan ini atau menyatakan sokongan terhadap pengajurannya adalah mereka yang terdiri daripada golongan yang kurang mendapat maklumat yang tepat hasil dari doktrinisasi media-media arus perdana yang semua orang tahu cara mereka 'melaksanakan' tugas mereka.
Adakah saya terlalu cenderung untuk berkata tentang keburukan sistem amalan kerajaan? Maka saya bertanya kembali, mana satu perkara yang saya nyatakan itu salah terutamanya mengenai isu pengaruh media yang sangat jelas menyokong hanya pada sebelah pihak!
Kalau mahu di kaji, rata-rata masyarakat, malah dari tokoh-tokoh akademik dan agama sendiri sudah berani menyatakan sokongan kepada Perhimpunan BERSIH ini. Ada yang mengeluarkan fatwa, ada yang mengeluarkan hujah. tidak kira apa jua yang mereka lontarkan, ia semua berkisarkan sokongan.. Ya! Sokongan!
Seperti yang sudah saya nyatakan sebentar tadi, mereka yang tidak bersetuju adalah datang dari mereka yang mendapat maklumat yang kurang tepat. Maklumat mengenai tujuan perhimpunan telah diubah suai seolah-olah akan berlaku perang besar di kalangan penyokong, pihak polis dan para penentang. Jadi, hebahan ini menjadikan suasana yang kurang senang dikalangan pemerhati yakni rakyat. Ketahuilah bahawa dengan tindakan menghebahkan cerita-cerita palsu ini akan melarikan sedikit tumpuan mata rakyat tentang tuntutan yang dikeluarkan oleh pihak Perhimpunan. Perasan atau tidak, ia bergantung pada diri kita untuk menilai.
Ianya terjadi kerana semakin hari, semakin terdedah segala kepincangan politik dengan isu-isu yang berat yang dikaitkan dengan Perdana Menteri Malaysia dan kepimpinannya. Dan ia berlarutan apabila suasana teka-teki PRu yang ke 13 masih lagi menjadi tanda tanya dikalangan kepimpinan politik. Tambahan pula dengan suasana saentero dunia yang membangkitkan semangat perubahan dalam pentadbiran dunia. Maka tidak hairan segala provokasi ini berlangsung secara bertubi-tubi dan diamainkan oleh pihak BN dan sekutunya.
Jadi jelas, sokongan terhadap perhimpunan ini sangat padu. Ia bukan sahaja mampu untuk mempromosikan kepada seluruh rakyat Malaysia, malah perhimpunan telah membuktikan bahawa rakyat Malaysia kini sangat dahagakan suasana politik dan pentadbiran yang lebih adil dan telus dalam setiap tindak tanduk sebuah kerajaan yang memerintah!
HENTIKAN POLITIK KOTOR!!!
InsyaAllah, banyak lagi soalan yang akan menyusul selepas ini!
No comments:
Post a Comment