Tuesday, July 12, 2011

Perjalanan BERSIH ku (Siri 1)

بسم الله الرحمن الرحيم

Kisahku ini, aku ceritakan, untuk menjadi tatapan anak cucuku. Moga mereka akan sedar, tarikh keramat 9 Julai 2011, aku bukan hanya menjadi pendengar, bukan hanya menjadi pasukan sorak, atau mungkin penonton semata-mata. Aku mahu mereka tahu, badan ini telah kuserahkan, menjadi benteng melawan kezaliman dan kemungkaran dunia di bumi Malaysia!

Kisahku bermula.....

Tanggal 9 Julai 2011,

Aku memula langkah yang agak berat di subuh hari. Mungkin dek kerana tidur di lantai masjid yang menusuk kulit tebal, beralaskan sehelai baju yang dibeli di Guangzhou, China oleh ibuku. Masih segar lagi izinku untuk keluar selepas solat Jumaat, restu pergi oleh abah dan emak. Pergi untuk menjadi benteng Himpunan 'HARAM'. Kami sudah mula berkumpul pada hari jumaat, sehari sebelum berlangsungnya Perhimpunan BERSIH 2.0 untuk sesi taklimat Unit Amal Pusat bagi gerak kerja Perhimpunan. Mengiringiku, Farizul, sahabat sejiran, cawangan dan kawasan. Jarang sungguh dia meninggalkan aku dalam aktiviti-aktiviti jemaah PAS tambahan pula, dia sangat suka bercerita tentang cita-citanya. Terutamnya bab kahwin. Haha! Kelakar!

Pagi itu, usai soalt subuh berjemaah, membaca al-mathurat, taklimat yang entah sudah kali ke berapa diberikan oleh sahabat kawasan, Akhi Uwais dan Akhi Sobri dalam menyampaikan mesej-mesej terakhir sebelum masing-masing menggerakkan diri untuk meneruskan agenda tarbiyah dan perjuangan. Aku ditugaskan untuk terus bergerak ke Masjid Negara sebagai 'tugas rasmi' bagi gerak kerja ini. Turut mengiringi, Akhi Rabbani dan Akhi Zaki yang berkenalan tidak sampai 24 jam. Maka bersiap kami untuk menyegarkan diri dan menyusun rancangan sepanjang perjalanan. Tapi sebelum itu, sarapan menjadi agenda pertama, dan gurauan sinis sahabt-sahabt supaya pergi sarapan, mana tahu, ini mungkin sarapan yang terakhir! Allahuakbar!

bersambung...

Monday, July 4, 2011

6 Faktor Yang Mempengaruhi Nilai Matawang




SGD $1 = RM2.46
  1. Inflasi
    Harga barang naik ialah inflasi. Di sini, jika inflasi meningkat maka nilai matawang kita akan mengecil. Harga barang naik bukan perkara asing lagi di Malaysia. Apakah yang menyebabkan inflasi?

  2. Riba' Pinjaman (Bunga Pinjaman)
    Pinjaman dari bank yang bersalut riba' akan menyumbang kepada peningkatan nilai matawang. Jika inflasi meningkat, maka ramai yang jadi miskin dan takut untuk meminjam apatah lagi menanggung riba'.

    Contohnya, barang di sekeliling kita makin mahal (inflasi), kemudian mahu meminjam di bank, kadang-kadang bank pun tak luluskan. Atau pun mungkin kita sendiri kurang yakin samada ia boleh dilangsaikan dengan bunga-bunganya sekali. Jika ini berlaku, matawang kita akan mengecil.

  3. Defisit
    Belanjawan negara kita memiliki defisit. Wang rakyat yang telah disalahgunakan akan membuatkan belanjawan kita cacat dan sukar untuk dicapai akibat kekurangan dana. Di sini jika defisit melambung, maka matawang kita akan mengecil.

  4. Pelaburan Asing
    Saya yakin anda tahu apa itu import dan eksport. Jika kita bikin satu produk, kita jual pada negara luar itu disebut eksport. Jika kita beli barang dari negara luar itu namanya import. Jika kadar eksport tinggi melebihi kadar import, maka matawang negara kita akan meningkat. Tetapi hari ini, kita sering dengar bahawa pelaburan asing kontang. Negara asing juga menghadapi kemelesetan ekonomi. Bagaimana mereka nak beli barang negara kita?

  5. Hutang Negara
    Kita lihat Greece, negara tersebut memiliki hutang yang tinggi. Bila sebut negara, maka ia terdiri daripada rakyatnya juga. Rakyat mereka juga dibelit hutang. Bila hutang meningkat maka nilai matawang akan mengecil.

  6. Kestabilan Politik
    Malaysia merupakan negara yang sangat unik dari segi politiknya. Serangan politik tak pernah lekang sejak 8 Mac 2008. Keadaan politik negara yang tidak stabil atau pun bergolak, akan mengecilkan nilai matawang.
Rasa saya kesemua 6 perkara di atas, sedang berlaku di negara kita. Tahniah pada Najib. Hahaha!

Sumber artikel di sini.

p/s: Penulis merupakan seorang perantau yang kini menetap di Singapura dan bekerja sebagai pengendali komputer. Selama beberapa bulan beliau berada di sana, beberapa perbandingan telah dilaksanakan bagi memberi gambaran jelas pada rakyat Malaysia tentang keruntuhan sistem di sini. Sebelum merantau di negara jiran, beliau telah ditahan oleh pihak berkuasa atas alasan cubaan untuk menyebarkan dakyah buruk pada masyarakat. Moga usaha beliau dalam menyebarkan ideologi bagi memperbaiki sistem di Malaysia, insyaAllah

Ingat.. Sebelum Terlupa!

Saudara..

Saudari..

Semalam itu adalah sejarah..

Esok pula suatu yang misteri...

Tapi hari ini,

Adalah hadiah dari Ilahi..

Manfaatkannya..

Sebelum sejarah itu memukul kita...

Dan misteri menghantui kita...

Sunday, July 3, 2011

BERSIH 01 : Memahami 2 Peranan Pemimpin dan Membuat Sedikit Perbandingan

Dalam agama kita,untuk menjadi seseorang pemimpin tu bukan mudah.Zaman Nabi dulu pun,tak ramai yang berani nak jadi pemimpin tapi zaman sekarang ramai benar yang berebut nak jadi pemimpin.Sebab apa?Sebab ni...


Benda ni dah disahkan oleh Nazri Aziz bila ada soalan dalam Parlimen.Memang betul nilai tu.

Satu FAKTA - Gaji Perdana Menteri Britain setahun totalnya termasuk allowance Parlimen adalah GBP198,661...maknanya dalam sebulan gaji PM Britain adalah GBP16,555.Kalau kita cuba kira gaji PM kita ...darabkanlah total gaji+allowance PM tu dengan 12..dapatlah annual salary PM Malaysia..bandingkan!

RM667,800...PM Britain perlu kerja 4 tahun lebih untuk dapat apa yang PM Malaysia dapat dalam setahun.JANGAN CONVERT KE POUND!Bandingkan nilai dia 1:1....

Dan...di Britain hanya ada dua jenis gaji untuk Menteri,Gaji pokok dan gaji members of Parliament.Segala perbelanjaan lain dia kena buat claim sendiri.Dan apa yang specialnya pasal claim diorang?

Segala resit dan claim perbelanjaan yang dituntut oleh menteri akan disenaraikan dan sesiapa saja boleh tengok online.Ini adalah benda2 yang wajib kita mintak kerajaan laksanakan kat Malaysia.

Aku ingat lagi aku pegi satu talk dengan seorang bekas menteri sekarang ni (masa tu dia menteri lagi la) yang aku malas nak sebutkan kat sini.Talk tu tujuan dia sebenarnya nak bagi berbincang pasal masa depan negara tapi terkeluar pulak pasal "kenapa ramai orang Malaysia yang migrate ke luar negara.." bila ada satu mamat tanya apa yang kerajaan cuba buat pasal benda tu.

Mula-mula sekali jawapan dia,"memang rugi kita kehilangan tenaga professional kat luar sana yang sepatutnya bekhidmat dalam negara..." OK..bagus la jawapan tu.Tapi lepas tu dia sambung,"....tapi sepatutnya rakyat sendiri kena ada semangat patriotisme yang tinggi dalam diri untuk berkorban demi negara."

"Mungkin dulu2 pemimpin Malaysia ni berbaloi untuk dijadikan tokoh..tapi sekarang ni..isk" aku fikir lagi dalam hati.

Lepas tu,dia tambah lagi,"Rakyat tak sepatutnya merasa tamak dengan ganjaran yang ditawarkan di luar sana sehingga merugikan negara.." Orait...tahan sket lagi...dia sambung.."Rakyat sepatutnya sedar yang mereka terpaksa berkorban dan tidak hanya mencari ganjaran kewangan di luar negara.Negara perlukan khidmat mereka jadi rakyat perlu tanam dalam diri rasa sayang negara dan bersedia untuk menolak tawaran gaji yang lumayan di luar negara dan kembali berkhidmat di Malaysia dengan sebab membantu perkembangan negara.."

Bullshit,fikir aku.Orang yang sepatutnya mula2 berkorban adalah dia,bukan rakyat,sebab dia volunteer diri dia nak jadi pemimpin.Tidak adil jika diminta rakyat yang berkorban sedangkan menteri ditaja sepenuhnya kehidupan mereka.POTONG GAJI MENTERI DULU SEBELUM SURUH RAKYAT BERKORBAN....

Jadi,pada aku,pedulikan pasal khutbah Jumaat yang kata perhimpunan Bersih itu haram.Jika rakyat merasakan pemimpin sekarang adalah golongan tidak boleh pakai,mereka sepatutnya diberikan peluang untuk menukar pemimpin mereka.Tapi..masalahnya,sistem pilihanraya kita ni...bila dimintak pakai dakwat,mereka kata takleh.Apa yang nak ditakutkan sangat kalau sistem pilhanraya kita betul2 adil?

Takut Melayu hilang kuasa?Melayu mesti berkuasa di Malaysia?Orang PAS tu bangsa apa?Mesti ada sebabnya kenapa rakyat Kelantan suka dengan PAS walaupun diorang takde air bersih (kononnya),diorang takde pembangunan moden gila babi dan diorang dipandang jelek oleh sesetengah golongan.Aku sangat berminat nak tau macam mana rasanya PAS perintah Malaysia dan aku rasa PAS takkan biarkan agama Islam dipermainkan kalau ada pihak yang cuba memperlekehkan Islam bila Pakatan memerintah.Melayu dipermainkan aku tak kisah sangat.....Tuhan bagi kita bangsa sebab dia nak kita senang kenal rupa,Tuhan bagi kita agama supaya kita semua jadi satu.

Dan...dari sebab tu,sebelum kau decide kau nak sokong kuning ke merah ke transparent ke,ketahuilah dulu bagaimana nak menilai pemimpin yang baik.Dalam agama,ada 2 aje tugas pemimpin ni.(sori..aku tak ingat apa translation Arab dia)

1. Pelayan

Dia lah hamba kepada rakyatnya.Apa yang rakyat mintak dia usaha tunaikan. Kalau ada orang miskin dalam negeri dia,dia akan kerja lebih kuat untuk pastikan orang tu keluar dari kemiskinan.Dia hormat dengan majikan dia..yakni rakyat.Kau suka macha kedai mamak maki kau balik bila kau komplen milo ais kau tak sedap? Pemimpin yang baik takkan ugut orang bawah dia.Pemimpin yang baik takkan wujudkan "syarikat kereta dia" dan "paksa" rakyat beli kereta dia.Wawasan dah ada...tapi bila rakyat disuruh berkorban..tu dah salah tu.Umar Al-Khattab sendiri dah kata...kalau orang bawah dia ada masalah,dia sendiri akan selesaikan.
Kita? Kita dapat masalah sebab "wawasan" pemimpin kita.

2. Pemandu

Bayangkan,kau naik teksi..tapi driver tu bawak suka hati bapak dia.Lampu merah dia langgar,double lane dia potong...suka naik teksi macam tu?Pemandu yang baik adalah pemandu yang sentiasa memikirkan keselamatan orang yang dia bawak.Aplikasikan benda ni pada pemimpin...pemimpin yang baik akan dorong kau ke arah jalan yang baik dan bantu kau dengan cara yang bersih,sesuai dengan apa yang agama mintak.Menaikkkan ekonomi negara dengan mendirikan kilang radioaktif adalah sangat bahalol kerana membawa kepada kecelakaan rakyat.Semua sebab apa?Sila rujuk gambar di atas.

Pemimpin kita sekarang sudah takde idea.Bila ada aje masalah ekonomi timbul,penyelesaian dia adalah "buat pinjaman." Pinjam situ pinjam sini,kesannya bukan diorang rasa.Yang rasa kesannya?Yang kena berkorban?Yang kena ubah cara hidup?

Kita.Semuanya berbalik kepada kita.

Jadi ingat,peranan pemimpin bukanlah sekadar pergi jenguk sekejap bila ada tragedi.Peranan pemimpin bukanlah cukup dengan "aku nak Malaysia ada kereta dan aku tak kisah rakyat kena tax sebab benda tu dapat tingkat ekonomi" dan peranan pemimpin bukanlah sekadar makan karipap dan hirup teh setiap kali habis meeting.Kalau pemimpin tu siap kena escort dengan polis sebab nak pastikan dia tak sangkut traffic jam dan dia boleh tengok aje orang ramai sangkut.....sedarlah,itu bukan ciri pemimpin yang baik.

Pemimpin yang paling baik dalam Islam adalah pemimpin yang sanggup berkorban diri dia,masa dia dan nyawa dia untuk rakyat dia dan paling penting........dia adalah orang yang paling rendah diri dalam negara dia.Ni paling penting sebab power corrupts people.

Dah habis baca? Please baca link ni. Aku harap korang baca dan form pandangan korang.Kemudian bagi komen anda kat bawah ni.Sapa2 yang tak paham,boleh tanya.Bandingkan balik fakta yang ada dalam gambar tu,fakta yang aku tulis kat atas tu dengan artikel yang ada dalam link BBC tu....

Nampak tak kita dan menteri kita kat mana?Nampak tak kenapa diorang takut benar kalau kuasa diorang kita tarik balik?

Kau nak tau apa benda paling sedih?

Orang putih run negara diorang lagi jujur dan ikhlas berbanding orang Melayu Islam Malaysia run Malaysia.,,dan diorang ni dibayar dengan taxpayer's money yang sebanyak tu.Apa hasilnya kita bayar PM kita banyak tu dan balik2 solution dia adalah "bagi kat adik aku,bagi kat bini aku."PIlihanraya lepas ni adalah peluang terakhir untuk Malaysia stop rotting,ubah sistem yang diimplement oleh Mahathir yang zalim dan bebaskan balik ekonomi orang2 macam kita.

This has to stop.


Sumber artikel di sini.

Monday, June 27, 2011

Perhimpunan BERSIH 2.0 (siri 2)

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam perjuangan semua.

Hari ini kita berjumpa lagi untuk menjawab segala bentuk pertanyaan yang terbentuk daripada Perhimpunan BERSIH 2.0. InsyaAllah saya akan cuba mengorek seberapa dalam untuk membuka minda kita tentang perihal Perhimpunan BERSIH ini.

Mari terus kepada soalan yang berikut.

Soalan 4

Sejak daripada Perhimpunan BERSIH 2.0 ini diumumkan, mengapa ramai pihak yang membantah dan tidak menyokong Perhimpunan ini diteruskan sedangkan ia sangat baik dari segi tujuannya?

JAWAPAN : Kalaulah itu soalannya, saya mahu bertanya kembali. Siapa pihak yang membantah Perhimpunan ini? Kerajaan? Orang Melayu? Peniaga? Siapa??

Jawapan saya mudah. Rata-rata masyarakat yang tidak bersetuju untuk menghadiri Perhimpunan ini atau menyatakan sokongan terhadap pengajurannya adalah mereka yang terdiri daripada golongan yang kurang mendapat maklumat yang tepat hasil dari doktrinisasi media-media arus perdana yang semua orang tahu cara mereka 'melaksanakan' tugas mereka.

Adakah saya terlalu cenderung untuk berkata tentang keburukan sistem amalan kerajaan? Maka saya bertanya kembali, mana satu perkara yang saya nyatakan itu salah terutamanya mengenai isu pengaruh media yang sangat jelas menyokong hanya pada sebelah pihak!

Kalau mahu di kaji, rata-rata masyarakat, malah dari tokoh-tokoh akademik dan agama sendiri sudah berani menyatakan sokongan kepada Perhimpunan BERSIH ini. Ada yang mengeluarkan fatwa, ada yang mengeluarkan hujah. tidak kira apa jua yang mereka lontarkan, ia semua berkisarkan sokongan.. Ya! Sokongan!

Seperti yang sudah saya nyatakan sebentar tadi, mereka yang tidak bersetuju adalah datang dari mereka yang mendapat maklumat yang kurang tepat. Maklumat mengenai tujuan perhimpunan telah diubah suai seolah-olah akan berlaku perang besar di kalangan penyokong, pihak polis dan para penentang. Jadi, hebahan ini menjadikan suasana yang kurang senang dikalangan pemerhati yakni rakyat. Ketahuilah bahawa dengan tindakan menghebahkan cerita-cerita palsu ini akan melarikan sedikit tumpuan mata rakyat tentang tuntutan yang dikeluarkan oleh pihak Perhimpunan. Perasan atau tidak, ia bergantung pada diri kita untuk menilai.

Ianya terjadi kerana semakin hari, semakin terdedah segala kepincangan politik dengan isu-isu yang berat yang dikaitkan dengan Perdana Menteri Malaysia dan kepimpinannya. Dan ia berlarutan apabila suasana teka-teki PRu yang ke 13 masih lagi menjadi tanda tanya dikalangan kepimpinan politik. Tambahan pula dengan suasana saentero dunia yang membangkitkan semangat perubahan dalam pentadbiran dunia. Maka tidak hairan segala provokasi ini berlangsung secara bertubi-tubi dan diamainkan oleh pihak BN dan sekutunya.

Jadi jelas, sokongan terhadap perhimpunan ini sangat padu. Ia bukan sahaja mampu untuk mempromosikan kepada seluruh rakyat Malaysia, malah perhimpunan telah membuktikan bahawa rakyat Malaysia kini sangat dahagakan suasana politik dan pentadbiran yang lebih adil dan telus dalam setiap tindak tanduk sebuah kerajaan yang memerintah!

HENTIKAN POLITIK KOTOR!!!

InsyaAllah, banyak lagi soalan yang akan menyusul selepas ini!


Sunday, June 26, 2011

Perhimpunan BERSIH 2.0 (siri 1)


بسم الله الرحمن الرحيم

Salam perjuangan semua.

Lama sungguh tidak update blog ini. Ia mungkin disebabkan sifat kemalasan yang terlampau dalam kerja-kerja mengupdate blog ini dan kekangan yang melanda dalam melakukan kerja-kerja harian.

Pohon kemaafan kepada semua.

Maka hari ini, saya bertekad untuk melaksanakan tugas kecil sebagai seorang yang cintakan kedamaian dan keamanan, tambahan pula, suasana ini sangat dituntut dalam Islam. Moga ia dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Hari ini, saya ingin memfokuskan tulisan saya berkenaan dengan isu semasa yang kian hangat diperkatakan oleh semua lapisan masyarakat (walaupun masih ada lagi sahabt-sahabat lama tidak mengetahui sangat tenatnag cerita ini) iaitu PERHIMPUNAN AMAN BERSIH 2.0 yang akan berlangsung pada 9 Julai 2011.

Ini merupakan 'promosi' saya bagi menyatakan sokongan penuh saya terhadap perhimpunan aman ini. Di kesempatan ini, saya mengajak dan menyeru kepada semua sahabat-sahabat untuk turut serta dalam perhimpunan ini.

Tatkala menulis post ini, saya masih memikirkan method yang sesuai dalam menyampaikan seruan terhadap sokongan perhimpunan BERSIH 2.0 ini. Jadi saya telah memilih untuk menggunakan method ' Question & Answer' dalam menjelaskan kepentingan PerhimpunanBersih 2.0 ini dilaksanakan. Moga ia dipermudahkan insyaAllah.

Mungkin ramai yang bertanya mengenai isu-isu yang berkaitan yang timbul sejak dari pengumuman tarikh BERSIH2.0. Maka saya akan cuba sehabis baik dalam menjawab pertanyaan-pertanyaan yang mungkin timbul di dalam diri setiap rakyat Malaysia mengenai hal ini.

Soalan 1

Perhimpunan BERSIH 2.0 ini apa?

JAWAPAN : Perhimpunan ini adalah rentetan dari kejayaan penganjuran Perhimpunan BERSIH 1.0 yang terlaksana pada tahun 2007. Ketika itu, kehadiran yang sangat menakjubkan menyebabkan ramai pihak sedar yang rakyat Malaysia sangat ketandusan dan dahagakan keamanan dan kestabilan hidup. Maka ia dianjurkan sekali lagi kerana tuntutan BERSIH 1.0 masih lagi tidak dilaksana oleh pihak yang bertanggungjawab.

Soalan 2

Apakah tuntutan BERSIH 2.0?

JAWAPAN : Tuntutan BERSIH 2.0 masih lagi mengekalkan tuntutan BERSIH 1.0 dan ditambah lagi dengan 4 tuntutan yang baru iaitu :

1. Bersihkan Senarai Undi (mengurangan pengundi yang tak berkaitan dengan daftar pemilih)
2. Mereformasikan Undi POS ( lebih telus dan adil )
3. Gunakan Dakwat Kekal (guna cap jari semasa proses buang undi)
4. Akses Media Bebas dan Adil

Tuntutan Tambahan

5. Masa Kempen Minima 21 hari
6. Kukuhkan institusi awam
7. Hentikan Rasuah
8. Hentikan Politik kotor

Soalan 3

Kenapa tuntutan-tuntutan tersebut dinyatakan dalam Perhimpunan ini?

JAWAPAN : Ada banayak faktor. Saya akan jelaskan satu persatu :

1. BERSIHKAN SENARAI UNDI

Lewat ini kita sering dikejutkan dengan pendedahan-pendedahan mengenai pendaftar pengundi yang tidak masuk dek akal. Antaranya, dalam satu rumah, ada sepuluh pengundi yang mereka tidak saling mengenali antara satu sama lain. Ada juga mereka yang sudah meninggal, malah sudah berumur lebih dari 100 tahun pun masih lagi layak untuk membuang undi pada hari pilihnaraya berlangsung. Jika ia merupakan suatu masalah, pihak Perhimpunan Bersih 2.0 meminta pada pihak Suruhanjaya Pilihanray (SPR) melakukan tugas-tugas pembersihan dalm senarai pengundi.

2. MEREFORMASIKAN UNDI POS

Kebanyakkan undian menggunakan POS (biasanya dilaksanakan oleh penjawat awam kerajaan yang bekerja luar dari kawsan tempat mengundi masing-masing) menjadi penyelamat kepada mereka yang bertanding terutama sekali kepada pihak Barisan Nasional (BN). Setakat ini, tiada lagi kes yang melibatkan Undi POS yang memihak kepada Pakatan Rakyat dan ia seolah-olah memberi tanggapan yang tidak jelas terhadap pengudian cara POS. Maka 'kami' minta supaya SPR melakukan reformasi bagi mengurangkan tanggapan negatif mengenai perihal ini.

3. GUNAKAN DAKWAT KEKAL

Seingat saya, tuntutan ini hampir terlaksana pada Pilihanraya Umum (PRU) yang lepas (2008). Namun, seperti yang dijangka, ia dibatalkan pada saat-saat terkahir oleh SPR. Ia perlu dilaksanakan kerana 'kami' khuatir jika terdapat penyelewengan sepanjang proses buang undi seperti pengundi hantu, seorang mengundi sampai berkali-kali dan sebagainya. Jika ia dilaksanaka, kepercayaan rakyat terhadap proses buang undi lebih diyakini dan meningkatkan kredibilti gerak kerja yang dilaksanakan SPR.

4. AKSES KEPADA MEDIA YANG LEBIH BEBAS DAN ADIL

Tuntutan ini tak usah saya cerita banyak sebab, ia sangat jelas dengan apa yang dilakuakn oleh pihak KERAjaan BN. Pada pemerhatian mudah saya, ramai mereka yang tidak ambil tahu mengenai hal politik pun sudah mula menjauhkan diri dari menonton berita anjuran TV tempatan, kerana ia sangat jelas hanya memihak kepada satu pihak sahaja. Apatah lagi mereka yang sangat mengambil berat dalam isu-isu erkini politik tanah air. Maka 'kami' mahu akses media menjadi lebih adil dan bebas seperti yang dilaksanakan dalam PRU di negara-negara luar seperti Indonesia, Turkey, Singapura dan negara-negara maju yang lain.

5. MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI

Tempoh kempen yang pendek (14 hari untuk PRN/PRU, 7hari untuk PRK) menjadi suatu ancaman kepada pihak PR kerana tidak dapat menyatakan manifesto (perancangan pentadbiran kepada rakyat jika memerintah) dengan sepenuhnya disamping sekatan-sekatan lain yang membelenggu tugas-tugas pilihanraya. Di negara-negara maju (UK/USA), tempoh kempen pilihanraya yang dilaksanakan adalah sepanjang 3 bulan. Saya sempat mengikuti proses-proses kempen pilihanraya di UK ketika menuntut di Dublin, Ireland. Hasilnya sangat memberangsangkan apabila rakyat dapat memahami tujuan sebenar sesebuah kerajaan itu terbentuk dan memilih dengan rasional demi keharmonian hidup rakyat. Ia tidak berlaku langsung di Malaysia. Maka 'kami' berharap ia dapat dilaksanakan pada PRU kali ini supaya kita tidak malu untuk membuat declaration yang Malaysia merupakan negara maju. Tambahan pula pengumuman tarikh PRU menjadi rahsia dan diumukan dalam keadaan yang sangat mengejutkan!

6. KUKUHKAN INSTITUSI AWAM

Saya pernah terlibat dalam gerak kerja kempen Pilihanraya Kecil (PRK) di beberapa buah negeri. Amatan saya, tidak ada satu pun kempen yang dilaksanakan oleh BN yang tidak menggunakan institusi-institusi awam seperti jabatan-jabatan kerajaan yang tiada kaitan langsung dengan tugas-tugas pilihanraya. Ia secara langsung telah menjejaskan kredibiliti pengurusan kerajaan sedia ada. Maka 'kami' pohon supaya pihak berwajib untuk 'mengajar' mereka dalam membezakan antara jentera kempen pilihnaraya BN dan jentera kerajaan yang bertugas unutk rakyat secara keseluruhan. Ingat, gaji yang diterima petugas penjawat awam dibayar oleh rakyat!

7. HENTIKAN RASUAH

Skop penafsiran rasuah sangat besar jika kita hendak kaitkan dengan kerajaan sekarang. Terlalu banyak pendedahan rasuah!! Bermula dari pembelian barangan elektronik di Kementerian Belai dan Sukan, sehingga penyelewangan pembelian kapal selam di Perancis. Maka, 'kami' pohon suapaya rasuah ini tidak menjadi amalan pihak BN di PRU yang akan berlangsung tidak lama lagi. SPR, sial buat kerja anda dalam pemantauan kes rasuah ini.

8. HENTIKAN POLITIK KOTOR

Okeh, ini tidak perlu saya ulas, kerana itulah tujuan BERSIH!

HENTIKAN POLITIK KOTOR!!!

InsyaAllah, banyak lagi soalan yang akan menyusul selepas ini!


Tuesday, January 18, 2011

Bila Kebenaran Itu Sudah Mula Marak!

Salam kepada semua peneman setia blog saya, lama tak ucap selamat untuk semua. Maaf kalau saya membuat antum semua tertunggu-tunggu (bajet macam ramai followers) huhu~~

Hari ini, saya yang bernama Khairul Nadzir b Helmi Azhar, kelulusan BA (Hons) Accounting and Finance DBS, Ireland, menyatakan sokongan penuh kepada adik Muizuddin yang telah menulis surat terbuka kepada Dato' Seri Najib Tun Razak (walaupun aku sgt meluat utk sebut nama penuh dia) dalam menyatakan luahan hatinya kepada Dato' Seri.

Ingat pada peristiwa Nabi Ibrahim ketika dibakar oleh pemerintah laknatullah yang zalim, dan ketika itu seekor burung berusaha untuk menyelamatkan Baginda dari api yang marak walaupun burung itu tahu yang usahanya tidak akan membantu secara total dalam menyelamatkan Baginda. Tak payah cerita details kot untuk peristiwa tersebut.

Tapi saya ingin menjadi burung itu, sebagai permulaan dalam menyokong dalam menghapuskan pentadbiran yang penuh dengan kekotoran dunia. Dn bila ditanya Allah kelak, saya mampu untuk menjawab di depan-Nya.

Jadi, mari kita teliti surat adik ini dalam usahanya menegakkan kebenaran di bumi Malaysia!


........................................................................................

Assalamualaikum Dato’ Seri.

Saya, Muhammad Muizzuddin bin Zaini. InsyaALLAH Julai nanti genaplah umur saya 19 tahun. Masih berbaki lebih kurang 2 tahun sebelum saya layak mengundi. Tetapi saya yakin dalam ruang demokrasi tidak pula mensyaratkan yang saya hendaklah berumur 21 tahun untuk melayakkan surat saya ini dibaca Dato’ Seri.

Dato’ Seri, saya ingin memperkenalkan diri sebagai remaja yang sangat ingin tahu. Keinginan saya ini menjadikan saya remaja yang tidak hanya terpaku di meja belajar semata. Saya mampu menonton berita hingga ke penghujungnya (tidak di bahagian Sukan semata).

Saya juga mampu membaca suratkhabar dari muka depan hingga ke muka akhir. Saya sering ‘singgah’ di laman-laman sesawang untuk melihat berita-berita yang tidak tersiar di media arus perdana. Saya juga remaja yang suka meladeni buku-buku yang tidak menjadi kegilaan kebanyakan remaja seusia saya.


Tidaklah pula saya katakan yang saya lebih tahu daripada Dato’ Seri, tidak. Saya cuma mahu tegaskan saya adalah remaja yang memerhati. Saya adalah remaja yang bukan kerjanya sehari-hari hanyalah makan, tidur, ‘menelan’ buku teks semata. Saya adalah remaja yang mengikuti rapat perkembangan-perkembangan semasa negara tercinta ini.

Izinkan saya Dato’ Seri untuk memberi pandangan saya. Pandangan seorang budak, seorang remaja. Mungkin Dato’ Seri fikir, apalah ada pada seorang remaja seperti saya. Justeru, suka untuk saya ingatkan pada Dato’ Seri yang InsyaALLAH kelak, kamilah yang akan membuang undi!

Dato’ Seri Najib yang saya hormati, memimpin sebuah negara bukanlah perkara yang mudah. Tidak pernah ia menjadi mudah, tidak boleh ia diambil mudah. Ia adalah persoalan besar dan penting. Persoalan yang diletakkan tinggi di dalam Islam. “Kepimpinan adalah amanah, celaan di dunia, dan penyesalan di akhirat”, begitu sabda Nabi SAW.

DASAR

Saya, yang tohor ilmu dan cetek pengalaman ini percaya bahawa setiap tindakan kita adalah bergantung kepada prinsip yang kita letakkan sebagai neraca asas. Bagi sesetengah orang, mereka meletakkan Demokrasi sebagai neraca asas mereka. Ada yang meletakkan kepentingan peribadi, atau kroni, atau Sosialisme, Liberalisme dan sebagainya. Bagi kita, seorang Muslim, neraca asas yang menjadi dasar pertimbangan kita tentulah ISLAM. Izinkan saya bertanya, apakah Asas Utama kepada setiap tindakan Dato’ Seri?

Apakah Islam? Atau Kepentingan diri, atau kroni, atau selainnya?

Maaf Dato’ Seri, kiranya jawapan Dato’ Seri bahawa asas bagi setiap tindakan Dato’ Seri adalah Islam (saya tak pasti jika Dato’ Seri akan memilih jawapan selainnya), maka saya ada beberapa soalan untuk Dato’ Seri.

Saya amat keliru dengan dasar Program Transformasi Ekonomi yang dibawa Dato’ Seri. Apakah ianya dirangka dengan neraca Islam atau selainnya. Justeru, saya mohon penjelasan Dato’ Seri.

Saban hari saya dan rakan-rakan menerima berita dari segenap pelusuk negara, sama ada dekat dengan kami atau jauh, remaja seusia kami yang MENGHILANG! Iya, ‘hilang’ nyawa kerana penggunaan dadah berlebihan atau kerana perlumbaan haram. ‘Hilang’ maruah dan harga diri kerana amalan penzinaan lewat pergaulan bebas. ‘Hilang’ akal kerana ketagihan ekstasi, pil khayal dan arak. ‘Hilang’ kewarasan hingga tergamak membunuh bayi kecil atau ditinggalkan di jalanan untuk menjadi habuan anjing dan hurungan semut. ‘Hilang’ kemampuan untuk menjadi barisan pelapis kepimpinan negara. ‘Hilang’ arah hinggakan nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan! HILANG Dato’ Seri, HILANG!

Saya begitu terkesan pada pesan Saiyidina Ali KWJ, “Lihatlah pada generasi muda, untuk menilai masa depan ummatnya”. Saya tergamam dan jadi takut Dato’ Seri, melihatkan rakan-rakan sebaya yang hanyut. Apakah sebegini hancur dan punahnya masa depan negara tercinta ini!?

PELAN TRANSFORMASI EKONOMI

Program Transformasi Ekonomi anjuran kerajaan pimpinan Dato’ Seri turut menggariskan perancangan untuk MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH HAB HIBURAN MALAM UNTUK MEMACU INDUSTRI PELANCONGAN. Di atas alasan untuk memperkasa industri pelancongan dan menarik pelancong juga kerajaan pimpinan Dato’ Seri merancang penubuhan kelab-kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan mempakejkan semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Kerajaan Dato’ Seri juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012 akan menyusul. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

Maka menjelang 2014 negara kita akan memiliki sekurang-kurangnya 10 kelab malam di zon hiburan. Rancangannya adalah untuk menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudkan lebih kurang 5,000 pekerjaan baru menjelang 2020. Bagi mencapai hasrat itu, kerajaan Dato’ Seri akan merubah beberapa peraturan hiburan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan malam.

Dato’ Seri juga berhasrat melonggarkan lagi syarat-syarat untuk persembahan artis luar negara. Dan kami telahpun menyaksikan bagaimana seorang penyanyi gay membuat persembahan, memuaskan nafsu remaja-remaja muda dengan kebenaran daripada kerajaan Dato’ Seri.

Izinkan saya ulangi soalan saya Dato’ Seri, apakah Islam diletakkan sebagai neraca timbangan ketika Dato’ Seri merangka, membentang dan membahas idea ini? Ataupun Dato’ Seri punya pilihan lain yang Dato’ Seri lebih suka untuk diletakkan sebagai neraca timbangan?

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, apakah Dato’ Seri penuh sedar bahawa perancangan Dato’ Seri ini adalah perancangan ‘PEMUSNAHAN’ besar-besaran? Ini bukanlah pelan pembangunan ekonomi, ini adalah pelan ‘PEMUSNAHAN’ berskala besar yang akan menjadikan rakan-rakan seusia saya, remaja semuda saya atau lebih muda hancur musnah Akhlaknya, punah-ranah Sahsiahnya.

Iya, Dato’ Seri akan ‘menghancur’ dan ‘membunuh’ pemimpin masa depan, para cerdik pandai generasi akan datang dengan lambakan hiburan dan keseronokan melampau! Saya dan rakan-rakan bakal dihidang dengan acara memuas nafsu yang berterusan. Ini akan menatijahkan hanya satu Dato’ Seri, iaitu hilang upayanya kami untuk menduduki barisan kepimpinan negara suatu masa nanti. Atau apakah pada pandangan Dato’ Seri, yang kami akan menjadi lebih bijak dan pandai kiranya ‘menelan’ hiburan-hiburan ini?

IFF dan AURAT

Dato’ Seri, seolah-olah saya pernah mendengar Saiyidina Umar al-Khattab menegaskan, “Bahawa adalah kita, ummat yang dimuliakan Allah dengan Islam. Sesiapa yang mencari kemulian selain daripada Allah, maka akan dihina Allah”. Terasa-rasa seperti terdengar SA Umar bertitah demikian kerana ia begitu meresap masuk di hati ini.

Dato’ Seri, saya begitu kecewa dan terkesima jadinya waktu melihat Dato’ Seri dan isteri melangkah megah di Festival Fesyen Islam, Monte Carlo tempoh hari. Saya tak dapat mengawal hati untuk berteriak-teriak marah tatkala melihat gambar pakaian-pakaian yang diperaga atas nama “Kelembutan Islam” (Modesty of Islam) yang dinaungi oleh isteri Dato’ Seri dan pastinya dengan izin Dato’ Seri. Saya dan sahabat-sahabat terpinga-pinga dan tertanya-tanya apakah ini pemahaman Dato’ Seri dan isteri mengenai pemakaian di dalam Islam?

Saya dan rakan-rakan jadi jelak dan muak Dato’ Seri, maaflah. Waktu Dato’ Seri ‘bertempik’ berikrar untuk mempertahankan Islam dan Melayu, isteri Dato’ Seri tidak pernah berusaha untuk menyahut seruan suaminya sendiri. Isteri Dato’ Seri tidak pernah kelihatan menutup aurat dengan sempurna. Isteri Dato’ Seri berpeluk mesra dengan orang yang haram bersentuhan (bukan mahram) tanpa segan silu di khalayak ramai. Saya tertanya-tanya, apakah Dato’ Seri meredhai perbuatan isteri Dato’ Seri ini?

JUDI

Bukan sedikit kontroversi yang berlaku waktu Dato’ Seri mengumumkan pemberian lesen kepada syarikat-syarikat tertentu untuk mengurus perjudian sukan di Malaysia pertengahan 2010 lalu. Sukar untuk saya agak apakah harapan Dato’ Seri dengan pemberian lesen-lesen judi ini?

Apakah ini juga satu pelan meningkatkan ekonomi Malaysia? Apakah Dato’ Seri gembira dengan duit yang mencurah masuk, dalam masa yang sama kita melihat betapa hebatnya gejala buruk yang bakal timbul lewat perjudian?

Apakah Dato’ Seri meletakkan neraca BERKAT dan LA’NAT waktu mengemukakan cadangan ini? Apakah Dato’ Seri akan meredhai kiranya rakyat Malaysia memberi sesuap nasi kepada keluarga mereka dengan wang hasil judi yang mereka perolehi? Apakah budaya yang cuba dibentuk Dato’ Seri sebenarnya?

Apakah keputusan-keputusan ini ditimbang dengan neraca agama? Atau Dato’ Seri menggunakan neraca lain sebagai ganti?

KEMISKINAN dan HARGA NAIK

Dato’ Seri orang bangsawan. Keturunan bangsawan. Barangkali jika tidak jadi Perdana Menteri Malaysia pun Dato’ Seri tetap akan hidup senang-lenang mewarisi kekayaan. Menteri-menteri Dato’ Seri juga kaya raya.

Maka tidak kiralah jika hari ini minyak naik 10 sen, 20 sen, 50 sen atau RM 10 sekalipun, Dato’ Seri dan sekalian menteri tidak akan bersusah. Tidak perlu berjerih payah.

Tahukah Dato’ Seri, di celah-celah, ceruk-ceruk kampung atau kota, ada rakyat yang menderita lewat kebejatan ekonomi yang punah hasil ketirisan dan kelemahan pengurusan. Pengurusan yang tidak meletakkan Islam sebagai neraca dan Allah sebagai penilainya adalah pengurusan yang menghancur!

Dato’ Seri, saban hari saya melihat orang-orang miskin dan kesusahan. Tahukah Dato’ Seri, untuk menyekolahkan anak pun sudah membuatkan mereka terpaksa membanting tulang, berusaha keras, apatah lagi untuk menghantar mereka ke menara gading (yang PTPTN lebih menghimpit daripada membantu).

Kadang-kadang, apabila anak-anak yang bersekolah meminta wang lebih untuk buku rujukan tambahan, si ibu atau bapa terpaksa menghulur dalam titis air mata. Sudahlah hutang yuran persekolahan pun masih belum dilunas. Bukan sedikit keringat yang dicurah demi sesuap rezeki halal untuk anak-anak dan keluarga.

Kerajaan Dato’ Seri jangan terlalu bergantung kepada statistik dan kajian untuk menilai kemampuan rakyat. Selamilah sendiri penderitaan rakyat yang terseksa dan merana kerana sistem ekonomi yang menyiksa. Setiap kali harga minyak atau keperluan utama naik, meski sekadar 10 sen atau 20 sen, mengalirlah air mata rakyat yang menanggungnya.

Rakyat benar-benar tersiksa sekarang. Janji tinggal janji, janji tidak pernah dipenuhi. Janji itu dan ini sekadar untuk meraih undi. Waktu menang nanti kami rakyat sudah dilupai. Tinggal kami bermatian berusaha keras sendiri.

SUARA RAKYAT

Waktu rakyat turun ke jalanan berdemonstrasi untuk meluahkan rasa yang terbuku di hati dan berkongsi pedihnya kehidupan dengan Menteri-menteri yang berkuasa, Dato’ Seri menghantar pada kami ‘perusuh-perusuh’ yang membantai tulang lemah dan daging kurus kami. Kami dibelasah dan diinjak-injak umpama binatang korban, umpama tak punya maruah. Kami diherdik dan dicaci. Kami disimbah dengan air kimia yang saya yakin, Dato’ Seri sendiri tidak pernah rasai pedih dan peritnya.

Dan menteri-menteri Dato’ Seri tanpa rasa bersalah menggelarkan kami sebagai perusuh yang cuba menggugat keselamatan negara, beruk-beruk di jalanan yang cuba menarik perhatian.. kalaulah mereka yang menuduh melulu itu bisa memahami pedihnya hati ini.

Semuanya adalah kerana kami rakyat yang mahu berkongsi rasa dengan pimpinan negara. Sudahlah pilihanraya dijalankan dalam keadaan penuh keraguan dan ketidakadilan, ruang media yang disekat, tangan dan kaki kami rakyat diikat, maka ruang kecil untuk bersuara di jalanan inilah, ruang untuk kami menyampaikan rasa pada pemerintah dan pemimpin kami. Sekadar ruang kecil untuk kami bercerita dan berkongsi betapa peritnya kehidupan yang kami rakyat lalui.

Pernahkah Dato’ Seri pedulikan suara kami? Pernahkan selain daripada tarikh pilihanraya Dato’ Seri menjadi begitu cakna pada kami? Pernahkah waktu pandangan rakyat yang tidak menguntungkan Dato’ Seri diambil peduli? Pernahkah Dato’ Seri?

Dato’ Seri bertindak sungguh responsif setiap kali adanya himpunan-himpunan rakyat. Melalui Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Seri memastikan kami rakyat yang berhimpun tidak akan berjaya berhimpun dengan aman dan baik. Media di bawah kawalan Dato’ Seri juga menggunakan segala maklumat yang ada untuk memburuk-burukkan kami. Ulama’-ulama’ yang bernaung di bawah Dato’ Seri juga menggali hujah-hujah agama demi membuktikan tindakan kami bersuara adalah bercanggah pada sisi agama.

Dato’ Seri, saya sungguh kecewa dengan setiap tindakan ini. Bukankah perhimpunan anjuran Dato’ Seri pada setiap malam menunggu detik Kemerdekaan dan Awal Tahun Baru, ribuan malahan mungkin ratusan ribu rakyat termasuk golongan muda-mudi datang menyertai. Akhbar arus perdana jugalah yang melaporkan tangkapan demi tangkapan kerana berkhalwat, kerana dadah, kerana berkelakuan tidak sopan pada setiap kali sambutan-sambutan anjuran Dato’ Seri. Apakah pernah himpunan rakyat membantah ketidakadilan dan mahukan sedikit keadilan, pernah menjadi penyebab anak-anak muda ditangkap khalwat?

Dan pernahkah Ulama’-ulama’ muda yang bernaung di bawah Dato’ Seri itu menegur Dato’ Seri kerana program jamuan nafsu tersebut. Tetapi menegur himpunan rakyat yang bersuara sebagai Bughah (derhaka) dan menuju Maksiat!?

REFORMASI

Saya dan juga rakan-rakan adalah remaja muda yang punya sikap, punya pendirian. Kami berazam untuk mengubah keadaan ini Dato’ Seri. Kami berazam dan bertekad bahawa seluruh diri kami akan diperguna untuk memperbaiki keadaan punah ini.

Kaedah merubah itu 2 Dato’ Seri. Pertama, nasihat agar berubah. Kedua, kira gagal, UBAH sendiri. Nasihat sudah saya berikan. Pandangan sudah saya sampaikan. Rakyat lain juga begitu, isyarat sudah mereka sampaikan.

Jika sampai masanya untuk kami membuat pilihan, dan keadaan tidak lagi pulih, percayalah Dato’ Seri, kami sudah membuat pilihan sekarang untuk siapa yang layak menerima undi kami nanti.

Tidak cukup dengan itu, saya dan rakan-rakan, kami adalah remaja muda yang penuh tenaga dan kekuatan. Kami akan gerakkan massa suatu hari nanti agar pentadbiran, pengurusan, pemerintahan, kewangan dan sistem kehidupan yang meletakkan Islam, Keadilan, Kesejahteraan, Keamanan sebagai asas, akan beroleh tempat tertinggi di negara ini.

Dato’ Seri, saya tidak mengancam. Tidak pula mengugut. Saya mengingatkan. Kerana inilah tanggungjawab saya sebagai Mu’min. Bukankah sesama Mu’min itu bersaudara?

Dato’ Seri, mungkin surat ini akan sampai kepada pengetahuan Dato’ Seri, mungkin juga tidak. Kiranya ia sampai ke pengetahuan Dato’ Seri, saya dahulukan dengan permohonan maaf kerana mungkin ada kesilapan saya. Maklumlah, saya remaja muda, mungkin ada silap dan salah pada lenggok bahasanya. Saya juga berterima kasih, iyalah, orang sesibuk Dato’ Seri meluangkan masa untuk mengambil perhatian pada surat saya ini, itu adalah satu penghormatan buat remaja seperti saya.

Namun Dato’ Seri, kiranya ada pada surat ini ataupun tindakan-tindakan remaja muda seperti kami ini yang mungkin lantang menyatakan pendirian hingga mungkin Dato’ Seri terguris hati, kami tidak memohon maaf untuk itu. Kerana Dato’ Seri, INI MEMANG ADALAH PENCAK KAMI!

Sekian, terima kasih.



Yang benar,
Muhammad Muizzuddin Bin Zaini

sumber : anaksungaiderhaka

Thursday, January 13, 2011

4 perkara yang Terlebih Baik.

Nabi SAW bersabda, ada 4 perkara yang dipandang baik tetapi terlebih baik :

1. Sifat malu pada lelaki adalah baik, tetapi terbaik jika sifat tersebut terdapat pada wanita

2. Keadilan adalah sifat yang baik pada setiap orang, tetapi sifat tersebut terlebih baik jika terdapat pada seorang pemimpin.

3. Taubat seorang yang sudah tua adalah baik, tetapi taubat seorang pemuda adalah terlebih baik.

4. Derma dari seorang jutawan adalah baik, tetapi terlebih baik jika derma adalah dari seorang yang fakir.