Tuesday, December 15, 2009

"Kejap, Aku Nak Bertaubat Jap!"

Tiba-tiba Malaikat Izrael, bertugas sebagai penarik nyawa datang kat kita,...

"Eh, jap2....aku nak solat taubat jap,...2 minit jer,...jap eh..."

Kalau lah situasi di situ bisa memungkin kan ianya terjadi, best tak rasanya??

Menghadiri usrah di surau RCSI dan membincangkan tajuk mati, pasti ada yang tertanya2, tak bosan ker??!

Hmmm~ itulah dunia kini, nampak dunia, sampai mati pun lupa!

Masing-masing lah ye~~huhu~

Tapi bagi aku, mati sahaja yang menyebabkan manusia beringat ketika hidup. Mati sahaja yang menyebabkan manusia berjaga-jaga dalam setiap tingkah lakunya.

Tapi, yang menjadi persoalan, bagaimana kita, manusia biasa mentafsir mati??
TAKUT mati, atau INGAT mati......

Pernah aku membaca suatu kisah, tapi terlupa pula siapa yang meriwayatkan kisah ini.
Ketika sahabat nabi berada di ambang MAUT, dirinya kelihatan begitu takut, gelisah, tak tentu arah. Dibisikkan ke telinganya kalimah Agung syahadah, tapi masih juga gelisah. Lalu ditenangkan sahabatnya dengan berkata, "anggaplah mati itu seperti kita mandi, membersihkan diri, sebelum melangkah ke alam yang hakiki, menghadap Allah yang Abadi, lalu masuk ke syurga yang indah tiada terperi'. Dengan tenang sahabat itu terus hilang gelisahnya.

Hai manusia, mampukah kita mentafsir mati seperti itu.

Dah bersediakah aku nak MATI.
Dengan amalan2 yang tak sudah2 nak berangan jer!

Mak, Abah, ampunkan anak mu ini,
Sahabat-sahabat, maafkn diri ku ini,
Kawan-kawan, mudahkan lah segala urusan-urusan antara kita,
dan mereka yang berkaitan, sama-sama kita bersihkan hati...

Dan Ya Allah, senangkan lah urusan MATI ku nanti...

Wednesday, December 9, 2009

Coret -mencoret, Penuhi Memori

Nak buat assignment, tapi macam malas.

Ah, jangan nak mengada! huhu (memarahi diri sendiri, cam tak betul jer)

Sebelum tangan bergerak menyelak-nyelak nota-nota auditing nak mengambil mood sekejap....

Peristiwa-peristiwa Mutakhir di 'Sana'

'Abah sedang sibuk dengan progrm Mini Tahfiz...Alhamdulillah, penyertaan yang memberangsangkan....lagi meningkat tahun sebelum-sebelum nya...'

Antara perkara-perkara yang menjadi tajuk perbualan aku dan abah di Malaysia. Alhamdulillah mendengar suara abah yang kedengaran seperti tidak boleh berborak panjang menghiburkan sedikit hati aku dan mengubat rindu hati di Malaysia. Memang menjadi kebiasaan hujung tahun, penganjuran Program Mini Tahfiz menjadi aktiviti tahunan pihak Sekolah Kafa Integrasi As-Syakirin (KIAS) yang masuk tahun ke 8 pengajuran. Sambutan yang memberangsangkan menjadikan program ini diteruskan dari tahun ke tahun dan pengubahsuaian dan peningkat modul sering berlaku sepanjang tempoh tersebut.


Bangga, Bertuah, Syukur.

Cukuplah tiga perkataan ini untuk memberitahu isi hati ku tentang abah dan mak.

Allah Maha Besar!

Dalam perbualan dengan abah terselit kata-kata nasihat yang berguna yang akan aku pegang sampai bila-bila.

Sokongan abah dan mak kepada kami, adik beradik, 5 org yang kini bersepah merata merantau mencari ilmu menjadikan inspirasi kepada aku untuk terus menggagahkan diri menempuh satu persatu dugaan yang menimpa. Dugaan yang pasti memberi pengajaran pada diriku. Yang kadangkala cemburu oleh mereka-mereka yang tidak pernah merasainya.

Ingatan pada mereka meredakan dan melapangkan segala-galanya....Walaupun disini tiada siapa...

Terima Kasih Abah, Mak...

Tuesday, December 8, 2009

Penat Fikir Hilang Zikir

Tatkala hilang arus yang mengalir,
Nadi seorang perantau musafir,
Menyerahkan segala-galanya,
Pada sesuatu yang entah apa yang difikir...
Hilang dalam kepenatan..

Sudah penat berfikir??

Sudah masanya untuk menyerah??

Angkat bendera putih sebagai lambang kini??

Hai mereka yang dijadikan memang untuk lupa....

Bila datang Dia kepada mu,
Berkata,..
Kau hanya hamba,
Hidup mu perlu memberi,
Memberi pada segala-galanya,
Aku menerima...

Aku termanggu, menghempaskan nafas yang lesu..

YA, aku perlu memberi taubatku..

Pasti dia menerima kembali taubatku..

Allah, aku sangat sakit kini,

melihat sekeliling,...

tiada siapa rupanya kini,...

adakah dengan penat berfikir, aku perlu menghentikan zikir...

aku perlu hilangkan penat itu...

supaya aku terus berjalan untuk itu...

Allah, Bantu Aku....

Friday, December 4, 2009

Untuk Diri Sendiri

Lagi 20 minit sebelum melangkah ke kelas TAx..

"Semua org harap Kerajaan BN menang kt Kelantan, sekurang-kurangnya ada entertainment skit...."

Kata-kata kawan biasa yang menetap sebumbung dengan aku di Dublin.

Dalam hati aku terdetik "hmmm, patutla ko camtu...."
tapi dalam masa yg sama, kata-katanya seperti terngiang-ngiang sehingga menyebabkna aku tak lena memejamkan mata pada hari itu. Seperti sesuatu menganggu emosi, minda dan bayangan. Entah kenapa.

Ada benar kah kata-katanya? Atau aku sendiri berasa terlalu emosi apabila idol aku di pertikaikan kemampuan nya.

Mungkin lena ku pada malam itu perlu diselitkan sedikit dengan munajat kepada-Nya agar aku lebih rasional mengawal emosi walaupun keadaan suhu yang agak menggigit tulang putih ku pada malam tersebut.

Aku menilai kembali diriku, hidup bersama-sama dengan mereka yang tidak faham secara keseluruhan tentang iman, perhambaan diri kepada tuhan, kepimpinan yang berlandaskan islam...Ya, mungkin...hanya utk mengubat emosi setelah mendengar kata-kata 'dia'...

Aku bersyukur, ibu bapa aku memberi pendidikan yang mendalam tentang beragama.
Aku bersyukur, diberi hidayah tatkala berada di bumi yang asing.
Aku bersyukur, hidup bersama-sama mereka yang jahil, agar dapat menilai tentang buruknya kejahilan.

Dan aku bersyukur, kerana 'dia', kawan biasa, telah menunjukkan aku tentang jahilnya dunia kini......

Dunia, jauhkan aku dari dirimu......


Monday, November 16, 2009

Big Picture

Sebelum melangkah masuk ke ruangan Auditorium di kolej aku bagi mngikuti kelas Auditing, ingin dicoretkan sedikit mengenai kejadian-kejadian yang berlaku sekitar minggu lepas. hanya sekadar renungan buat aku supaya sentiasa beringat tentang apa yang terjadi kebelakangan ini dan serba sedikit dijadikan panduan pada hari-hari yang mendatang..Setiap hari yang mendatang adalah hadiah dari Tuhan yang Maha Halus dalam memperjalankan kehidupan hamba-Nya yang mahu berfikir....=)

Bertemu Sahabat Jauh

Sepanjang minggu lepas, Dublin Business School(DBS) menjalani cuti selama seminggu bagi memberi laluan kepada Reading Week. Jadi, kesempatan ini, ramai pelajar mengambil kesempatan untuk memenuhi kerja-kerja yang tergendala seperti menyiapkan assignment2, mengulangkaji pelajaran dan sebagainya. Ada juga yang tidak melepaskan peluang 'cuti' ini untuk pergi melawat sekitar2 Ireland. Aku tidak terlepas dari melakukan beberapa perkara terutamnya dalam mencari maklumat untuk menyiapkan assignment.

Namun kesempatan ini juga, secara kebetulan sahabat dari Athlone, lokasi indah bagi mereka yang berjiwa 'kampung' datang ke Trinity Collge,Dublin bagi tujuan menghadirri sidang conference. Kesempatan ini digunakan sepenuhnya kami berdua untuk bertemu setelah hampir sebulan tidak mendengar khabar.

Khairul Anwar, namanya lebih kurang aku, sahabat yang dikenali ketika aku masih lagi setahun jagung di bumi Ireland dan ketika itu juga kami bertugas bersama-sama bagi persiapan Hari Raya di Malaysia Hall. Seorang pelajar post-graduate mengambil jurusan chemical engineering dan seorang yang bujang. Banyak perkara yang menjadi isu perbualan kami. Biasalah bila org muda bertamu org muda, macam2 benda kluar. sebagai seorang yang lebih tua dari aku, banyak nasihat yang diberi dan secara tak langsung pertukaran2 pendapat sesama kami menjadikan kami saling beringat sesama sendiri. Seronok bila perbualan kami bukan hanya menjadi perbualan kosong tanpa sebarang pengisian berguna. Antara2 perkara yng dikongsi ialah mengenai proses-proses mencapai pengaruh yang berkesan bila kita berhadapan dengan masyarakat.

Menarik Golongan Muda dalam Penambahan Rohani

Ketandusan ilmu rohani menjadi isu yang besar di sini terutama di kalangan pelajar Malaysia. Tetapi bagaimana usaha golongan2 yang sudah sedar dalam situasi ini dalam mengembalikan kesedaran rohani di dalam suasana yang bergelumang dengan 'cabaran2' dunia.

'Kita ni memang boleh amik pengalaman org, tp jgn diikut 100%, sebab kita hidup lain2 cara, background, macam-macam lah...sebab Allah turunkn kita kt bumi, creating your own style, tp dalam masa yg sama syariat tu jgn di langgar pulak...'

Kata-kata yang membuat aku terfikir sejenak mengenai kebenaran nya...betul tanpa ragu-ragu lagi=)

Kita sebagai glongan muda perlu membina landasan yang kukuh dalam diri, dan jangan dibiarkan bahan-bahan yang membina landasan itu adalah dari bahan-bahan yang tak berkualiti, senang sangat nk runtuh, rosak. Memetik nurkilan Ustz Hasrizal dalam blognya saifulislam.com, org muda mmg begitu sifatnya, terburu2, gopoh, sebab darahnya masih segar, panas. Dengan menempuhi macam2 perkara yang membuatkan org muda lebih mengenal dunia.

Berbalik kepada menarik golongn org muda dalam mencintai makanan rohani, golongn2 yang dah 'tersedar' ini perlu menajalankan tugas secara hikmah, berhati, dan lebih sincerity dalam kerjanya. Menunjukkan contoh yang terbaik, cakap serupa bikin, dan mendalami hati 'orang persekitaran' boleh dijadikn intipati2 yang berkesan dalam kerja2 ini. Jadi untuk memperolehi perkara2 tersebut, ilmu, iman dan ihsan perlu selaras. Ketiga2 method ini perlu selari dan berjalan serentak. Aku bukanlah yang terbaik dalam menerangkan perkara ini, tapi serba sedikit ilmu yang dipelajari sewaktu di Malaysia boleh 'diguna pakai'.

Perbualan kami terhenti apabila jam menunjukkan pukul 2.05 pm, tibanya waktu solat Asar..

Perjalanan diteruskan ke Medina & Anwar Mosque yang terletak di Dublin 1....

Monday, November 9, 2009

Secebis Hadiah Dari Tuhan

Allah menghantar ayam rendang di Malam Malaysia, sebagai hidayah untuk beliau bertemu dengan dirinya semula. Malam yang penuh maksiat dan kemungkaran itu, manusia lain mendapat dosa, tetapi Uncle Salim disentuh hidayah Tuhan yang Maha Esa.

Sebuah cerita yang baru digarap dari ruangan blog kegemaran aku, saifulislam.com. Kisah yang menceritakan bagaimana Uncle Salim, seorg rakyat Malaysia yang bermustautin di negara org, mendapat hidayah dalam meneliti nilai-nilai Islam yang lama sudah di tinggalkan.

Secara sinopsis mudahnyanya, ditengah2 sebuah pesta rakyat Malaysia, Allah menghantar sepinggan rendang, utk 'mengetuk' minda Uncle Salim, mencari Allah yang satu.Allahuakbar! sepinggan rendang?? Hendak diukur melalui pandangan mata dan akal yang kasar, apa sahaja yang boleh dibuat oleh sepinggan rendang itu, jika hendak dikaitkan dengan Hidayah Allah yang luas.

Menyesuluri kisah yang dikarang oleh Ustaz Hazrizal, atau lebih mesra di kenali sebagai Abu Saif mengenai perjalanan nya berceramah di Oxford membuat aku lebih menghargai hari yang mendatang, sebelum persediaan utk bertemu dengan Tuhan Penilai Yang Agung itu. Harapannya, utk menilai hidayah itu bukan lah sesuatu yang susah, tetapi utk mendpatkan hidayah Allah itu yang menjadi persoalan utk setiap hati yang ingin rapat pada-Nya. Ya,dapatkanlah hidayah-Nya. Kejarlah yang itu dulu.

TODAY IS A GIFT.....

Sunday, November 8, 2009

sEgaLaNya BahaRu...(^_^)

Dunia baru, tapak baru, rumah baru, segalanya baru...(baju pon baru, beli kt Penny's)


Dengan suasana yang baru, bekalan yg baru, terdetik pula utk mengubah serba sedikit "penampilan" di blog aku. Harapnnya cuma satu, berkongsi, meluahkan, mengubah mentaliti diri sendiri seraya mencari siapa diri ini sebagai hamba Allah yg serba kekurangan.

Cuma perubahan sedikit pada "penampilan" blog ini, lebih kepada menghargai hari-hari yg mendatang memandangkan aku kini berada di dunia baru, iaitu di Dulin, Ireland bagi meneruskan perjuangn menuntut ilmu sambil menyelongkar kehebatan Tuhan yg telah mengurniakan jasad dan hati aku sebagai muslimin. Hadiah kehidupan, itulah rungkaian yg ditampilkan dalam penyengkolaran rahsia alam ini.

Setiap hari yg mndatang sering dikaitkan dengn segala perbuatan-perbuatan hari2 yg lepas. Baikkah? Burukkah? Apa yang terjadi esok? macam2 persoalan yg boleh dikaitkan dengna hari kita. Hanya diri sendiri yang boleh menjwab segala persoalan itu. Nak mengharapkan ibu bapa kita? Kawan2? Jiran sebelah? apa sahaja yang akan dikatakan mereka, mungkin boleh membantu, tp, yg mengubah dan mendekatkan diri kita kepada penyelesaian persoalan hanyalah terletak di tangan kita. Jadi, yang paling penting, bagaimana kita menghargai masa yang akan mendatang. Bermula dari celiknya mata kita, sehingga terpejam kembali utk menyelusuri dunia mimpi. dan begitulah rutin harian nya. Anggaplah hari yang mendatang itu sebagai hadiah dari tuhan, yang Maha Mencipta segala kejadian dengan hikmah tang menggunung.

Bak kata pepatah Inggeris,

Yesterday is History, Tomorrow is Mystery, but TODAY IS A GIFT, THAT IS WHY ITS CALL PRESENT....."